Batu Bersurat Terengganu



Apa kabar semua!!... Posting pertama aku untuk blog yang aku buat untuk Negeri Terengganu Darul Iman. Walaupun aku bukan berasal dari Terengganu tapi aku memang suka dengan keindahan Terengganu dan boleh dikatakan tetiap-tiap tahun aku datang ke Terengganu untuk jalan-jalan makan angin dan cari makan sekali...

Posting kali ini aku nak bercerita berkenaan sejarah Batu Bersurat yang sememangnya menjadi ikon sejarah terpenting Terengganu.



Batu Bersurat Terengganu dikatakan telah ditemui oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al Bukhari separuh tenggelam semasa berlaku banjir di tebing Sungai Tersar di Kuala Berang Hulu Terengganu. Batu Bersurat yang berusia lebih kurang 700 tahun ini telah menjadi bukti kedatangan agama Islam di Terenggau pada tahun 1303 dan mengandungi hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Kandungan Batu Bersurat ini juga mengandungi undang-undang seorang raja. Jadi kewujudan Batu Bersurat ini menjadi satu bukti bahawa Tamadun Islam telah wujud beratus tahun dahulu di Terengganu...

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura. Ya lah pada masa tu Singapura masih lagi sebahagian Tanah Melayu jadi tak salah tumpang sekejap dekat Muzium Raffles sebelum Malaysia ada Muzium sendiri... Betul tak?.." Sharing is Caring"

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. . Kepada sesiapa yang ingin melihat Batu Bersurat ini bolehlah mengunjungi Muzium Negeri Terengganu. Mungkin kalau kita tengok dengan mata kepala sendiri Batu Bersurat ini akan membuatkan kita menghargai nilai-nilai sejarah dulu... JOmmmmm!! Lawat Muzium Negeri Terengganu!!




Muka surat kedua Batu Bersurat

Muka Surat Ke-Tiga Batu Bersurat

Muka Surat Ke-Empat






Category: 3 comments

3 comments:

BOY said...

Kalau dapat tengok yg Orginal lagik best!!

adisarwajagat said...

Batu Bersurat Terengganu dikatakan telah ditemui oleh Saiyed Husin Bin Al Bukhari bukan Saiyed Husin Bin Ghulam Al Bukhari.

Nael said...

merujuk kepada Tourism Terengganu adalah Saiyed Husin Bin Ghulam Al Bukhari...

apa pun thanks for respon..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails