Santuari Kelah Tasik Kenyir



Aku kalau bab ikan memang suka sangat, mungkin sebab hobi aku dari kecil dulu memang suka sangat memancing, jadi minat aku terhadap ikan memang tak pernah surut walaupun aku dah besar panjang. Santuari kelah di Tasik Kenyir iaitu terletak di Sungai Petang telah menarik perhatian aku untuk berkunjung ke Tasik Kenyir satu hari nanti. Terus terang bila aku Google berkenaan Sentuari Kelah Tasik Kenyir dan cerita berkenaan beribu-ribu ikan kelah yang jinak datang menyerbu membuatkan hatiku melonjak-lonjak ingin merasai pengalaman itu sendiri.

Santuari kelah di Sungai Petang terletak kira-kira 21 KM dari Pangkalan Gawi ( pintu masuk utama Tasik Kenyir ). Kalau naik bot laju perjalanan lebih kurang 40minit dan lebih kurang 16KM dari Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud (Jenagor). Sekiranya berpeluang ke pusat ini pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu kelah di sungai yang jernih airnya dan boleh dilihat malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan-ikan Kelah ini seolah-olah menanti pengunjung menghulurkan juadah kegemaran iaitu 'Pelet' ikan.



Kalau dah melihat sahaja tanpa berpeluang bermanja dan bersentuh dengan ikan kelah yang banyak tu memang tak sah erk. Jadi jangan kedekut sangat untuk membeli pelet (makanan ikan) untuk ditabur kepada mereka. Dalam masa beberapa saat beribu ikan kelah akan berebut memakan pelet yang ditabur dipermukaan sungai. Kalau nak merasa kena kerumuni Ikan Kelah ini cubalah untuk turun ke dalam sungai. Pasti akan merasai pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila.



Kawasan sentuari ini adalah dilindungi bagi memastikan kawasan pemuliharaan ini tidak diganggu serta di ancam kepupusan kesan aktiviti manusia. Jadi kawasan ini dilarang memancing atau menangkap ikan walau macam mana sekalipun. Jadi sesiapa berniat nak memancing atau menangkap ikan kelah disini harap lupakan sahaja niat tu. Walaubagaimanpun Tasik Kenyir terdapat banyak kawasan memancing yang disediakan. Janganlah merajuk plak tak nak datang Tasik Kenyir, sebab ikan di Tasik Kenyir seperti Toman, Patin malahan Kelah juga sedia merangut umpan pemancing. Sekarang ini aku berkira-kira untuk merasai sendiri pengalaman memberi makan Raja Air Tawar ini di samping memancing Toman di Tasik Kenyir. Kepada sesiapa yang belum pernah datang ke Sentuari Kelah Sungai Petang marilah ramai-ramai kita berkunjung ke Tasik Kenyir. Sesiapa yang ingin menginap di sini bolehlah menghubungi resort berikut:-

Petang Island Resort
kenyirlake.com
77A Jalan Sultan Sulaiman,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : 609-6262020 Fax : 609-6262022 Email
sales@kenyirlake.com

11 comments:

alibukansetan said...

mcm best je dpt main dgn kelah ni, tringin nk ke sana

Nael said...

tu la.. semua kelah tu manja dan jinak!!... tak takot manusia... sbb kelah tu tau.. they all protected by law!!.. Manusia tak boleh makan diaorang!!

Anonymous said...

apsal tak bule makan?? wat rugi jer..hehehhe

Nael said...

Ikan kelah kat sini adalah untuk warisan anak cucu!!... FYI Kelah hampir pupus kat Malaysia ini.. kalau nak makan... pancing kat Tasik Kenyir! yang tu bleh makan.. kt Sentuari nie tak leh!!...

Afdlin Najmie said...

Seronoknya banyak betul ikan kat situ!!

Nael said...

Najimie datang sini boleh bagi makan ikan kelah ini terus dari tangan...

Anonymous said...

mmm..mmg seronok da pergi ke sana.Bermain-main dengan ikan kelah yg jinak2 tu...

nadhirah love's said...

hadoi x dapat lah eden bolo ikan kolah
hadoiii...!

Anonymous said...

sy baru smp semlm ke tempat ni. Allah je tahu betapa seronoknya dpt bermanja dgn kelah tu...

Jawatan Kosong said...

Rasa mcm nk bawa balik je ikan kelah tu

Sandaime said...

itu bukan ikan kelah. itu semua ikan TENGAS. dlm ribuan ekor tengas tu mungkin ada hanya 2 atau 3 ekor je kelah. nak tgk genuine kelah, sila tgk blog sy: tor-tambra.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails