Hutan Lipur Seri Amar



Hutan Lipur Seri Amar

Hutan Lipur Seri Amar atau Hutan Rekreasi Seri Amar terletak di kawasan Hutan Simpan Hulu Nerus iaitu kira-kira 18Km dari Bandar Pemaisuri atau 59KM daripada Bandar Kuala Terengganu. Hutan simpan yang kaya dengan flora dan fauna ini terletak berhampiran dengan bandar dan menjadi tempat tumpuan penduduk bandar berkelah dan melepaskan tekanan kerja dengan aktiviti riadah yang menyihatkan badan.




Hutan rekreasi Seri Amar mempunyai sungai yang airnya sejernih kristal. Air sungai yang tidak henti-henti mengalir sungguh menyegarkan dengan sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran untuk mandi manda di sini. Hutan rekreasi ini juga dijadikan tempat berkelah dan beriadah hujung minggi bersama kawan-kawan dan keluarga kerana lokasinya tidak jauh dari bandar. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawap seperti tandas, bilik persalinan, rumah rehat dan tapak perkhemahan untuk sesiapa yang ingin berkhemah dan bermalam di hutan ini. Tetapi setiap peserta perkhemahan harus memohon premit terlebih dahulu dari pihak perhutanan.





Kawasan hutan ini juga sesuai dijadikan aktiviti merentas hutan dan menyaksikan pelbagai kehidupan liar seperti katak, serangga dan monyet disini. Pokok-pokok hutan bernilai tinggi juga hidup meliar di hutan ini seperti Cengal, Meranti dan Keruing. Merentas hutan melalui track yang disediakan pihak perhutanan memang memberi pengalaman berharga kepada pengunjung dan memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam semulajadi bagi keseimbangan alam ini.




4 comments:

BOY said...

makin byk u post.. makin byk info i tau psl terengganu.. hehehe..

CheMat said...

Comey jer gambar kera tu...

kami said...

Katak tu lagi comel.. kalau cium katak huduh tu mesti boleh jadi Puteri Cantik nanti!!.. hahahahaha

Nael said...

Che Mat.. Nak bela ke Kera tu?... nanti aku tangkapkan utk ko.. hahahahha

Tu katak puru la.. mengerutu !!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails