Pertandingan Pelita Raya 2010




Tak lama lagi Ramadhan akan berlabuhkan waktunya dan tibanya Raya Aidilfitri tanda kemenangan masyarakat Islam dari seluruh dunia berpuasa selama sebulan. Pelbagai tradisi perayaan dibuat bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Salah satu tradisi yang masih berkekalan sehingga hari ini adalah pemasangan pelita raya sempena menyambut malam Tujuh Likur. Tujuh likur sering dikaitan dengan malam Lailatuqadar iaitu detik keemasan untuk individu muslim merebut ganjaran apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang sedang bersolat dan beribadat kepada Allah. Oleh kerana itu munculah tradisi memasang pelita pada 7 hari terakhir bulan Ramadhan bagi menyambut malam yang mulia seumpama seribu bulan.




Malam Tujuh Likur turut meninggalkan nostagia aku dulu semasa zaman kanak-kanak bersama rakan sekampungku memasang pelita keliling kampung bagi menerangi jalan kampung yang satu ketika dulu gelap kerana ketiadaan lampu jalan. Tradisi ini masih lagi dikekalkan hingga ke hari ini di mana-mana kampung pun. Bagi mengekalkan tradisi ini tidak ditelan zaman Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri dan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu telah mengadakan Pertandingan Pelita Raya 2010. Pertandingan ini berlangsung dari 4 hingga 6 September 2010 lalu dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta dan penduduk kampung yang mengambil bahagian.



Pertandingan ini disertai oleh kampung di DUN Tepoh iaitu Kampung Baru, Kampung Raja, Kampung Padang Hangus ,Kampung Pagar Ubi dan Kampung Tokeng telah menyaksikan beribu-ribu pelita di pasangan menerangi kampung-kampung yang mengambil bahagian. Pelbagai pelita kreatif direka oleh penduduk kampung bagi memeriahkan suasana malam di sekitar kampung. Apa yang menarik pelita ini diperbuat dari barang terpakai seperti tin susu, tempurung kelapa, buluh, buah kelapa dan bermacam-macam lagi. Minyak tanah digunakan bagi menghidupkan api pelita yang meliuk-liuk ditiup angin.





Peserta pertandingan juga telah mencipta pelbagai tema yang kreatif bagi menarik perhatian juri, antaranya tema One Malaysia, Hari Kemerdekaan dan sebagainya. Sesuai dengan tema pertandingan ini " Alami Suasana Gemerlapan 10,000 Pelita Raya di Kampung Tradisi ", kampung ini seakan berpesta dengan beribu-ribu cahaya pelita menerangi persekitaran. Di harap pertandingan seperti ini akan membantu mempromosikan Terengganu sebagai destinasi unik yang sentiasa mengamit pelancong untuk mencari kelainan dalam percutian mereka. Tahniah!! kepada Kerajaan Negeri dan penganjur kerana menganjurkan pertandingan pelita raya untuk kali ke dua.

7 comments:

CheMat said...

Selamat Hari Raya Nael!!!..

Cantik pelita raya!!

kami said...

Best beraya kat kampung !!! dengan pelita raya berkelip-kelip menyambut malam tujuh likur...

Nael said...

Memang best.. sebab tu pertandingan pelita hari raya tu diadakan... bagi memperkenalkan budaya melayu kita menyambut raya secara tradisinya..

Qayiem said...

Raya dah nak abis pun!!

Nael said...

Raya sebulan la Qayiem!!!.....

Maz said...

Pertandingan seperti ini memang dapat memeriahkan suasana hari raya!!!

lagipun memasang pelita kan salah satu budaya masyarakat melayu kita menyambut hari raya...

Nael said...

Betul Cik Maizie...
Boleh dijadikan rujukkan oleh negeri lain juga ...
next time pertandingan pelita raya boleh diikuti oleh mana-mana tempat!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails