Keropok Keping Terengganu



Salam Sejahtera Semua!!!

Terengganu memang terkenal dengan industri makanan ringannya terutama keropok. Ini kerana Terengganu kaya dengan sumber ikan yang menjadi bahan utama ramuan keropok. Posting kali ini aku bukan nak bercerita tentang keropok lekor atau losong yang terkenal di Terengganu, tapi aku nak bercerita tentang keropok keping yang mempunyai pelbagai jenis. Semasa kunjungan aku ke Terengganu sempat juga aku snap beberapa keping gambar keropok keping di Pasar Payang dan gerai geropok di Kg Geliga Kemaman.



Proses membuat keropok keping sama dengan cara membuat keropok lekor iaitu campuran isi ikan atau udang kemudian disatukan dengan tepung sagu atau tepung kanji. Setelah direbus keropok ini dipotong nipis-nipis dan dijemur sehingga kering. Keropok keping ini tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul.

Keropok keping yang aku paling suka adalah Keropok Ikan Parang, Ikan Tamban dan Keropok berperisa udang. Keropok keping ini harus di goreng dengan minyak panas dan ia akan mengembang 2-3kali ganda dari saiz asalnya. Paling sedap makan keropok dengan pencicahnya sos cili. Ranggup dan sedap!! lagi kena dengan Kopi O sambil minum petang. Jadi kalau datang ke Terengganu jangan lupa singgah ke Pasar Payang atau mana-mana gerai menjual keropok yang ada di sekitar Terengganu, jadikan buah tanggan untuk keluarga dan rakan-rakan. Ingat Terengganu mesti ingat keropok.

















11 comments:

gadafie said...

huhuhu..saje kan meliurkan tekak di malam hari...mana aku nak cari kopok keping tgh mlm2 ni??....waaaaaaaaa......zalim...zalim....

Nael said...

Hehehe!! Hari tu punya keropok belum goreng lagik!! datang ah umah!!

gadafie said...

kannn..baru smlm dah "settle"kan....qayiem punya pasal la ni..habis satu pinggan!!!

cikmid said...

Ade gak keropok pink...cantek je.Keropok ikan ape tu Nael?

kami said...

Cantek macam warna ada, 1 malaysia la kata kan.tepung kaji tu tepung ape erkkk!

Nael said...

Keropok kaler Pink tu keropok berperisa Udang!!

aisya zaharin said...

Suke keropok Ikan Parang!!

azmi said...

i pun suke kepok warna pink..menarik..hahahaha

Afdlin Najmie said...

Keropok ikan parang sedap!!!

Nael said...

Cicah dengan SOS!! kena plak dengan KOPI O!!!

Maz said...

sedapnya keropok!!!...

selalu beli yg dah packing dah goreng siap jer...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails