Taman Negara Tanjung Mentong



Taman Negara Tanjung Mentong

Taman Negara Tanjung Mentong terletak di Tasik Kenyir adalah Taman Negara yang terletak di Negeri Terengganu. Taman Negara ini meliputi kawasan tasik dan hutan yang luas yang dijaga dan di wartakan sebagai Taman Negara dan warisan negara yang berharga. Tanjong Mentong adalah pintu masuk negeri ke Taman Negara Malaysia yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan eko-sistem yang kompleks.Pelancong boleh sampai ke Tanjung Mentong ini dengan melalui dua jeti yang sama ada melalui Gawi atau Jenagor yang mana kedua-duanya terlekat di Terengganu. Pekan Kuala Berang merupakan pekan terdekat untuk ke jeti tersebut. Pengunjung akan merentasi Tasik Kenyir dan memakan masa lebih kurang 45minit untuk sampai ke tempat penginapan Tanjung Mentong Resort.




Sesiapa yang ingin memasuki Taman Negara Tanjung Mentong akan dikenakan permit masuk iaitu RM1.00 seorang. Sesiapa yang kaki pancing pula dikehendaki membayar permit joran iaitu RM10.00 bagi setiap batang joran yang dibawa. Permit untuk kamera pula adalah RM5.00 sahaja setiap sebuah kamera. Sesiapa yang ingin menginap di Tanjung Mentong pula ada disediakan kemudahan penginapan oleh Tanjung Mentong Resort pada kadar yang berpatutan. Terdapat 8 chalet berkembar dan sebuah asrama yang mempunyai 16 buah katil yang disediakan oleh pihak pengurusan resort. Terdapat pelbagai kemudahan seperti jeti, restoran, bilik mesyuarat dan menara tinjau di sini.





Setiap percutian sudah tentu akan lebih bererti kalau terdapat aktiviti yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dilakukkan di Taman Negara Tanjung Mentong adalah aktiviti merentas hutan. Keindahan flora dan fauna boleh disaksikan sepanjang lorong denai yang disediakan. Sesiapa yang meminati aktiviti memanjat gunung bolehlah mencabar diri sendiri untuk sampai ke puncak Gunung Gagau iaitu gunung yang kedua tertinggi di Taman Negara selepas Gunung Tahan. Gunung Gagau 1376 meter (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Gunung ini menjadi titik sempadan antara negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.




Selain aktviti merentas hutan aktiviti air yang boleh dilakukkan di Tanjung Mentong adalah memancing, berenang, berkayak dan menaiki bot dan aktviti ini boleh diatur dan maklumkan kepada pengurus resort. Walaubagaimanapun aktviti memancing tidak dibenarkan di Sungai Cacing kerana tempat tersebut dilindungi sebagai tempat pemuliharan ikan kelah. Terdapat juga dua buah gua yang berdekatan iaitu Gua Bewah dan Gua Taat dan pengunjung boleh meneroka ke dalam gua yang mana pernah menyimpan artifak purba berusia 4,000SM di situ.

Jabatan PERHILITAN
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel : 09-622 7751
Email: tnterengganu@wildlife.gov.my

Pengurus
Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-623 6684
Faks:09-631 6684


Read more...

Perkampung Nelayan Marang



Perkampungan Nelayan Marang

Permandangan kampung nelayan di sepanjang Sungai Mercang Marang memang cukup mendamaikan dan memberi ketenangan kepada penunjung yang ingin lari dari kesibukan kota. Perkampungan nelayan yang serba sederhana ini masih kekal indah dikelilingi alams emulajadi yang cukup mempersonakan. Sesiapa yang menyusuri sepanjang Sungai Mercang dengan bot boleh menyaksikan permandangan yang menyejukkan mata memandang dan melihat aktiviti nelayan tradisional menangkap ikan.


Kebanyakkan nelayan separuh umur ini masih bergiat dalam aktiviti menangkap ikan sebagai mata pencarian mereka sejak turun temurun lagi. Suasana riuh pagi dan petang di jeti cukup seronok apabila nelayan pulang dengan hasil tangkapan masing-masing. Peraih dan pembeli ikan biasa datang ke jeti untuk melakukkan proses tawar menawar harga hasil laut yang dibawa balik oleh nelayan. Setelah penat di lautan para nelayan selalu berkumpul untuk berkongsi cerita mengenai hasil tangkapan mereka seharian.Biasanya port para nelayan adalah warung kopi disekitar tebing Sungai Mercang yang meyediakan sajian kopi panas dan keropok untuk pengunjung menikmati makanan ringan. Marang memang terkenal sejak dahulu sebagai pengkalan nelayan dari laut ke hilir mudik di sekitra Kampung Pengkalan Setar Kanan dan Kampung Batangan.



Kalau ke Marang memang tak sah kalau tak singgah kat Bandar Marang yang tidak jauh dari situ. Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan ramai adalah Arca Marang Waterfront. Arca bebentuk perahu ini menjadi simbol bertapa pentingnya perahu dalam kehidupan masyarakat di sini sejak 100 tahun dahulu. Perahu digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan dan dijadikan sebagai pengangkutan air. Mercu tanda ini juga mengambarkan bahawa daerah Marang aktif dalam aktiviti perikanan. Arca ini juga berfungsi sebagai mercu tanda dan sebagai penanda bagi orang luar yang datang melawat Marang.



Sebagai kawasan perikanan yang popular Marang sudah tentu menjadi syurga kepada pengemar makanan laut. Antara kawasan yang popular menyediakan masakkan laut terutama ikan bakar adalah di Kelulut. Sementara mereka yang inginkan hasil laut kering pula boleh diperolehi di Rhu Renggeh dan Rhu Muda. Sesiapa yang ingin membeli belah mereka boleh juga datan ke Arked Jeti Pelancongan yang terletak di Waterfront Marang. Di jeti ini menempatkan 12 lot niaga termasuk perkhidmatan kaunter bagi resort, hotel dan perkhidmatan bot. Terdapat juga kedai-kedai cendermata di sini. Terletak jauh di Waterfront Marang ini juga terdapat taman awam yang mengadap Sungai Marang yang memberi permandangan indah berhadapan Pulau Kapas yang sayup-sayup kelihatan dari situ. Sesiapa yang datang ke Marang jangan lupa untuk singgah membeli ole oleh dari Terengganu di sekitar Marang dan ingin mencari budget hotel yang selesa cubalah Seri Malaysia Marang!!

Hotel Seri Malaysia
Marang Lot 3964,
Kampung Paya,
21600 Marang,Terengganu, Malaysia.
Tel : 09-618 2889 Fax: 09-618 1285



Read more...
Category: 11 comments

Muzium Negeri Terengganu




Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan dikenali sebagai Muzium Losong dikalangan penduduk tempatan. Muzium ini menyimpan pelbagai tinggalan dan artifak sejarah dan menjadi satu tempat yang mesti dikunjungi oleh sesiapa yang melawat Terengganu. Muzium Losong terletak kira-kira 3Km Selatan Kuala Terengganu menuju ke Losong, dan akan kelihatan kompleks yang tersergam indah terlekat berdekatan dengan sungai dan Bukit Losong. Di pintu masuk muzium ini kelihatan replika Batu Bersurat yang menjadi simbol dan lambang kedatangan awal agama islam di Terengganu dahulu.

Ciri-ciri Muzium yang unik ini menyimpan seribu satu tinggalan sejarah dan terdapat lebih 10 jenis galeri di Muzium ini. Antara galeri yang ada ialah Galeri Islam, Galeri DiRaja, Galeri Kraftangan, Galeri Textile, Galeri Alamsemulajadi, Galeri Petroleum dan pelbagai seni moden dan seni kontemporari di pamerkan di sini. Muzium ini telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 20 April 1996.




Kompleks muzium yang mempunyai senibina yang menarik ini merangkupi tanah seluas 27.9 hektar. Senibina yang diilhamkan oleh YAM Raja Dato' Kamarul Bahrin seorang arkitek yang memang terkenal dengan senibina Melayu Terengganu dan hasil kerjanya yang menakjubkan. Muzium ini telah diilhamkan berdasarkan Rumah Tradisional atau 'Rumah Tele'. Istana lama Terengganu juga telah dipindahkan ke sini untuk dijaga dan dipulihhara agar tidak lapuk dan rosak ditelan zaman. Apa yang menarik tentang istana ini adalah ia tidak menggunakan sebatang paku pun dalam proses pembinaanya. Seni ukiran dan kraftangan yang hasil kerja orang dahulu memang cukup kreatif dan halus. Apa yang lebih menarik lagi kompleks muzium ini dibina mengadap sungai dan dilaksanakan berasaskan pengangkutan tradisi yang banyak menggunakan jalan air untuk berhubung. Pengunjung berpeluang untuk datang menggunakan jalan air dan untuk lebih mudah sebuah jeti juga dibina sebagai pengkalan untuk pengunjung berulang alik.


Muzium Negeri Terengganu ini terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, empat rumah tradisional Terengganu dan Taman Botani dan herba. Di sini juga disimpan koleksi bot tradisional Terengganu yang dibina pada kurun ke 18 dahulu semasa era kegemilangan kesultanan Terengganu. Terdapat juga pameran berkenaan dengan perikanan, industri pembinaan bot di Terengganu di Muzium ini. Jadi sesiapa yang berkunjung ke Terengganu jangan lupa untuk singgah ke Muzium Losong bagi menghayati keindahan seniba, budaya dan sejarah Negeri Terengganu Darul Iman.

Kompleks Muzium Terengganu
Losong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
No Telefon Am : +609 6221444
No Faks : +609 6231209 / 609 6266164
E-mel : tgmuseum@streamyx.com

Read more...

Tanjung Jara




Pantai Tanjung Jara terletak di Dungun Terengganu adalah salah satu pantai yang menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati kedamaian pantai yang mengadap Laut China Selatan . Deruan ombak menghempas pasir yang keemasan memang memberi ketenangan jiwa kepada mereka yang ingin lari dari kesibukkan kota. Tanjong Jara memang terkenal dengan tempat penyu bertelur dan musim bertelur penyu adalah antara bulan Mei hingga September, jadi jika kita bertuah dapatlah menyaksikan telur bertelur di Pantai Tanjung Jara.

Di Tanjung Jara ini juga terdapat beberapa hotel, chalet dan villa untuk disewa yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti berkayak, meluncur angin, snorkeling dan menyelam. Terdapat juga hotel yang bertaraf lima bintang dan menjadi mercu tanda Tanjung Jara iaitu Tanjung Jara Resort. Tanjung Jara Resort merupakan resort mewah yang menyediakan pelbagai kemudahan dan package menarik bagi pelancong yang ingin mencari ketenangan di Tanjung Jara. Sesiapa yang ingin memanjakan diri dengan keunikan dan ketenangan Spa di Tanjung Jara Resort diiktiraf sebagai Spa terbaik di dunia. Memang tak rugi kalau ingin merasai kemewahan dan kedamaian di Spa Village Tanjung Jara Resort. Resort yang berkonsepkan istana tradisional Melayu pada kurun ke 17 ini mempunyai 99 bilik mewah yang pasti tidak menghampakan pengunjung.








Selain itu antara aktiviti yang boleh dilakukkan di Tajung Jara Resort adalah snorkeling dan menyelam di Pulau Tenggol. Sebuah pulau yang masih tidak terusik dengan pembangunan dan menjadi pulau rahsia dikalangan penyelam. Ini bermakna keadaan batu karang dan persekitaran yang hampir sempurna kerana kurangnya ganguan dari aktiviti manusia. Sesiapa yang ingin belajar memasak juga di sediakan kelas masakkan bersama Chef Ann, jadi sesiapa yang ingin mengetahui rasa keenakkan masakan pantai timur Tanjung Jara Resort sudi berkongsi resepi bersama pengunjung. Aktiviti lain yang boleh diaturkan oleh pihak Tanjung Jara Resort adalah aktiviti bermain golf, membuat batik, berbasikal disekitar Tanjung Jara dan mandi manda di Air Terjun Chemerung.








Sesiapa yang berkunjung ke Tanjung Jara Resort pasti tidak akan kecewa kerana resort ini telah mendapat pengiktirafan dunia dengan pelbagai anugerah antaranya Top 10 Super Spas - Spa Village Tanjong Jara, Elle UK 2009, Best Spa Resort Expatriate Lifestyle, The Best of Malaysia Travel Awards, 2008, Best Hotel Spa in Asia Pacific and the Indian Subcontinent / Listed in “ Best of the Best” World’s Top 26 Spas – ranking number two CondĂ© Nast Traveller UK – Readers’ Spa Awards, 2008, Five Star Diamond Award The American Academy of Hospitality Sciences , 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007. Jadi tak rugi kalau berkunjung ke sini selalu. Selamat Bercuti!!!

Tanjung Jara Resort ,
Dugun, Terengganu
Tel +603 2783 1000
travelcentre@ytlhotels.com.my
http://www.tanjongjararesort.com


Read more...

Gua Bewah - Tasik Kenyir



Gua Bewah - Tasik Kenyir

Jika melawat Terengganu tidak sah jika tak singgah ke Tasik Kenyir. Pada para pencinta alam sudah tentu tidak mahu ketinggalan menyaksikan keindahan Tasik Kenyir yang kaya dengan flora dan faunanya yang unik dan tersendiri. Banyak aktiviti yang boleh dilakukkan di Tasik Kenyir seperti memancing, berkhemah, mandi air terjun dan sebagainya. Salah satu daya tarikkan Tasik Kenyir adalah keistemewaan Gua Bewah.


Lumut yang berkilau mengeluarkan cahaya kehijauan


Struktur luar Gua Bewah

Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu adalah gua yang berusia lebih 270 juta tahun dahulu. Kajian Muzium Negeri mendapati Gua Bewah ini pernah didiami manusia pada zaman Neolitik. Gua Bewah mendapat nama dari nama "Bewah" yang bermaksud aktviti kenduri-kendara. Terdapat juga beberapa buah gua batu kapur di sekitar Gua Bewah ini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan. Gua Bewah juga dikenali sebagi Gua Tahi Kelawar kerana disepanjang tangga dari pelantar Gua Bewah hingga ke pintu masuk gua kaya dengan tumbuhan yang subur kerana tahi kelawar disitu menghasilkan tanah yang subur.

Sesiapa yang ingin berkhemah di sini juga terdapat kemudahan tandas, pondok wakaf dan BBQ. Kepada kaki Pancing kawasan Gua Bewah juga adalah port baik untuk menaikkan ikan-ikan air tawar yang sering menjadi buruan mereka. Pengunjung harus mendaki 200 anak tangga untuk sampai ke pintu masuk Gua Bewah ini.




Spesis ketam yang hidup di dalam Gua Bewah



Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu pernah melakukkan ekskavasi pada tahun 1976 dan menemui artifak rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa tulang haiwan serta cengkerang-cengkerang siput sedut. Menurut arkelogis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik iaitu kira-kira 8,000 hingga 11,000 tahun dahulu. Di dalam Batu Bewah pula di penuhi dengan ukiran semualajadi stalagmit dan stalaktit. Titisan air menghasilkan pelbagai bentuk formasi seakan-akan burung unta, lembaga manusia dan sebagainya. Terdapat juga spesis lipas ekor biru, lumut hijau berkilauan dan ketam yang hidup di dalam Gua Bewah. Sesiapa yang inginkan kelainan dalam melancong cubalah untuk melawat Gua Bewah.

Kenyirlake.com
77A Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : 609-6262020 Fax : 609-6262022 Email : sales@kenyirlake.com
Webpage : www.kenyirlake.com


Read more...

Nasi Kerabu Terengganu



[ Kredit Gambar Klik Sini ]

Nasi Kerabu Terengganu

Meronda sepanjang Bazar Ramadhan dan mencari juadah berbuka menjadi rutin aku setiap hari sejak bulan puasa ini. Hari ini apa yang menarik perhatian aku adalah menu Nasi Kerabu. Nasi Kerabu sebenarnya amat popular di negeri pantai timur terutama di Terengganu. Nasi Kerabu memang salah satu makanan kegemaran aku. Kalau di Kuala Lumpur port nasi kerabu kegemaran aku adalah Nasi Kerabu Kampung Baru atau di Restoran Ulik Mayang di Taman Melati.


Bunga Telang yang digunakan sebagai pewarna Nasi Kerabu

Walaupun aku bukan berasal dari Negeri Terengganu tetapi citarasa aku terhadap nasi kerabu tidak berbelah bagi. Jadi di sini aku berpeluang untuk bercerita tentang resepi kebanggaan rakyat Terengganu ini. Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang berwarna kebiruan. Warna biru pada nasi itu sebenarnya terhasil daripada kelopak Bunga Telang yang digunakan dalam masakkan. Bunga Telang atau Clitoria Ternatea biasanya di gunakan sebagai pewarna dalam masakkan. Antara campuran Nasi Kerabu adalah kombinasi ulam-ulaman, kerisik kelapa, sambal ikan, daging bakar, ayam bakar, telur masin, ikan goreng celup tepung, solok lada, dan tauge yang dibuang akarnya.

Hidangan Nasi Kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah bergitu sahaja dengan memerahkan sedikit jus limau nipis ke dalam budu tersebut. Campuran Budu dan Asam Limau memang boleh membangkitkan selera. Jadi sesiapa yang ingin merasa nasi kerabu yang sedap, jika berkunjung ke Terengganu cubalah makanan tradisi ini. Banyak kedai di sekitar Terengganu menjual nasi kerabu, jadi tidak sukar untuk memperolehi Nasi Kerabu di sekitar Terengganu.


Read more...

Istana Maziah



[ Kredit Gambar Klik Sini ]

Istana Maziah Kuala Terengganu

Salah sebuah Istana yang tersergam indah lambang kemegahan institusi Kesultanan Terengganu adalah Istana Maziah. Terletak di Kuala Terengganu berhampiran Bukit Puteri kira-kira 200meter dari Sungai Kuala Terengganu. Di Istana ini jugalah pelbagai acara dan istiadat pertabalan kemahkotaan Sultan Terengganu, Majlis berkhatan, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri biasanya di adakan.

Terdapat 2 percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah ini dibina iaitu pada 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312) dan pada tahun 1897. Walaubagaimanapun menurut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini telah dimulakan pada hari Jumaat , jam 10.00pagi 31 Mei 1895 di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918).

Istana Maziah di bina adalah untuk mengantikan Istana Hijau yang telah terbakar semasa pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac 1870. Pelbagai tokoh telah diberi tanggungjawap bagi menyiapkan pembinaan Istana Maziah ini. Seorang tokoh jurutera Istana Maziah iaitu saudara ipar Sultan Zainal Abidin III iaitu Tengku Chik Abu Bakar Bin Tengku Abdul Jalil telah diberi kepercayaan mengurus dan membina Istana Maziah. Keunikan bahan yang digunakan untuk membina istana ini adalah terdiri dari campuran kapur, tanah liat, pasir, garam, putih telur dan manisan.

Dianggarkan kira-kira 20 orang pakar tukang kayu Melayu dan Cina telah terlibat dalam pembinaan Istana Maziah ini. Walaupun masalah kewangan membantutkan usaha membina istana ini . Tetapi akhirnya istana ini siap juga dibina pada 7 Ogos 1903.Tidak berapa lama selepas istana ini siap, Tengku Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana yang pada ketika itu di bawah anjung istana ini boleh dilalui kereta. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 - 1942 ), layang-layang anak tangga dipinda. Seterusnya pindaan dilakukan lagi di masa pemerintahan Sultan Nasiruddin Shah ( 1945 - 1979 ). Bilik di tingkat bawah terletak Singgahsana di sebelah matahari naik telah dibuang pintunya supaya ia bertambah luas. Dengan Singgahsana dipindahkan di tingkat atas.

Pada tahun 1954, dibina pula layang-layang tangga hadapan di sebelah matahari jatuh. Selain itu bilik di tingkat sebelah atas matahari naik telah dirobohkan untuk ditempatkan Singgahsana. Pada tahun 1972, sebuah bangunan tambahan dibina di bahagian rusuk sebelah barat. Seterusnya Singgahsana pula ditempatkan di tingkat atas bangunan baru istana ini. Pada tahun 1998, satu tambahan baru telah dibina di bahagian hadapan istana ini.

Pada hari ini Istana Maziah masih tersergam indah di Bandar Kuala Terengganu dan ramai pelancong tempatan dan luar negara datang untuk mengabadikan kenangan bergambar di Istana Maziah. Di sini juga terdapat Dataran Maziah yang terletak di depan Istana Maziah. Dataran ini sebagai taman mini yang dihiasai lanskap, pepepohon menghijau dan lorong jalan kaki yang selesa. Di tengah-tengah taman mini ini pula terdapat replika Gobek Sireh dan Kacip Pinang yang menjadi lambang budaya dan tradisi masyarakat Melayu

*sumber sejarah dari http://www.istana.terengganu.gov.my






Read more...

Pulau Lang Tengah



Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah dahulu hanya terkenal di kalangan pelancong German, Jepun, Australia dan Eropah. Ini kerana sebelum ini Pulau Lang Tengah hanya terkenal di luar negara kerana publisiti yang baik di luar negara berbanding publisiti di Malaysia. Tetapi kini hasil publisiti meluas kerajaan Negeri Terengganu dan Agensi Pelancongan telah banyak memberi informasi tentang kewujudan Pulau Lang Tengah ini di Terengganu . Sekarang pulau ini sudah dikenali ramai dan semakin ramai pengunjung tempatan dan luar negara bertandang ke sini.




Pulau Lang Tengah terletak diantara dua pulau yang terkenal di Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Seperti juga Pulau Redang dan Perhentian, Pulau Lang Tengah adalah syurga kepada para pencinta keindahan dunia bawah laut. Aktiviti scuba dan snorkeling adalah perkara wajib yang mesti dilakukkan sekiranya datang ke sini. Seronok tu seronok juga, jadi sesiapa yang datang ke Pulau Lang Tengah adalah diminta tolong sangat!!! jangan merosakkan alam semulajadi Lang Tengah. Tangan tu jangan gatal-gatal nak usik batu karang dan perkara yang paling biasa pengunjung lakukan adalah memijak batu karang. Batu karang amat sensitif dan mudah mati apabila dahannya dipijak, jadi jangan merosakkan batu karang, sesama la kita jaga untuk anak cucu kita nanti.





Pulau Lang Tengah tak sebesar Redang atau Perhentian, jadi resort yang ada disini tak banyak pilihan. Sesetengah resort di sini hanya menyediakan keperluan asas penginapan sahaja seperti kipas angin, katil, air panas dan TV. Oleh kerana tenaga elektrik di sini dijana oleh Generator Diesel maka kemudahannya amat terhad, dan pada masa-masa tertentu sahaja bekalan eletrik akan di salurkan ke bilik. Walaubagaimanapun sesiapa yang inginkan percutian yang lebih selesa terdapat juga resort yang menyediakan kemudahan yang selesa di sini. D'Coconut Lagoon resort menyediakan pelbagai kemudahan yang selesa untuk pengunjung Pulau Lang Tengah. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kolam renang, restoran, pusat sukan rekreasi dan kemudahan pusat menyelam. Jika pengunjung ingin melawat Taman Laut di Pulau Redang pihak resort juga akan mengaturkan perjalanan ke sana atas permintaan pelanggan.




Sesiapa yang inginkan percutian yang dikelilingi keindahan alam semulajadi, pohon rimbun menghijau, langit dan laut membiru dasar laut yang penuh keindahan yang sukar diperolehi di mana-mana pun , datanglah ke Pulau Lang Tengah untuk mengalami sendiri. Kepada mereka yang ingin datang ke Pulau Lang Tengah haruslah melalui jeti Merang yang terletak kira-kira 38Km dari Bandar Kuala Terenganu. Perjalanan dari Merang ke Pulau Lang Tengah dengan menggunakan speed boat pula adalah lebih kurang 40minit perjalanan. Sesiapa yang ingin buat tempahan D'coconut Lagoon, bolehlah menghubungi wakil jualan mereka di Lembah Klang.

Kuala Lumpur Sales & Reservation Office
No. 1, 1A First Floor
Jalan Mamanda 7
Ampang Point
68000 Ampang, Selangor

Tel: 603-4252 6686, 603-4296 5753
Fax: 603-4252 2689
E-mail: sales@dcoconutlagoon.com




Read more...

Sata Terengganu



Sata Terengganu

Sudah agak lama aku tak buat posting!!.. Minggu exam!!!.. Aduh!!. kena ready untuk exam dan kerja di office yang tak putus-putus!!! Macam ini lah kalau kerja sambil berlajar. Komitment kena sentiasa berada di tahap yang tinggi. Apa pun aku cuba untuk update blog aku gak!!... :)

Jadi pejam celik kita dah masuk minggu ke 2 kita berpuasa, cepat benar masa berlalu kan?.. Di bulan Ramadhan seperti biasa bazar ramadhan menjadi satu tempat tradisi masyarakat kita untuk mencari juadah berbuka puasa. Bazar Ramdhan di tempat aku Wangsa Maju juga sentiasa menjadi tumpuan masyarakat mencari juadah berbuka. Banyak jenis juadah ada di jual di bazar ramadhan sini termasuklah kuih muih tradisional yang aku sendiri tak pernah rasa. Bila aku terpandang Sata di Bazar Ramadhan teringat aku keenakkan Sata Kemamam yang pernah aku rasa dulu. Walaubagaimanapun Sata umpama makanan tradisi Terengganu dan boleh diperolehi dengan mudah di pasar-pasar malam, Pasar Besar Payang dan gerai-gerai yang menjual makanan.



Jom aku cerita pasal Sata Kemaman Terengganu yang sangat terkenal dengan keenakkannya. Sata adalah adunan isi ikan yang diadun dengan kelapa,bawang,cili, halia, gula dan garam. Kesemua adunan ini di gaul rata dan dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon tiga segi atau piramid. Selepas itu sata akan dicucuk pada sebatang besi atau buluh panjang di susun untuk di bakar. Sata yang sedap biasanya mempunyai resepi rahsia dan menggunakan ikan segar dalam proses pembuatannya.



Pengalaman aku makan Sata paling sedap adalah di Warung Otak Otak Che Wan Kemaman Terengganu. Rasa Satanya memang sedap yang mana sekali rasa Sata tu memang tak cukup!. Sesiapa yang lalu di Kampung Geliga Kemaman bolehlah singgah di Warung Otak Otak Che Wan yang memang sangat terkenal pada pengemar otak-otak dan Sata. Tetapi kena datang awal atau buat tempahan meja dahulu. Jika tidak kebarangkalian nak dapat makan adalah tipis kerana Warong Che Wan ini memang sentiasa di penuhi pengunjung terutama di hujung minggu.




Sesiapa yang nak datang berikut adalah panduan ke Warung Otak Otak Che Wan lokasinya bertentangan taman perumahan Bank Rakyat, Geliga (jika perjalanan dr Kuantan, jaraknya 600meter selepas stesen minyak ESSO Geliga, manakala jika perjalanan dari Kuala Kemaman , Geliga, jaraknya 530meter selepas Sek.Keb.Seri Geliga, ataupun kalau sesat contact ajer tuan kedai otak otak ini di no +60139873557 minta direction dari diaorang. Selamat Mencuba!!!



Read more...

Hutan Lipur Sungai Chemerong



Assalamualaikum & Salam Ramadhan!

Negeri Terengganu memang kaya dengan anugerah alam semulajadinya, di mana keindahan alam semulajadi sentiasa memayungi negeri bertuah ini. Salah sebuah tempat tumpuan pelancong di negeri ini adalah Hutan Lipur Sungai Chemerong yang terletak di daerah Dungun. Hutan simpan terbesar ini kaya dengan kazanah flora dan fauna. Hutan ini juga kaya dengan pokok kayu berharga seperti cengal, meranti dan keruing yang tidak di usik oleh arus pembangunan.



Hutan Lipur Sungai Chemerong adalah salah satu hutan rekreasi yang terkenal kerana keunikan hutannya. Di sini juga terdapat Pokok Cengal yang tertua dan terbesar di dunia. Sesiapa yang berkunjung ke Hutan Lipur Sungai Chemerong ini juga akan dapat menyaksikan keindahan air terjun yang putih di tengah-tengah kehijauan hutan. Kolam di kaki gunung terbentuk dari pengairan air terjun Chemerong yang tingginya hampir 305meter. Air terjun memutih turun mencurah melepasi batu-batu gunung seterusnya menuju Sungai Chemerong. Besarnya anugerah ciptaan tuhan memang tidak ternilai!!..



Hutan Lipur Sungai Chemerong ini juga adalah kawasan tumpuan pelancong di Malaysia khususnya di Terengganu dan hampuir 2 ribu pengunjung datang melawat kawasan ini pada hujung minggu terutama pada musim cuti. Terdapat juga banyak kemudahan riadah yang di sediakan oleh pihak perhutanan seperti wakaf, tandas, dan tapak perkhemahan. Tempat ini memang sesuai dijadikan tapak perkelahan hujung minggu keluarga dan rakan-rakan. Pasti anak-anak suka bermain air dengan puas sambil menangkap anak-anak ikan dan udang dicelah batu.




Kepada mereka yang inginkan aktiviti lebih lasak boleh juga melakukkan aktiviti jungle tracking ataupun mendaki kemuncak air terjun Chemerong. Pasti akan terpesona dengan keindahan alam dari atas puncak. Sepanjang denai tracking ini juga kita boleh menyaksikan keindahan flora dan fauna. Kepada jurugambar pasti tidak melepaskan shot terbaik disini.


Sesiapa yang ingin datang ke sini bolehlah memandu sendiri atau menaiki teksi. Kalau dari Kuala Terengganu ke Dungun lebih kurang 100KM lebih kurang 1 jam lebih perjalanan. Dari Bandar Al-Muktafibillah Shah Dungun ke Hutan Lipur Chemerong ini pula lebih kurang 30KM atau sekitar 20minit perjalanan.

Kepada sesiapa yang menginap di sekitar sini boleh memilih homestay berdekatan iaitu Homestay Pasir Raja. Sesiapa yang ingin menghubungi homestay bolehlah salin alamat berikut!! Selamat Bercuti!!!

HOMESTAY PASIR RAJA
Encik Ramali (President 013-9425682)
Tn. Hj. Mohd Alimi b. Muda
Pejabat Pegawai Daerah Dungun
Kg. Pasir Raja Mukim Pasir Raja
23000
Terengganu
Fax: 09-844 1616


Read more...

Cara Menenun Songket




Terengganu memang terkenal dengan hasil tenunan songket yang berkualiti tinggi. Posting aku kali ini ingin berkongsi dan mendalami proses pembuatan kain songket yang masih kekal tak lapuk ditelan zaman. Kain songket adalah hasil tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama benang emas atau benang perak. Walaupun proses tenunan songket sudah dipermodenkan dengan teknologi moden namun tradisi lama menenun songket secara tradisi masih diamalkan oleh penenun-penenun songket terutama di Terengganu. Industri songket juga semakin berkembang pesat kerana adanya promosi-promosi dari pihak kerajaan.

Kemahiran dan kreativiti yang tinggi amat diperlukan oleh penenun songket. Sehelai kain songket yang panjangnya 20meter hingga 40meter mengambil masa kira-kira enam minggu untuk disiapkan. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seorang penenun songket yang mahir adalah, dia tidak perlu melakarcorak songket di atas kertas terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menenun dilakukkan, sebaliknya idea hasil corak yang ditenun adalah idea daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik. Hiasan kepala kain yang ditenun biasanya mengikut citrada penenun itu sendiri, corak yang biasa digunakan dikenali dengan nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. Corak songket pula lazimnya corak susunan bunga penuh, bunga tabur dan susunan bercorak.





Jom aku ajar serba sedikit cara-cara membuat songket yang aku belajar dari Google.

Mencelup Benang - Benang putih akan dicelup dengan pewarna yang dikehendaki, setelah itu benang harus dikeringkan.

Melerai Benang - Proses di mana Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng Benang - Menganeng adalah proses membuat benang loseng yang direngang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang songket yg akan ditenun.

Menggulung Benang - Benang-benang yang telah direngang akan di gulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk Benang - Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilalukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui celah gigi jentera.

Mengarak Benang - Karak dibuat daripada benang asing yang digelung, Benang loseng berangkap genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara selang seli sewaktu menenun.

Menyongket Benang - Proses mereka corak di aatas benang loseng dengan menggunakan alat yang dipanggil lido dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat sebagai proses ikat butang.

Menenun Benang - Proses terakhir yang mana alat torak diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kira dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang dikehendaki hinggalah menjadi sekeping kain songket. Kain yang siap ini dipotong mengikut saiz.








Aku sendiri tak pernah pun mencuba menenun songket ini sendiri, tetapi aku berharap satu hari nanti bila aku berkunjung ke Terengganu aku berpeluang untuk belajar menenun dari pakar-pakar tenun songket di sana.



Read more...

Pantai Kijal




Salam Ramadhan!!

"Negeri Cantik Budaya Menarik" Slogan yang menyambut kehadiran pengunjung di sempadan Pahang Terengganu. Ungkapan ringkas penuh makna secara tidak lansung mengambarkan pelbagai keindahan sedang menanti setiap pengunjung yang datang melawat Terengganu.

Kijal pekan yang terletak di Selatan Terengganu kira-kira satu setengah perjalanan dari sempadan Terengganu dan Pahang. Bagi pengemar otak-otak dan sata ikan Kijal memang cukup popular yang dijual di sepanjang jalan. Bagi orang tempatan Kijal adalah perkampungan nelayan pesisir pantai yang menjalankan aktiviti ekonominya dengan hasil laut. Perusahaan keropok juga sudah senonim sebagai perusahaan kecil penduduk di sini. Tetapi bagi orang luar Kijal di kenali kerana sebuah resort. Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort yang terletak gi Pantai Kijal membuatkan tempat ini di kenali ramai. Resort bertaraf lima bintang ini popular di kalangan pemain golf profesional di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.





Resort ini menawarkan keselesaan dari segenap sudut. Bukan sahaja penginapan yang selesa malahan kawasan resort ini juga dikelilingi dengan keindahan. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti spa, sauna, jakuzi, kelab golf, gymnasium, kolam renang,pelbagai jenis suka air,memanah, berbasikal dan demontrasi menacanting batik. Jumlah bilik yang terdapat di resort ini adalah 341 termasuk penginapan mewah dibilik-bilik premier. Setiap kali tiba musim cuti hampir 95% bilik ditempah dan kunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara. Menyaksikan fajar terbit dari ufuk timur juga merupakan pengalaman yang harus dirasai ketika berada di Kijal. Suasana hening subuh dan sejuk bayu laut pasti akan menemani anda ketika menanti terbit matahari.





Pada bulan Ogos pula sesiapa yang bertuah akan dapat menyaksikan kemunculan penyu yang naik untuk bertelur sepanjang pantai kijal. Sepanjang pantai ini juga dipayungi pepohon kelapa dan pokok rhu yang merimbun. Jadi kepada keluarga yang ingin berkelah hujung minggu di sini memang tepat yang sesuai untuk keluarga beriadah.

Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188
Facsimile: (609) 864 1688



Read more...

Sejarah Pulau Bidong




Salam Satu Malaysia Semua!!

Pulau Bidong??!! pasti ramai rakyat Malaysia tidak bergitu mengenali pulau yang terletak di perairan Terengganu ini. Pulau Bidong tidak sepopular Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas sebagai destinasi percutian kerana ia mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatkan kita sebagai tempat pelindungan pelarian Vietnam sementara antara tahun 1975-1990.




Mengikut sejarahnya pelarian Vietnam ini bermula pada tahun 1975 apabila kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang di sokong oleh Amerika Syarikat telah jatuh ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara. Oleh kerana itu ramai rakyat Vietnam Selatan telah terasa terancam nyawanya dan mula melarikan diri ke negara luar melalui jalan laut termasuk ke Malaysia. Mereka menjadi pelarian dan kumpulan pelarian yang pertama telah mendarat di Pulau Perhentian Besut pada Mei 1977.

Pada tahun 1978 jumlahnya semakin meningkat dan menyebabkan kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan Pulau Bidong sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Oleh kerana itu juga Pulau Bidong telah diisytiharkan sebagai Pulau Larangan dan nelayan di larang menghampiri perairan pulau tersebut. Pelarian Vietnam ini telah dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) dan dilindungi undang-undang antarabangsa.




Saban hari pelarian Vietnam semakin ramai walaupun pada musim tengkujuh mereka mengadai nyawa untuk sampai ke Pulau Bidong. Di anggarkan ramai pelarian Vietnam yang telah terkorban akibat dipukul ribut dah tenggelam di lautan dalam usaha mereka untuk sampai ke Pulau Bidong. Kemuncak penempatan pelarian di Pulau Bidong adalah tahun 1978 yang mana 60,000 orang telah tinggal pada satu-satu masa dan 20,000 telah berjaya dipindahkan ke negara ketiga pada tahun yang sama.

Di sepanjang tempoh penempatan pelarian itu dari tahun 1978-1990 jumlah pelarian yang pernah sampai ke pulau ini adalah 252,390 orang dan seramai 4,535 bayi telah di rekodkan lahir di pulau ini. Pulau Bidong telah dikosongkan sepenuhnya pada tahun 1991 yang mana semua pelarian di hantar pulang ke negara asal atau ke negara ketiga untuk meneruskan hidup mereka.Terdapat dua tugu peringataan yang didirikan oleh pelarian Vietnam ini di pulau tersebut dan menjadi kontrovesi apabila kerajaan Vietnam membantah pembinaa tugu tersebut kerana mengandungi kenyataan yang memalukan kerajaan Vietnam.




Pada hari ini Pulau Bidong masih kosong dan sepi kerana menjadi sejarah hitam bagi pelarian Vietnam yang terpaksa melarikan diri dari tanahair mereka sendiri kerana menjadi mangsa perang. Walaubagaimanapun bagi pengemar scuba diving masih boleh menikmati keindahan dasar laut Pulau Bidong dan boleh menginap di Bidong View Beach Resort di tanah besar dan pergi Pulau Bidong balik hari . Kepada pengunjung juga di minta berhati-hati jika ingin menjelajah sekitar hutan di Pulau Bidong ini kerana banyak jerangkap samar di pasang oleh pelarian Vietnam dulu yang masih aktif di sini.




Banyak juga kemudahan penginapan yang menyediakan day trip ke Pulau Bidong antaranya YT Midtown Hotel Motel Desa ,Villa Sri Pantai dan Hotel Bintang yang terletak di tanah besar. Kepada mereka yang lebih sukakan adventure bolehlah berkhemah di sini dan membawa peralatan sendiri untuk merasai sendiri pengalaman pelarian vietnam yang hidup dalam buangan di negeri orang.

Selamat Menghayati Sejarah!!



Read more...

Firefly Sanctuary - Sungai Yak Yah



Salam Sejahtera Semua!!

Korang tau tak Kelip-kelip atau Fireflies?.. kalau dekat kampung aku Kuala Selangor terkenal dengan kelip-kelip Kampung Kuantan tetapi sebenarnya di Terengganu juga mempunyai satu kawasan kelip-kelip yang tak kurang hebatnya iaitu di Sungai Yak Yah yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Pekan Chukai. Sentuari Kelip-Kelip di Sungai Yak Yah adalah yang terbesar di Malaysia meliputi kawasan sungai yang sepanjang 13KM. Kawasan Sungai Yak Yah juga merupakan kawasan koloni kelip-kelip yang terbesar di Malaysia di mana terdapat beribu-ribu dan mungkin berjuta kelip-kelip menjadikan habitat semulajadinya di sini.





Biar aku ceritakan serba sedikit berkenaan kelip-kelip atau kunang-kunang terlebih dahulu. Kelip-kelip adalah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya di waktu malam. Kelip-kelip biasanya hidup di kawasan tepi-tepi sungai yang mempunyai pokok berembang dan pokok putat. Kelip-kelip hidup secara berkelompok atau berkoloni dan memakan daun pokok berembang dan dauk pokok putat yang biasanya tumbuh di pinggir-pinggir sungai. Tahukah korang sebenarnya kunang-kunang ini mempunyai lebih dari 2000 spesis di dunia dan kebanyakkan spesis kelip-kelip boleh di dapati di kawasan negara yang beriklim tropika seperti Malaysia.





Rasanya tak banyak tempat di dunia ini yang mempunyai kawasan koloni kelip-kelip yang besar dan sepengetahuan aku terdapat satu lagi tempat di dunia iaitu di Sungai Amazon Brazil. Kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya pada bahagian bawah perutnya bagi menarik perhatian kelip-kelip betina untuk mengawan. Tetapi semulajadinya kelip-kelip jantan dan betina ini sentiasa mengeluarkan cahaya di bahagian bawah perutnya adalah hasil tindak balas kimia yang dipanggil bioluminesecence. Enzim tertentu di dalam badan kelip kelip seperti ion magnesium , ATP, dan oksigen ini menghasilkan cahaya di bawah perut kelip-kelip.



Okay! berbalik pada Sentuari Kelip-Kelip di Sungai Yak Yah yang terletak di Kampung Ibok. Bulan terbaik untuk melihat kelip-kelip adalah antara bulan July hingga September iaitu pada musim mengawan kelip-kelip. Masa melihat kelip-kelip pula adalah dari jam 8.00mlm hingga 11.00mlm dan pastikan waktu bulan gelap kerana cahaya kelip-kelip akan kelihatan lagi terang dan banyak bila dalam keadaan sangat gelap. Pengunjung pasti akan terpesona dengan keunikan kelip-kelip yang memenuhi pokok-pokok Berembang seakan-akan pokok krismas yang dipenuhi sinar neon.



Kepada mereka yang berminat untuk melihat kelainan dalam aktiviti pelancongan mereka bolehlah datang melihat sendiri berjuta kelip-kelip di Sungai Yak Yah. Terdapat penduduk kampung di sini yang mengusahakan sampan dan boleh membawa pengunjung melihat kelip-kelip. Cas untuk sekali pengembaraan melihat kelip-kelip adalah RM20.00 seorang bermula jam 7.25malam. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi Che Ghani dan Zainal Ibrahim di nombor talian 019-9336458 atau 013-9365681 untuk membuat tempahan sampan. Kepada sesiapa yang ingin menikmati gaya hidup kampung bolehlah join homestay yang disertai penduduk Kampung Ibok. Contact Pengerusi JKKK kampung dulu untuk membuat pertanyaan.

Homestay Kampung Ibok
Pengerusi JKKK En.Mohamad Bin Saleh 019-9816720
e-mel:- mohamad.saleh42@gmail.com
mkampongibokyangbertuah.blogspot.com





Read more...
Related Posts with Thumbnails