Batik Terengganu



Batik Terengganu salah satu warisan kraftangan yang diwarisi turun temurun. Terengganu memang terkenal dengan batik blok dan batik conteng. Batik ini biasanya berunsurkan flora,fauna dah hidupan laut. Pada kunjungan saya ke Pasar Payang Kuala Terengganu pelbagai jenis batik di jual disini. Terutama Batik lukis yang memang cantik. Boleh di katakan kebanyakkan kedai di Pasar Payang ini menjual hasil batik.

Kat sini aku ingin berkongsi serba sedikit proses pembuatan batik lukis. Alat canting diperlukan untuk melukis dan melakar batik di atas kain putih yang di tegangkan. Lilin panas yang diisi di alat bernama canting tadi akan membentuk corak yang diperlukan. Setelah selesai kerja melakar proses mewarna dilakukkan mengikut kesesuaian warna menggunakan berus cat pada bahagian yang terkena lilin tidak akan meninggalkan kesan warna. Selepas itu proses mematikan warna dilakukan. Lilin akan mencair dan tertanggal menjadikan bahagian yg di selaputi lilin tadi menjadi warna putih membentuk corak batik.


Batik paling terkenal di Terengganu adalah Noor Arfa Batik. Kalau datang ke Terengganu tak singgah ke Noor Arfa Batik memang tak sah. Di sini kita boleh melihat sendiri proses pembuatan batik. Noor Arfa Batik memang terkenal dengan hasil produk batiknya yang berkualiti tinggi sehingga mendapat pasaran di luar negara. Antara keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak dan rekaanya pelulis batik Noor Arfa yang mahir lukisan tangan menggunakan cantik untuk mencorak batik syarikat keluarnya. Kini Norr Arfa Batik boleh berbangga kerana mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu. Sesiapa yang berkunjung ke Terengganu jangan lupa singgah di Noot Arfa Batik di Kuala Terengganu.

NOOR ARFA CRAFT COMPLEX
Lot 4153, Cendering Industrial Area,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Tel: 609-617 9700
Fax: 609-617 9701







16 comments:

Maz said...

cantik je batik..

kami said...

Kalau kat Putrajaya.. ramai kakitangan kerajaan pakai baju batik pada hari Khamis!!

Mael said...

Kalau pekerja swasta terus serta pakai batik pada hari Khamis mesti lawa kan...

CheMat said...

Batik Indonesia dengan Batik Malaysia berbeza!! saya lagik suka Batik Malaysia!!

CheMat said...

Batik Malaysia lagi molek

BOY said...

Setuju... Batik malaysia lagi cantik..

BOY said...

Batik hasil warisan Nusantara... samada Batik Malaysia atau Batik Indonesia... dedua pun cantik mempunyai kelainan tersendiri..

Nael said...

Betul-betul Boy!! Setuju!!

cikmid said...

Suka batik Terengganu... cantik!!

Anonymous said...

love batik n songket....tp hg tinggi....tk mampu...

aisya zaharin said...

Batik Terengganu mmg cantek dan berkualiti!!... suka batik!! warisan berharga Terengganu!!

Nael said...

Antara simbol seni kebanggaan Negeri Terengganu adalah Batik!!... ingat batik... ingat Terengganu!!

Maz said...

gadis melayu kalau pakai batik lagi molek kan?

hehehehehhe ^^

Rina Omar said...

Sesiapa yg berminat dgn batik.. Terutama batik lukis eksklusif chanting tangan bleh emel ke an_collections@yahoo.com

Anonymous said...

I LOVE TERENGGANU/MALAYSIA NICE PLACE NICE PEOPLE

SUNFLOWER HOMESTAY said...

Terengganu mempunyai banyak produk -produk yang menarik dan negeri ini sangat damai seperti kata kawan kita diatas ...tempatnya menarik dan orangnya pun baik baik...kalau ingin berkunjung ke Terengganu silalah ke SUNLOWER HOMESTAY DI GONG BADAK KUALA TERENGGANU...KEDIAMAN YANG BERASA SEPERTI DI RUMAH SENDIRI...Carian diFACEBOOK SUNFLOWER HOMESTAY....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails