Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts
Posted by
Nael
Pantai Kemasik
Pantai Kemasik mendapat nama dari Sungai Kemasik yang mana muara Sungai Kemasik ini menganjur ke pantai yang terletak di Laut China Selatan. Pasir pantainya yang kuning keemasan, angin laut menderu dan laut yang membiru sungguh memberi ketenangan kepada pengunjung pantai ini. Apabila air laut surut terbentuk alur Sungai Kemasik yang mengalir menuju ke laut dan terdapat bongkah batu kecil berhampiran muara sungai ini yang terbentuk secara semualajadi akibat hakisan. Bongkah batu unik ini sudah semestinya menjadi fokus utama mereka yang membawa kamera untuk mengambil gambar. Bongkah batu ini seolah-olah menjadi mercu tanda kelainan yang terdapat di Pantai Kemasik ini.
Muara Sungai Kemasik ini juga menjadi tempat pendaratan bot-bot nelayan yang unik dan berwarna warni menambah seri pemandangan indah sekitar pantai ini. Nelayan-nelayan disini akan membawa naik hasil tangkapan laut dan dijual kepada orang ramai yang berkunjung ke sini. Pantai Kemasik ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat riadah mereka di waktu petang. Pengunjung juga boleh mendirikan khemah dan berkelah di pantai ini. Pelbagai jenis kemudahan untuk orang ramai juga di sediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Terdapat taman mini dan taman pemainan kanak-kanak membolehkan kawasan pantai ini sesuai menjadi tempat riadah keluarga. Kanak-kanak juga boleh bermain layang-layang disini memandangkan angin laut agak kuat bertipu ke darat.
Pada waktu petang pula biasanya sekitar Pantai Kemasik ini menjadi tumpuan anak muda tempatan datang untuk bermain bola tampar pantai dan bermain bola sepak pantai. Bagi mereka yang ingin menjamu selera terdapat juga beberapa buah gerai yang didirikan penduduk tempatan menjual pelbagai makanan ringan seperti keropok lekor, mee goreng, nasi lemak dan sebagainya.
Arah untuk sampai ke Pantai Temasik ini adalah apabila perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, sampai sahaja di sempadan Negeri Terengganu dan Negeri Pahang anda akan melalui Pekan Kemaman dan menuju terus ke Pekan Kijal. Apabila sampai di Awana Kijal Beach Golf & Spa Resort tuju ke depan lagi kira-kira 3 minit memandu dan anda akan nampak papan tanda "Pantai Kemasik" dan belok ke kanan terus ke Pantai Kemasik.
Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188
Fax: (609) 864 1688
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188
Fax: (609) 864 1688
Read more...
Category:
Pantai,
Rekreasi
5
comments
Posted by
Nael
Pulau Gemia!! sebuah pulau yang berkeluasan 9ekar berhampiran Pulau Kapas mungkin tidak begitu dikenali berbanding pulau-pulau lain di Terengganu. Pulau Gemia adalah pulau persendirian yang terletak kira-kira 800Meter dari Pulau Kapas dan mengambil masa 15minit perjalanan dari Jeti Marang. Walaupun Pulau Gemia kecil namun banyak keistimewaan yang ada di pulau ini. Pulau Gemia dikelilingi pasir putih bersih, air laut yang sejernih kristal, batu-batu karang yang berwarna warni dan kehidupan marine seperti ikan dan penyu menjadi daya tarikkan utama pulau ini. Pulau ini boleh dianggap sebagai antara pulau yang terindah di Pantai Timur . Dikelilingi hutan dara, bukit batuan dan air laut yang membiru benar-benar memukau pengunjung untuk merasai kedamaian di Pulau Gemia.
Gem Wellness Spa & Island Resort adalah satu-satunya resort yang ada di Pulau Gemia yang sebelum ini dikenali sebagai Gem Island Resort. Resort ini juga menyediakan kemudahan lengkap bagi pengunjung untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang wajib adalah snorkeling, berenang bersama ikan dan melihat keindahan batu karang yang berwarna warni yang cukup menakjubkan. Melepak di beranda resort dan melihat pemandangan indah Pulau Kapas yang tidak jauh dari resort dan dataran Marang yang sayup-sayup kelihatan dari kejauhan. Di bawah beranda pula kedengaran ombak lembut memukul batu dan melihat anak-anak ketam berlari-lari di atas batu setiap kali air ombak menghempas mereka.
Antara perkara yang wajib dilakukkan di resort ini adalah melakukkan SPA. Manjakan diri dengan pelbagai terapi yang disediakan antaranya mandi bunga, terapi tradisional Melayau, sauna herba, Thai terapi, Minyak Spa terapi, aroma terapi, rawatan badan dan urut badan dan kaki. Resort ini menyediakan 4 chalet khas untuk pelanggan mendapatkan rawatan dan terapi dengan selesa dan mendamaikan. Pulau Gemia sememangnya menyediakan segala-galanya untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota. Untuk tempahan di sekitar Lembah Klang bolehlah menghubungi talian di bawah.
Gem Wellness Spa & Island Resort
No. 37, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tel : 603-7727 9287 Fax :603-7727 9661
No. 37, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tel : 603-7727 9287 Fax :603-7727 9661
Read more...
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi
5
comments
Posted by
Nael
Pantai Tanjung Jara terletak di Dungun Terengganu adalah salah satu pantai yang menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati kedamaian pantai yang mengadap Laut China Selatan . Deruan ombak menghempas pasir yang keemasan memang memberi ketenangan jiwa kepada mereka yang ingin lari dari kesibukkan kota. Tanjong Jara memang terkenal dengan tempat penyu bertelur dan musim bertelur penyu adalah antara bulan Mei hingga September, jadi jika kita bertuah dapatlah menyaksikan telur bertelur di Pantai Tanjung Jara.
Di Tanjung Jara ini juga terdapat beberapa hotel, chalet dan villa untuk disewa yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti berkayak, meluncur angin, snorkeling dan menyelam. Terdapat juga hotel yang bertaraf lima bintang dan menjadi mercu tanda Tanjung Jara iaitu Tanjung Jara Resort. Tanjung Jara Resort merupakan resort mewah yang menyediakan pelbagai kemudahan dan package menarik bagi pelancong yang ingin mencari ketenangan di Tanjung Jara. Sesiapa yang ingin memanjakan diri dengan keunikan dan ketenangan Spa di Tanjung Jara Resort diiktiraf sebagai Spa terbaik di dunia. Memang tak rugi kalau ingin merasai kemewahan dan kedamaian di Spa Village Tanjung Jara Resort. Resort yang berkonsepkan istana tradisional Melayu pada kurun ke 17 ini mempunyai 99 bilik mewah yang pasti tidak menghampakan pengunjung.
Selain itu antara aktiviti yang boleh dilakukkan di Tajung Jara Resort adalah snorkeling dan menyelam di Pulau Tenggol. Sebuah pulau yang masih tidak terusik dengan pembangunan dan menjadi pulau rahsia dikalangan penyelam. Ini bermakna keadaan batu karang dan persekitaran yang hampir sempurna kerana kurangnya ganguan dari aktiviti manusia. Sesiapa yang ingin belajar memasak juga di sediakan kelas masakkan bersama Chef Ann, jadi sesiapa yang ingin mengetahui rasa keenakkan masakan pantai timur Tanjung Jara Resort sudi berkongsi resepi bersama pengunjung. Aktiviti lain yang boleh diaturkan oleh pihak Tanjung Jara Resort adalah aktiviti bermain golf, membuat batik, berbasikal disekitar Tanjung Jara dan mandi manda di Air Terjun Chemerung.
Sesiapa yang berkunjung ke Tanjung Jara Resort pasti tidak akan kecewa kerana resort ini telah mendapat pengiktirafan dunia dengan pelbagai anugerah antaranya Top 10 Super Spas - Spa Village Tanjong Jara, Elle UK 2009, Best Spa Resort Expatriate Lifestyle, The Best of Malaysia Travel Awards, 2008, Best Hotel Spa in Asia Pacific and the Indian Subcontinent / Listed in “ Best of the Best” World’s Top 26 Spas – ranking number two CondĂ© Nast Traveller UK – Readers’ Spa Awards, 2008, Five Star Diamond Award The American Academy of Hospitality Sciences , 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007. Jadi tak rugi kalau berkunjung ke sini selalu. Selamat Bercuti!!!
Tanjung Jara Resort ,
Dugun, Terengganu
Tel +603 2783 1000
travelcentre@ytlhotels.com.my
http://www.tanjongjararesort.com
Dugun, Terengganu
Tel +603 2783 1000
travelcentre@ytlhotels.com.my
http://www.tanjongjararesort.com
Read more...
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi
10
comments
Posted by
Nael
Pulau Lang Tengah dahulu hanya terkenal di kalangan pelancong German, Jepun, Australia dan Eropah. Ini kerana sebelum ini Pulau Lang Tengah hanya terkenal di luar negara kerana publisiti yang baik di luar negara berbanding publisiti di Malaysia. Tetapi kini hasil publisiti meluas kerajaan Negeri Terengganu dan Agensi Pelancongan telah banyak memberi informasi tentang kewujudan Pulau Lang Tengah ini di Terengganu . Sekarang pulau ini sudah dikenali ramai dan semakin ramai pengunjung tempatan dan luar negara bertandang ke sini.
Pulau Lang Tengah terletak diantara dua pulau yang terkenal di Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Seperti juga Pulau Redang dan Perhentian, Pulau Lang Tengah adalah syurga kepada para pencinta keindahan dunia bawah laut. Aktiviti scuba dan snorkeling adalah perkara wajib yang mesti dilakukkan sekiranya datang ke sini. Seronok tu seronok juga, jadi sesiapa yang datang ke Pulau Lang Tengah adalah diminta tolong sangat!!! jangan merosakkan alam semulajadi Lang Tengah. Tangan tu jangan gatal-gatal nak usik batu karang dan perkara yang paling biasa pengunjung lakukan adalah memijak batu karang. Batu karang amat sensitif dan mudah mati apabila dahannya dipijak, jadi jangan merosakkan batu karang, sesama la kita jaga untuk anak cucu kita nanti.
Pulau Lang Tengah tak sebesar Redang atau Perhentian, jadi resort yang ada disini tak banyak pilihan. Sesetengah resort di sini hanya menyediakan keperluan asas penginapan sahaja seperti kipas angin, katil, air panas dan TV. Oleh kerana tenaga elektrik di sini dijana oleh Generator Diesel maka kemudahannya amat terhad, dan pada masa-masa tertentu sahaja bekalan eletrik akan di salurkan ke bilik. Walaubagaimanapun sesiapa yang inginkan percutian yang lebih selesa terdapat juga resort yang menyediakan kemudahan yang selesa di sini. D'Coconut Lagoon resort menyediakan pelbagai kemudahan yang selesa untuk pengunjung Pulau Lang Tengah. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kolam renang, restoran, pusat sukan rekreasi dan kemudahan pusat menyelam. Jika pengunjung ingin melawat Taman Laut di Pulau Redang pihak resort juga akan mengaturkan perjalanan ke sana atas permintaan pelanggan.
Sesiapa yang inginkan percutian yang dikelilingi keindahan alam semulajadi, pohon rimbun menghijau, langit dan laut membiru dasar laut yang penuh keindahan yang sukar diperolehi di mana-mana pun , datanglah ke Pulau Lang Tengah untuk mengalami sendiri. Kepada mereka yang ingin datang ke Pulau Lang Tengah haruslah melalui jeti Merang yang terletak kira-kira 38Km dari Bandar Kuala Terenganu. Perjalanan dari Merang ke Pulau Lang Tengah dengan menggunakan speed boat pula adalah lebih kurang 40minit perjalanan. Sesiapa yang ingin buat tempahan D'coconut Lagoon, bolehlah menghubungi wakil jualan mereka di Lembah Klang.
Kuala Lumpur Sales & Reservation Office
No. 1, 1A First Floor
Jalan Mamanda 7
Ampang Point
68000 Ampang, Selangor
Tel: 603-4252 6686, 603-4296 5753
Fax: 603-4252 2689
E-mail: sales@dcoconutlagoon.com
No. 1, 1A First Floor
Jalan Mamanda 7
Ampang Point
68000 Ampang, Selangor
Tel: 603-4252 6686, 603-4296 5753
Fax: 603-4252 2689
E-mail: sales@dcoconutlagoon.com
Read more...
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi
10
comments
Posted by
Nael
Salam Ramadhan!!
"Negeri Cantik Budaya Menarik" Slogan yang menyambut kehadiran pengunjung di sempadan Pahang Terengganu. Ungkapan ringkas penuh makna secara tidak lansung mengambarkan pelbagai keindahan sedang menanti setiap pengunjung yang datang melawat Terengganu.
Kijal pekan yang terletak di Selatan Terengganu kira-kira satu setengah perjalanan dari sempadan Terengganu dan Pahang. Bagi pengemar otak-otak dan sata ikan Kijal memang cukup popular yang dijual di sepanjang jalan. Bagi orang tempatan Kijal adalah perkampungan nelayan pesisir pantai yang menjalankan aktiviti ekonominya dengan hasil laut. Perusahaan keropok juga sudah senonim sebagai perusahaan kecil penduduk di sini. Tetapi bagi orang luar Kijal di kenali kerana sebuah resort. Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort yang terletak gi Pantai Kijal membuatkan tempat ini di kenali ramai. Resort bertaraf lima bintang ini popular di kalangan pemain golf profesional di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
Resort ini menawarkan keselesaan dari segenap sudut. Bukan sahaja penginapan yang selesa malahan kawasan resort ini juga dikelilingi dengan keindahan. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti spa, sauna, jakuzi, kelab golf, gymnasium, kolam renang,pelbagai jenis suka air,memanah, berbasikal dan demontrasi menacanting batik. Jumlah bilik yang terdapat di resort ini adalah 341 termasuk penginapan mewah dibilik-bilik premier. Setiap kali tiba musim cuti hampir 95% bilik ditempah dan kunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara. Menyaksikan fajar terbit dari ufuk timur juga merupakan pengalaman yang harus dirasai ketika berada di Kijal. Suasana hening subuh dan sejuk bayu laut pasti akan menemani anda ketika menanti terbit matahari.
Pada bulan Ogos pula sesiapa yang bertuah akan dapat menyaksikan kemunculan penyu yang naik untuk bertelur sepanjang pantai kijal. Sepanjang pantai ini juga dipayungi pepohon kelapa dan pokok rhu yang merimbun. Jadi kepada keluarga yang ingin berkelah hujung minggu di sini memang tepat yang sesuai untuk keluarga beriadah.
Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188
Facsimile: (609) 864 1688
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188
Facsimile: (609) 864 1688
Read more...
Category:
Pantai,
Rekreasi
8
comments
Posted by
Nael
Salam Satu Malaysia Semua!!
Pulau Bidong??!! pasti ramai rakyat Malaysia tidak bergitu mengenali pulau yang terletak di perairan Terengganu ini. Pulau Bidong tidak sepopular Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas sebagai destinasi percutian kerana ia mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatkan kita sebagai tempat pelindungan pelarian Vietnam sementara antara tahun 1975-1990.
Mengikut sejarahnya pelarian Vietnam ini bermula pada tahun 1975 apabila kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang di sokong oleh Amerika Syarikat telah jatuh ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara. Oleh kerana itu ramai rakyat Vietnam Selatan telah terasa terancam nyawanya dan mula melarikan diri ke negara luar melalui jalan laut termasuk ke Malaysia. Mereka menjadi pelarian dan kumpulan pelarian yang pertama telah mendarat di Pulau Perhentian Besut pada Mei 1977.
Pada tahun 1978 jumlahnya semakin meningkat dan menyebabkan kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan Pulau Bidong sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Oleh kerana itu juga Pulau Bidong telah diisytiharkan sebagai Pulau Larangan dan nelayan di larang menghampiri perairan pulau tersebut. Pelarian Vietnam ini telah dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) dan dilindungi undang-undang antarabangsa.
Saban hari pelarian Vietnam semakin ramai walaupun pada musim tengkujuh mereka mengadai nyawa untuk sampai ke Pulau Bidong. Di anggarkan ramai pelarian Vietnam yang telah terkorban akibat dipukul ribut dah tenggelam di lautan dalam usaha mereka untuk sampai ke Pulau Bidong. Kemuncak penempatan pelarian di Pulau Bidong adalah tahun 1978 yang mana 60,000 orang telah tinggal pada satu-satu masa dan 20,000 telah berjaya dipindahkan ke negara ketiga pada tahun yang sama.
Di sepanjang tempoh penempatan pelarian itu dari tahun 1978-1990 jumlah pelarian yang pernah sampai ke pulau ini adalah 252,390 orang dan seramai 4,535 bayi telah di rekodkan lahir di pulau ini. Pulau Bidong telah dikosongkan sepenuhnya pada tahun 1991 yang mana semua pelarian di hantar pulang ke negara asal atau ke negara ketiga untuk meneruskan hidup mereka.Terdapat dua tugu peringataan yang didirikan oleh pelarian Vietnam ini di pulau tersebut dan menjadi kontrovesi apabila kerajaan Vietnam membantah pembinaa tugu tersebut kerana mengandungi kenyataan yang memalukan kerajaan Vietnam.
Di sepanjang tempoh penempatan pelarian itu dari tahun 1978-1990 jumlah pelarian yang pernah sampai ke pulau ini adalah 252,390 orang dan seramai 4,535 bayi telah di rekodkan lahir di pulau ini. Pulau Bidong telah dikosongkan sepenuhnya pada tahun 1991 yang mana semua pelarian di hantar pulang ke negara asal atau ke negara ketiga untuk meneruskan hidup mereka.Terdapat dua tugu peringataan yang didirikan oleh pelarian Vietnam ini di pulau tersebut dan menjadi kontrovesi apabila kerajaan Vietnam membantah pembinaa tugu tersebut kerana mengandungi kenyataan yang memalukan kerajaan Vietnam.
Pada hari ini Pulau Bidong masih kosong dan sepi kerana menjadi sejarah hitam bagi pelarian Vietnam yang terpaksa melarikan diri dari tanahair mereka sendiri kerana menjadi mangsa perang. Walaubagaimanapun bagi pengemar scuba diving masih boleh menikmati keindahan dasar laut Pulau Bidong dan boleh menginap di Bidong View Beach Resort di tanah besar dan pergi Pulau Bidong balik hari . Kepada pengunjung juga di minta berhati-hati jika ingin menjelajah sekitar hutan di Pulau Bidong ini kerana banyak jerangkap samar di pasang oleh pelarian Vietnam dulu yang masih aktif di sini.
Banyak juga kemudahan penginapan yang menyediakan day trip ke Pulau Bidong antaranya YT Midtown Hotel Motel Desa ,Villa Sri Pantai dan Hotel Bintang yang terletak di tanah besar. Kepada mereka yang lebih sukakan adventure bolehlah berkhemah di sini dan membawa peralatan sendiri untuk merasai sendiri pengalaman pelarian vietnam yang hidup dalam buangan di negeri orang.
Selamat Menghayati Sejarah!!
Read more...
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi,
Sejarah
9
comments
Posted by
Nael
Assalamualaikum!! Selamat Menyambut Ramadhan kepada Umat Islam Sedunia!!
Posting kali ini aku nak bercerita tentang keindahan dan keistimewaan satu tempat di Terengganu yang di beri nama Batu Rakit. Sesiapa yang bercuti ke Terengganu tak sah kalau tak singgah ke Pantai Batu Rakit untuk menikmati keindahan alam semulajadinya terutama keindahan pantainya. Batu rakit terletak kira-kira 25Km dari bandar Kuala Terengganu dan hanya 20Km dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Jadi taklah jadi masalah kalau sesiapa pelancong dari luar untuk singgah ke Batu Rakit ini. Aku pernah singgah ke Batu Rakit sebentar untuk menghilangkan penat dan lelah memandu jauh sambil menikmati air kelapa muda yang dijual di gerai-gerai berhampiran. Sayangnya bateri DSLR ku tak sempat di cas, rugi rasanya tak dapat mengambil gambar keindahan Pantai Batu Rakit.
Pantai Batu Rakit mempunyai panorama yang menarik dan mendamaikan susana, terutama waktu petang dan senja berlabuh. Kebiasanya pelancong yang berkelah di Pantai Batu Rakit ini pada waktu petang kerana cuaca yang redup berbanding waktu tengahari di mana cuaca biasanya panas terik. Keindahan pantai di sini semakin terserlah apabila senja melabuhkan diri dengan cahaya senja menyilau ke arah air pantai. Ombak pantai menderu menghempas pasir yang lembut beralun menambahkan damai di hati. Memang best!!
Bagi sesiapa yang belum pernah mengenali Batu Rakit sebenarnya di sekitar Batu Rakit ditempatkan Universiti, Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Peguruan dan boleh dikatakan Batu Rakit ini pusat pendidikan dan pengajian di Terengganu. Sepanjang Pantai Batu Rakit ini juga banyak menyediakan kemudahan untuk pelancong seperti tempat makan, chalet-chalet dan tempat ibadat seperti masjid dan surau. Antara Chalet yang terkenal ialah Gem Beach Resort. Jadi sesiapa yang belum pernah datang ke Batu Rakit jemputlah singgah sini !! Kredit untuk Encik Azraf Sarip dari Flickr.com atas gambarnya yang sangat cantik!! Tahniah Nice Shoot!!
Gem Beach Resort
Lot 2135 Batu Rakit, Mengabang Lekar
21020 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel No :+609-6695910
Lot 2135 Batu Rakit, Mengabang Lekar
21020 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel No :+609-6695910
Read more...
Category:
Pantai,
Rekreasi
15
comments
Posted by
Nael
Salam Sejahtera & Satu Malaysia!!
Pulau Kapas adalah destinasi yang wajib dikunjungi apabila datang melawat Terengganu. Pulau Kapas yang terlekat hanya 6KM dari Jeti Merang mengambil masa 20minit sahaja untuk sampai dengan menggunakan bot laju. Jeti Marang pula terletak di utara Kuala Terengganu iaitu kira-kira 18KM dari Bandar Kuala Terengganu.
Nama Pulau Kapas diambil sempena pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas tumbuh di pulau ini. Mereka yang minat menyelam dan snorkeling , Pulau Kapas sudah tentu menjadi syurga dasar laut pada pencinta lautan. Selain aktiviti skuba dan snokel pengunjung juga boleh mencuba aktiviti lain seperti berkayak, meluncur angin ,memancing dan mencandat sotong. Aktiviti bermotor seperti Bannana Boat tidak dibenarkan di sini kerana boleh merosakkan batu karang disekitar Pulau Kapas.
Kepada penyelam dan snokel boleh menyaksikan sendiri keindahan dasar Pulau Kapas seperti ikan yang berwarna warni, terumu karang, ikan yu dan jika bernasib baik boleh bertembung dengan penyu yang berenang mencari makan sekitar pulau ini. Bagi penyelam jangan lupa untuk menyaksikan kapal perang yang karam semasa Perang Dunia ke-II di dasar perairan Gemia dia utara Pulau Kapas.
Semasa menyelam atau snokel di sini kena berhati-hati dengan kehadiran landak laut dan Lionfish yang berbisa. Lionfish ikan terumbu karang yang cantik tapi sangat berbisa jika sengatnya terkena kepada manusia. Bergitu juga dengan landak laut durinya sangat berbisa jika terpijak. Ambil perhatian juga pada obor-obor kerana jika terkena sengatnya, badan kita menjadi gatal-gatal. Jadi berhati-hati ketika menyelam dan snorkeling.

Jadi kepada sesiapa yang belum berkunjung ke Pulau Kapas, jom pakat ramai-ramai datang sini untuk melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang. Jangan datang pada musim monsun antara November hingga Febuari kerana laut bergelora dan tak sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokeling. Jom Cuti-Cuti Malaysia!!!
Read more...
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi
6
comments
Posted by
Nael
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Boleh di katakan setiap tahun aku datang ke Terengganu untuk melancong. Ini kerana Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang tak sempat aku lawati setiap tahun. Biasanya aku lebih suka menggunakan pengangkutan awam samada bas ataupun kapal terbang sahaja untuk datang ke Terengganu. Ini kerana faktor jarak Kuala Lumpur ke Terengganu yang boleh tahan jauhnya. Tahun ini aku ingin mencari kelainan dan aku tekad untuk memandu sendiri ke Terengganu. Ternyata lawatan aku kali ini berbaloi dengan memandu kereta sendiri kerana aku dapat menikmati keindahan Terengganu dengan lebih dekat lagi.
Semasa perjalanan balik dari Pulau Perhentian aku melalui sebuah perkampungan tepi pantai yang bergitu damai sekali. Kampung Penarik dan Pantai Rhu Sepuluh terletak di daerah Setiu kira-kira 90KM utara Kuala Terengganu terkenal dengan syurga makanan laut yang segar. Sepanjang Pantai Penarik di payungi pohon-pohon kelapa tinggi melampai, pasir memutih dan laut membiru memang mendamaikan suasana. Sempat juga kawan sekereta denganku membuka Sunroof kereta dan menikmati angin laut. Angin laut segar masuk ke dalam kereta.. Perggh!! FRESH!!...
Jalan sepanjang Pantai Rhu Penarik ini redup di payungi pepohon kelapa dan pokok rhu yang merimbun. Memang sesuai kalau dijadikan tempat perkelahan keluarga di hujung minggu. Sempat juga aku dan rakan-rakanku berhenti di gerai tepi jalan untuk menikmati ikan dan sotong celup tepung di goreng ranggup... Jadi sesiapa yang lalu di Pantai Rhu Penarik jangan lupa singgah sebentar untuk menikmati ikan segar goreng tepung dengan air kelapa muda!!
Read more...
Category:
Pantai,
Rekreasi
13
comments
Posted by
Nael
Hari ke-3!! Hari terakhir aku berada di Paradise Island of Perhentian. Seawal pagi aku dah bangun dan mengemas barang yang patut. Bot kami di jangka akan bertolak jam 8.00pagi. Walau bagaimanapun kami meminta tangguh jam 10.00pagi kerana kami belum puas untuk terus berada di Perhentian. Mengikut jadual biasa perjalanan bot dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sepatutnya adalah jam 8.00pagi dan jam 12.00tghari iaitu dua trip sehari.
Menu sarapan pagi yang disediakan pihak resort untuk sarapan adalah nasi goreng, bubur nasi, mee goreng, roti bakar, pan cake dan buah-buahan tempatan. Jus manggan dan Jus oren juga di sediakan.
Selesai mengalas perut kami lepak anjungan yang berada di depan resort itu. Ikan di tepi-tepi batu di kawasan ini jinak-jinak belaka terutama bila di campak roti, berebut-rebut memakan roti yang kami berikan. Sementara menunggu bot kami sampai sempat juga la kami bersantai di jeti yang banyak berjasa kepada orang ramai. Dari atas jeti aku boleh nampak sekumpulan ikan kecil yang berenang berkumpulan dengan jumlah yang banyak. Terasa macam nak terjun jer lagi.. tapi sedihnya sebab dah nak balik KL.
Jam 10.00pagi seperti yang dijadualkan bot yang membawa kami sampai untuk membawa kami pulang. Sebuah bot mampu menampung 8 orang penumpang dan dilengkapi dengan jacket keselamatan. Pastikan jaket keselamatan di pakai kalau tak nanti kena saman dengan Maritim Malaysia. Pihak keselamatan maritim Malaysia sentiasa memastikan penguasaha bot pelancong tidak melanggar undang-undang seperti membawa lebih muatan dan tidak memakai jaket keselamatan. Dalam perjalanan balik bot yang membawa kami juga di tahan oleh pihak Maritim bagi di periksa. Nasib baiklah tekong bot kami ada lesen!! kalau tak kitaorang balik naik bot lain.. jam 10.45am kami sampai di jeti Kuala Besut. Kat sini ada kedai menjual cenderamata, jadi sesiapa yang hendak membeli sebagai tanda kenang-kenangan boleh la singgah. Aku beli T-Shirt Perhentian sebagai cenderahati untuk kengkawan aku...
Tamat pengembaraan aku bersama kawan-kawan di Pulau Perhentian selama 3 Hari 2 Malam. Satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Perhentian memberikan aku pengalaman yang bebeza berbanding melawat pulau-pulau lain, yang paling best sudah tentu dapat berenang bersama penyu. Resort Shari-La yang kami tinggal pun memberi layanan baik kepada kami. Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Ada Rezeki Pasti Kami Datang Lagi!!
Menu sarapan pagi yang disediakan pihak resort untuk sarapan adalah nasi goreng, bubur nasi, mee goreng, roti bakar, pan cake dan buah-buahan tempatan. Jus manggan dan Jus oren juga di sediakan.
Selesai mengalas perut kami lepak anjungan yang berada di depan resort itu. Ikan di tepi-tepi batu di kawasan ini jinak-jinak belaka terutama bila di campak roti, berebut-rebut memakan roti yang kami berikan. Sementara menunggu bot kami sampai sempat juga la kami bersantai di jeti yang banyak berjasa kepada orang ramai. Dari atas jeti aku boleh nampak sekumpulan ikan kecil yang berenang berkumpulan dengan jumlah yang banyak. Terasa macam nak terjun jer lagi.. tapi sedihnya sebab dah nak balik KL.
Jam 10.00pagi seperti yang dijadualkan bot yang membawa kami sampai untuk membawa kami pulang. Sebuah bot mampu menampung 8 orang penumpang dan dilengkapi dengan jacket keselamatan. Pastikan jaket keselamatan di pakai kalau tak nanti kena saman dengan Maritim Malaysia. Pihak keselamatan maritim Malaysia sentiasa memastikan penguasaha bot pelancong tidak melanggar undang-undang seperti membawa lebih muatan dan tidak memakai jaket keselamatan. Dalam perjalanan balik bot yang membawa kami juga di tahan oleh pihak Maritim bagi di periksa. Nasib baiklah tekong bot kami ada lesen!! kalau tak kitaorang balik naik bot lain.. jam 10.45am kami sampai di jeti Kuala Besut. Kat sini ada kedai menjual cenderamata, jadi sesiapa yang hendak membeli sebagai tanda kenang-kenangan boleh la singgah. Aku beli T-Shirt Perhentian sebagai cenderahati untuk kengkawan aku...
Tamat pengembaraan aku bersama kawan-kawan di Pulau Perhentian selama 3 Hari 2 Malam. Satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Perhentian memberikan aku pengalaman yang bebeza berbanding melawat pulau-pulau lain, yang paling best sudah tentu dapat berenang bersama penyu. Resort Shari-La yang kami tinggal pun memberi layanan baik kepada kami. Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Ada Rezeki Pasti Kami Datang Lagi!!
Read more...
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi
7
comments







































