Ketupat Sotong



Korang mesti dah biasa dengan ketupat daun palas dan ketupat daun kelapa kan? Korang pernah makan ketupat sotong?!! Bagi penduduk pantai timur terutama di Terengganu ketupat sotong memang sudah tak asing lagi bagi mereka. Maklumlah sotong kat pantai timur memang kaya dengan hasil sotongnya. Jadi tak hairanlah tercipta resepi ketupat sotong ini. Kalau cari kat Kuala Lumpur memang tak pernah jumpa ketupat sotong ini. Kepada sesiapa yang tak berkesempatan ke Terengganu boleh lah cuba masak sendiri ketupat sotong ini di rumah.



1. Beli sotong yang sederhana besar siang dgn membuang kulitnya sehingga putih bersih.
2. Pulut di basuh dan dikukus sehingga separuh masak.
3. Gaulkan 1 cawan santan pekat yang dicampur garam dan gaul bersama pulut tadi.
4. Sumbatkan pulut tadi ke dalam perut sotong hingga separuh penuh.
5. Tutup perut sotong dengan lidi supaya beras pulut tidak keluar dari badan sotong tadi.
6. Rebus sotong tadi bersama santan , bawang, halia, sedikit gula dan garam.
7. Masak sehingga santan menjadi pekat dan sotong tadi masak.
8. Potong-potong sotong tadi macam potong lemang, sedia di hidang.

SELAMAT MENCUBA!!

Kalau tak sedap resepi atas ini, korang kena datang Terengganu rasa sendiri yang ASLI.

12 comments:

kami said...

Ermmm..... nampaknya macam sedap!! Kena cuba nie!!

Nael said...

rasa mcm lemang cicah sambal sotong kot!! hahahahaha

CheMat said...

Minggu depan pergi Terengganu nak carik Ketupat Sotong kt Pasar Payang la!!!

BOY said...

Macam sedap jer.... tak pernah rasa la...

kami said...

tak pernah tau pun wujud nyer ketupat sotong ni. Menarik & bagus sangat infomation yg diberikan.Aku kalau pergi tgg mesti nak cari ketupat sotong ni

Nael said...

Nak suruh CheMat Masak ah!!.... Chef Istana!!

cikmid said...

Ermmmm tak pernah cuba gak masakkan yang femes kat Terengganu nie...

yannsheart said...

i penah rs ketupat sotong...........sedap...pd yg blm penah rs...cobala.......

Nael said...

memang la sedap!! lelagi kalau Free!! hehehehe

Anonymous said...

BETUL2....HOK FREE MESTI SEDAP

anak jati trengganu said...

bru mkn mgu lepas kat kg...
mmm...sedap sgt2...

JajaLee said...

I da buat tadi,tq for your resepi!mmg sedap��������

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails