Kite tengok penyu berteloq


Penyu merupakan spesies unik yang mampu mengembara ke seluruh pelusuk dunia dan kembali ke pantai di mana ia menetas dahulu untuk bertelur dan seterusnya menyambung zuriatnya. Di Malaysia Rantau Abang sudah senonim dengan kehidupan penyu mendarat untuk bertelur. Malahan penyu selalu menjadi ikon pelancongan yang unik negeri Terengganu itu sendiri.



Walau penyu di anggap istimewa dan dilindungi oleh pihak berkuasa ia tetap di ancam kepupusan kerana sering diburu oleh pemburu haram dan pengambilan telur-telur penyu tanpa kawalan. Keadaan ini menyebabkan bilangan penyu semakin berkurangan dan telah diketegorikan sebagai hidupan liar yang bakal pupus selama-lamanya di muka bumi ini.

Di negeri Terengganu terdapat 2 pusat pembiakan penyu iaitu di Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang dan Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah, Kemaman, Terengganu. Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah membina pusat-pusat penerangan dan pengurusan penyu . Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu di negeri Terengganu.

Sebagai pusat pembiakan dan pemuliharaan, secara purata 15,000 biji telur penyu setahun di kutip dari sekitar kawasan pantai Terengganu dan ditetaskan di pusat ini. Pusat ini biasa membeli telur dari penduduk setempat dengan harga 0.80sen sebiji. Telur penyu memerlukan masa eraman sekitar 60 hari untuk menentas. Pada kebiasaanya daripada jumlah keseluruhan telur yang dieram hanya sekitar 60 peratus sahaja yang menetas yang kemudian akan dilepaskan semula ke laut untuk menjalani kehidupan semulajadi dilautan .

Tidak dinafikan pusat yang telah dikunjungi oleh lebih 5,000 pelancong dari dalam dan luar negara ini mempunyai tarikan tersendiri dan bakal menjadi salah satu destinasi popular. Pengalaman melepaskan anak-anak penyu berusia tiga minggu di pantai sambil menyaksikan ia bertempiaran lari menuju ke laut tentunya menyeronokkan pelancong.

Apa tidaknya, di sinilah tempatnya keseronokan bermain dengan anak-anak penyu terukir, lebih-lebih lagi dengan kesempatan untuk melepaskan anak penyu di pantai bersih walaupun sebelum ini namanya agak asing kepada mereka yang gemar melancong.

Pengalaman sebegini pastinya mengasyikkan pengunjung serta mampu menceriakan suasana percutian sekiranya aktiviti tersebut dilakukan seisi keluarga.

Ketika itu, rasa gembira tentunya sukar diungkap, jiwa diulit keseronokan dan deria sentuh pastinya bergetar ketika membelai anak-anak penyu yang tidak sabar untuk berada di laut lepas.

Kalau korang bernasib baik, korang akan kesempatan untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri anak-anak penyu yang baru menetas muncul dari sarang pasirnya. Jadi pengalaman aku cerita banyak kat sini pun tak guna kalau tak korang semua alami sendiri dan pelajari sendiri tentang kehidupan spesis unik ini. Di samping kita dapat pengalaman kita juga dapat mendidik generasi muda terutama anak-anak kita supaya lebih menghargai dan menjaga alam sekitar dan ekosistem alam yang saling bergantungan satu sama lain.


Telur penyu yang dieram ditandakan memerlukan masa sekitar 60 hari untuk menetas.


Anak-anak penyu yang comel ini dikumpulkan dan dibiarkan hidup 3 minggu sebelum dilepaskan ke lautan untuk hidup secara semulajadi.





Penyu dewasa yang di pelihara di Sentuari Penyu bagi tujuaan penyelidikan




Category: 4 comments

4 comments:

kami said...

ada jual telur penyu tak?..... nak rasa la!!

CheMat said...

Tak baik ah makan teluq penyu!! nanti penyu pupus!!

BOY said...

Betul!!! jgn makan telur penyu!! makan telur ayam takpe!!

Nael said...

dekat Pasar Payang ada jual telur penyu!!..

aku pernah rasa... tak sedap pun!! rasa-rasa kasar macam pasir sikit...

aku makan pun nak cuba ajer...

jangan makan telur penyu.. takut nanti pupus...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails