Laksa Terengganu




Apa kabar semua!!!

Kali ini aku nak bercerita tentang makanan lagi! iaitu makanan kegemaran aku LAKSA!!!... dekat Malaysia ini terdapat bermacam-macam jenis laksa ada kan.. ada Laksa Johor, Laksa Sarawak , Laksa Penang pun ada tapi kali kali ini aku nak cerita berkenaan Laksa Terengganu. ISTIMEWA keluaran KHAS!!!

Terdapat 2 jenis laksa Terengganu iaitu berkuah mentah dan berkuah masak. Kuah mentah biasanya menggunakan santan kelapa yang dicampur air panas sahaja tanpa di masak dan dicampurkan dengan lada hitam , bawang dan isi ikan segar. Sementara laksa Terengganu yang berkuah masak pula disediakan dengan rempah dan di masak bersama isi ikan segar.

Terdapat juga dua jenis mee laksa iaitu mee laksa beras dan mee laksa tepung gandum. Biasanya mee laksa tepung digabungkan dengan kuah laksa mentah sementara mee laksa beras sesuai digabungkan dengan kuah laksa masak. Kalau nak lagi sedap makan dengan sambal belacan!! Yummmy!!

Bagi aku dedua pun sedap!!.. sesiapa yang meminat laksa cubalah rasa kelainan laksa Terengganu.


Laksa Terengganu yang kekuah mentah

8 comments:

kami said...

Suka makan Laksa gak!! Tapi kat KL nie mana nak carik Laksa Terengganu!!

Kat Laksa Shack ada tak agak-agak?

Nael said...

Ada kot!! kat Laksa Shack tu segala-gala jenis laksa ada!!

CheMat said...

Aku suka makan laksa siam... Masak sendiri pun terror!! nak rasa datang ah umah!!

BOY said...

Aku suke Laksa Johor & Laksa Penang!!

Nak rasa Laksa Terengganu plak!! Laksa mentah tu macam Laksam jer.... sama ker?

Nael said...

Aku suke lagi laksa mak aku!! kuah isi ikan kembong!!

Afdlin Najmie said...

Pedas.... hum! hum!!

cikmid said...

Laksam sama dgn laksa Terengganu kan...

Anonymous said...

waaa..sedapnye.....!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails