Cara Menenun Songket




Terengganu memang terkenal dengan hasil tenunan songket yang berkualiti tinggi. Posting aku kali ini ingin berkongsi dan mendalami proses pembuatan kain songket yang masih kekal tak lapuk ditelan zaman. Kain songket adalah hasil tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama benang emas atau benang perak. Walaupun proses tenunan songket sudah dipermodenkan dengan teknologi moden namun tradisi lama menenun songket secara tradisi masih diamalkan oleh penenun-penenun songket terutama di Terengganu. Industri songket juga semakin berkembang pesat kerana adanya promosi-promosi dari pihak kerajaan.

Kemahiran dan kreativiti yang tinggi amat diperlukan oleh penenun songket. Sehelai kain songket yang panjangnya 20meter hingga 40meter mengambil masa kira-kira enam minggu untuk disiapkan. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seorang penenun songket yang mahir adalah, dia tidak perlu melakarcorak songket di atas kertas terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menenun dilakukkan, sebaliknya idea hasil corak yang ditenun adalah idea daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik. Hiasan kepala kain yang ditenun biasanya mengikut citrada penenun itu sendiri, corak yang biasa digunakan dikenali dengan nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. Corak songket pula lazimnya corak susunan bunga penuh, bunga tabur dan susunan bercorak.





Jom aku ajar serba sedikit cara-cara membuat songket yang aku belajar dari Google.

Mencelup Benang - Benang putih akan dicelup dengan pewarna yang dikehendaki, setelah itu benang harus dikeringkan.

Melerai Benang - Proses di mana Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng Benang - Menganeng adalah proses membuat benang loseng yang direngang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang songket yg akan ditenun.

Menggulung Benang - Benang-benang yang telah direngang akan di gulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk Benang - Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilalukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui celah gigi jentera.

Mengarak Benang - Karak dibuat daripada benang asing yang digelung, Benang loseng berangkap genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara selang seli sewaktu menenun.

Menyongket Benang - Proses mereka corak di aatas benang loseng dengan menggunakan alat yang dipanggil lido dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat sebagai proses ikat butang.

Menenun Benang - Proses terakhir yang mana alat torak diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kira dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang dikehendaki hinggalah menjadi sekeping kain songket. Kain yang siap ini dipotong mengikut saiz.








Aku sendiri tak pernah pun mencuba menenun songket ini sendiri, tetapi aku berharap satu hari nanti bila aku berkunjung ke Terengganu aku berpeluang untuk belajar menenun dari pakar-pakar tenun songket di sana.


13 comments:

Maz said...

very classic..gambar pun menarik..ada info..good

Nael said...

jom belajar menenun songket maz...!! sapa nak ajar?.. belajar dari Google jer... hehehhe

Afdlin Najmie said...

Nak belajar jugak Maman!!!

BOY said...

Menarik.. Kalo dipandang dari sudut pengetahuan.. I Like..

Qayiem said...

Mahal songket nie... nak buat lama baru siap!

CheMat said...

Cantek Songket Terengganu!!...cara pembuatannya juga sangat rumit!!..

BOY said...

Kalo tak cantik, takkan harganyer leh mencecah ribuan ringgit ada yang ratusan ribuan che mat ooi..

Nael said...

tu la pasal.. yg mahal adalah hasil seni dan kualitinya tu.. kalau takat songket tenun mesin Made in Pakistan kat Jalan Tengku Abdul Rahman KL banyak...

Misxy Farah said...

aku pernah tgk org tenun songket jer..try belum lagi daa

BOY said...

hahahaa... Lebey2 musim raya nieh.. Songket pakistan nieh.. leh jadi satu 15 hengget jer.. hahhahah.. cuba try pergi mlm raya.. silap2 leh dpt lelong RM 10 satu..

Nael said...

susah la Farah nak tenun.. kena ada skill...

Nael said...

Boy!! Belilah barangan buatan Malaysia!! hehehehhehe

Anonymous said...

ade sape2 kenal penenun songket? atau dekat mana nk tengok org tenun songket..tenkiu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails