Kembara Tasik Kenyir


Salam Satu Malaysia semua! Posting kali ini aku nak bercerita destinasi menarik di Terengganu iaitu Tasik Kenyir. Sebuah tasik yang berkeluasan 209,199 hektar Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tengara. Tasik Kenyir terletak di bahagian tengah Negeri Terengganu dan berkongsi sempadan bersama Kelantan dan Pahang. Di Tasik Kenyir ini terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya adalah tanah tinggi dan bukit bukau yang telah tenggelam dan membentuk pulau di sekitar tasik ini. Tasik Kenyir juga mempunyai 14 air terjun serta jeram sungai yang unik menjadikan Tasik Kenyir menjadi habitat kepada spesis ikan air tawar dan pelbagai haiwan exotik yang lain.

Kepada kaki pancing sudah tentu Tasik Kenyir adalah destinasi impian mereka bagi memburu ikan toman dan pelbagai spesis ikan air tawar. Bagi kaki pancing yang ingin mengembara sambil memburu ikan air tawar boleh menyewa rumah boat yang boleh bergerak ke lokasi-lokasi lubuk ikan.



Rumah boat ini mempunyai kemudahaan TV, peralatan memasak dan sebagainya. Cuma Air-cond tak diperlukan di sini kerana udaranya lebih nyaman dan segar berbanding udara penghawa dingin. Kepada yang ingin mengembara sekitar tasik ini sambil memancing selama 3 Hari 2 Malam bolehlah menyewa rumah boat ini dengan harga yang berpatutan berserta package menarik. Pasti korang akan memperolehi pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup kerana di sini kita akan menyaksikan kebesaran ciptaan tuhan yang akan memberi ketenangan jauh dari pencemaran dan kesibukan kota. Nikmati sendiri pengalaman di Tasik Kenyir dan senaraikan dalam kalendar percutian korang untuk tahun 2010!!.. Jom bercuti!! segala-galanya ada di sini!!


Antara jeram yang bertali arus mengalir deras di sekitar Tasik Kenyir


Pokok-pokok hutan yang tenggelam menghasilkan permandangan yang menakjubkan


Rumah boat yang membawa pemancing memburu ikan air tawar di lubuk-lubuk Kenyir


Ikan Air tawar yang sering menjadi buruan kaki pancing


Toman sebesar peha bila-bila masa menyentap pancing yang berumpankan ikan keli


Kaki pancing mencuba nasib di alur jeram Tasik Kenyir


Comel jer ikan kuning nie!!


Kehijauan dan kejernihan memberi ketenangan kepada penjunjung


Jangan lupa datang lagi!!

* Terima kasih kepada Encik Mohd Fahmi dari Flicker.com kerana berkongsi pengalaman di Tasik Kenyir.

8 comments:

kami said...

Kebetulan kami sekumpulan seperti biase akan bercuti ke Perhentian bulan depan.Kebanyakan pulau2 di Terengganu tak pernah menghampakan percutian kami semua. Minta jasa baik Encik Nael untuk post entri perhentian menarik untuk dilawati untuk 1malaysia

Nael said...

Posting Pulau Perhentian akan menyusul... sebab minggu depan Insyallah saya akan ke sana!! Jumpa di sana..

kami said...

Ok!!...

Gi Perhentian nanti leh ambik pic lawa-lawa!!

CheMat said...

Aku suka mancing toman!!! Best nie.. kena pergi nie!!

BOY said...

Tasik nie dedengar cerita ada ikan raksasa!! Arapaima kan.....

Afdlin Najmie said...

Mancing ikan puyu ada tak?

cikmid said...

kena cuba nie.. mcm best jer tasik kenyir...

Nael said...

Tasik Kenyir memang best!! segala-galanya ada di sini...

ketenangan dan kedamaian!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails