Tasik Kenyir Pulau Bebas Cukai





Pengisytiharan Tasik Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai yang dijangka pada tahun 2012 akan mengubah landskap Tasik Kenyir daripada pusat memancing dan alam sekitar kepada tempat membeli belah tersohor setanding dengan Pulau Langkawi , Pulau Tioman dan Pulau Labuan . Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mewujudkan sebuah kawasan bebas cukai di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini.

Menurut perancangan pihak Kerajaan Negeri Terengganu bercadang akan membina Kompleks Bebas Cukai dan Kompleks Kastam di Pulau Bayas. Selain itu kerajaaan Negeri juga akan mewujudkan rangkaian gedung yang akan menjual barangan berkualiti yang berkonsepkan jualan kilang. Status Pulau Bebas cukai ini dijangka akan menarik minat pelancong ke Tasik Kenyir yang selama ini hanya mampu menarik pelancong yang gemarkan keindahan alam semulajadi.

Diharap peruntukan sebanyak RM100juta yang disediakan untuk membangunkan prasarana pelancongan di Tasik Kenyir yang mempunyai pelbagai tarikan sedia ada seperti Taman Orkid, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Taman Herba, Taman Burung, Taman Anggur, Taman Rama-Rama dan bakal dibina Taman Tema Air di Pulau Besar Tasik Kenyir. Di samping itu Kerajaan Negeri juga bercadang akan membina 300 unit chalet 3 hingga 5 bintang di Pulau Serindit.

Sesungguhnya kawasan Tasik Kenyir yang mempunyai 340 pulau ini sememangnya harus di beri perhatian dan di majukan bagi menambah destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu. Ini bukan sahaja akan menjana ekonomi Negeri Terengganu sekaligus akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu itu sendiri. Semoga Tasik Kenyir akan menjadi terkenal seperti mana Pulau Langkawi suatu hari nanti... AMINNNN!!!


8 comments:

yannsheart said...

sangat informative....syabas aabg nael...

Qayiem said...

Boleh shooping memurah kat sini nanti erk!! mcm kat Langkawi... semua barang murah sebab tak ada cukai....

Nael said...

Thanks Yan!!... esok open house kan!! insyallah akan datang umah you!!

Qayiem!!... nak shooping apa? kain batik? sini takdek minyak gamat!! hehehehehe

cikmid said...

Dah lame teringin nak pegi Tasik Kenyir.Bile kite nk wat trip pegi Tasik Kenyir lak ni? Nak rase keindahan alam semulajadi & nak memancing.Sure release mind.Sekali-sekala tukar angin lak,selalu pulau je :-)

Afdlin Najmie said...

Tasik kenyir paling best memancing ikan toman!!

CheMat said...

Kalau Tasik Kenyir jadi kawasan bebas cukai.. sudah tentu barang-barang murah kan....

terutama Rokok!! hehehheheh

Maz said...

Rokok buat apa Che Mat!!

Penyakit!!....

Nael said...

Betul... merokok membahayakan kesihatan!!...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails