Masjid Kristal



Kalau berkunjung ke Terengganu tak sah lah kalau korang tak singgah kat Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Di sini terletaknya Masjid Kristal . Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli dan masjid pintar pertama di Malaysia berkeluasan 2,146 meter persegi. Mana taknya dekat Masjid ini terdapat kemudahan Wi-Fi dan dilengkapi prasarana teknologi canggih . Masjid ini boleh memuatkan 700 orang jemaah padan satu-satu masa. Dekat masjid ini juga pengunjung boleh melayari internet dan membaca Al-Quran elektronik. Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda Bandar Kuala Terengganu dan sentiasa menjadi kebangaan rakyat Terengganu.

Kepada pengunjung yang ingin datang ke Taman Tamadun Islam ini boleh mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas dari pusat bandaraya Kuala Terengganu terus ke taman ini. Terdapat juga bot penambang yang disediakan untuk pengunjung di Jeti Shahbandar ke Jeti Tok Ku Paloh yang terletak di Taman Tamadun Islam ini. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi :-

Pejabat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: +609 627 8888 Faks: +609 630 9020.

Pejabat Tourism Malaysia Terengganu di talian +609-622 1433 / 1893



7 comments:

kami said...

Masjid Kristal yang menjadi Ikon terbaru Negeri Terengganu!!

Kena bayar tak nak masuk sini?

kami said...

Ikon terbaru dari Terengganu!! Masjid Kristal!!

kalau nak masuk Taman Tamadun Islam ini kena bayar tak?

Hail said...

Takkn Nak Melawat masjid kena byr.. Hurm Cam Pelik jer.. Takkan nak buat cam Thailand yang local free and foreigner br kena charge...

BOY said...

Masjid nie kat Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu... banyak replika Masjid dari Tamadun Islam ada kat sini...

kami said...

Selalu lalu jerk kat sini, tak pernah bekersempatan nak ziarah Masjid Kristal ni

CheMat said...

aku pun tak pernah lawat Masjid nie!!... dulu tengok kat Internet ada wajah seakan-akan muka orang kat kubah masjid ini...

Nael said...

Tempat yang mesti dikunjungi jika datang melawat Terengganu!!!...

lihat keindahan masjid ini di waktu malam!! memang cantik!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails