Musim Buah Datang Lagi



Musim Buah Sudah Kembali!!

Musim buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan, manggis, duku dan langsat sudah tiba lagi, pemilik dusun sudah tentu boleh tersenyum lebar melihat dusun durian dan buah-buahnya sudah mengeluarkan hasil dan masak ranum di pokok. Lambakkan buah-buahkan di pasar-pasar sekitar Terengganu menjadikan harga buah-buahan ini menjadi murah. Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati buah-buahan tempatan dengan sepuas-puasnya. Di Terengganu sendiri ramai pemilik dusun buah-buahan di sekitar kawasan Kg Jabi Jerteh, Kampung Kuala Kubang malahan dibawah Jabatan Pertanian Terengganu sendiri mempunyai Taman Pertanian Sekayu yang terletak di Hulu Terengganu.





Pengalamanku sendiri memetik buah-buahan di dusun memang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Mengacip buah rambutan dan memetik buah duku di pokok itu sendiri memang pengalaman yang menyeronokkan. Bayangkan buah-buahan yang masak ranum boleh dipetik dan makan sepuas-puasnya. Seronok melihat buah cempedak berderet-deret bergantungan di dahan pokok. Aku dah macam monyet masuk dusun buah dah, nampak semua pokok aku nak panjat dan semua pokok buah aku nak rasa. Memang pengalaman menyeronokkan.

Kepada mereka yang tidak berpeluang memetik buah-buahan dari dusun sendiri boleh la mendapatkan buah-buahan tempatan yang dijual di pasar-pasar malam, pasartani, pasar payang dan kedai buah-buahan sekitar Terengganu. Jangan risau soal harga, pasti murah!!



Kepada mereka yang inginkan kelainan boleh datang ke Taman Pertanian Negeri atau Taman Pertanian Sekayu. Taman Pertanian berkonsepkan Agro Perlancongan ini adalah yang pertama yang dibangunkan oleh kerajaan negeri sejak tahun 1982. Taman Pertanian ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri dan terletak di Kampung Sekayu, tak jauh dari Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Sekayu dan Mini Zoo Sekayu. Di Taman Pertanian ini banyak jenis buah-buahan bermusim ada di tanam dan menjadi daya penarik pelancong dalam dan luar negara.Di dalam Taman Pertanian ini pula terdapat pelbagai taman seperti Taman Buah-Buahan, Taman Orkid, Taman Hidroponik , Taman Perikanan, Taman Ternakan dan Taman Koleksi. Jadi jemputlah datang ke Taman Pertanian Sekayu!.. Segala-galanya ada di sini!

Cuti-Cuti Malaysia!!!










Category: 21 comments

21 comments:

Anonymous said...

nice blog..
buat excited je nak jalan2 terengganu..
layanz r lagu ni..

Nael said...

TQ... nanti kita plan gi Terengganu reramai erk!!

beLalanG said...

pos skit kt sy bleh??? :P

Nael said...

Belalang nak pos gi mana?

beLalanG said...

pos buah2 tu kl kt nie... hehehe :P

Maz said...

Musim buah seluruh malaysia...terengganu syurga buah2han tempatan...

E.d.Y said...

nasib la musim buah kat sini habis sebelum puasa..kalau tak, terliur gak

BOY said...

Menarik dan informative... Good Job Mr Blogger..

Nael said...

Belalang : Saya pun ok KL gak!!... hahahah

Edy : skarang nie musim org sibuk nak buat kuih raya

Maz :

Boy : Thanks!!

IkaAR said...

bestnya mkn buah..dah lama x blik ganu

Nael said...

Takpe.. raya nie balik la ganu!!

kami said...

Taman Pertanian ni ngan tempat rekiasi ayo terjun sekayu tu dekat erkk? ooo kalau cam gitu sambil mkn buah2 tempatan boleh la beremdam, tak payah bawak bekal mknan. Kalau cam tu sok gak aku pergi.

kak ina kl said...

salam..wah best blog ni..mempermosikan apa yang ada di terengganu. akak suker ke sana.

tapi kecian bila harga buah jatuh..kat kg hb..mereka biarkan ajer buah tu rosak atas pokok..nak jual dah tak ada harga.

Anonymous said...

sedap makan buah tempatan ni..tp sape yg xtahan leh MC...hehehehe...pe pn buah2an tmpatn mmg sedap n fresh...

Nael said...

TQ Kak Ina..

Walaupun saya bukan org Terengganu.. tapi tetiap tahun saya gi Terenganu melancong... sampai sekarang nie tak habis explore agik!..

tu la buah dah banyak sgt sampai tak laku dah..

HEMY said...

kalau area umah mertua aku takde rambutan ni..kompem aku serang pasar payang..ekekeke

Nael said...

suwuh mertua hang tanam rambutan la bro.... senang sok anak cucu boleh merasa...

gadafie said...

good info...rambutan tu mmg spesis yellow karer ehh??..tanam pokok buah2an utk kesenangan anak cucu??....kalo pokok tu "selamat" la...

kami said...

Tanpa Nama kat atas tu cam kenal jerk.. oo yg selalu mc tu erkkk!! wat selalu.. tu la kalau la boleh bwk durian masuk opis compom aku bawak tikau mengkuang, mai... dok bersila kawan2

CheMat said...

Sekarang nie musim buah hampir habis.. tunggu tahun depan plak!!

Afdlin Najmie said...

Seronoknya dapat petik buah rambutan!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails