Mendaki Gunung Tebu



Ekspedisi ke Puncak Gunung Tebu

Gunung Tebu terletak di Daerah Besut Terengganu adalah kemuncak tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,037Meter dari paras laut. Jarak perjalanan dari Hutan Lipur Lata Belatan ke puncak Gunung Tebu adalah 7088meter. Gunung Tebu sering menjadi track kepada pengemar aktiviti lasak memanjat gunung. Ini kerana keunikan bentuk muka bumi Gunung Tebu yang menarik dan mudah ditawan. Justeru itu tak hairanlah tanah tinggi ini semakin popular dikalangan penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam sekitar datang untuk menikmati keindahan cipataan tuhan. Pengembaraan untuk mendaki puncak Gunung Tebu harus mempunyai stamina yang tinggi kerana pelbagai cabaran di dalam hutan akan di hadapi pendaki. Pendakian dari kaki Gunung Tebu hingga ke puncaknya mengambil masa 2 hari 1 malam dalam setiap ekpedisi, jadi segala peralatan dan makanan harus lengkap di bawa semasa mendaki.




Sebelum memulakan perjalanan pendaki biasanya akan diminta berkumpul di kaki Gunung Tebu atau di kawasan perkelahan terkenal Lata Belatan. Pendaki akan menjalankan peperiksaan rutin dan akan diberi taklimat pegawai Jabatan Perhutanan sebelum memasuki hutan. Setiap pendaki akan diberi pas kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.00 seorang sahaja. Destinasi pertama pendaki adalah Sungai Chankah Dua iaitu kira-kira 30minit perjalanan dari Lata Belatan tadi. Pendaki boleh merehatkan diri sekejap sementara meneruskan perjalanan ke check point kedua iaitu Batu Mat Hassan. Menurut kisahnya tempat itu mendapat nama dari seorang yang bertapa di gua berhampiran yang bernama Mat Hassan.




Selepas pendaki melepasi Batu Mat Hassan perjalanan diteruskan sehingga ke Jendela Tebu yang mengambil masa kira-kira 20minit perjalanan untuk sampai ke sini. Biasanya peserta akan merehatkan diri disini kerana permandangan di sekitar Jendela Tebu sangat menarik dan mendamaikan. Di Jendela Tebu juga terdapat mata air semulajadi yang mana airnya yang jernih memberi peluang kepada pendaki yang ingin membersihkan diri atau mengambil wuduk. Di kawasan ini juga perserta dapat merehatkan diri dan menikmati makan tenghari sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tebu.

Pendakian diteruskan sehingga destinasi utama iaitu di puncak Gunung Tebu. Pokok-pokok renek dan berlumut kelihatan sekitar menandakan kemuncak Gunung Tebu semakin hampir. Apabila sampai ke puncak sudah tentu kepenatan setiap pendaki akan berbalas berada di puncak di paling hampir dengan laut di Pantai Timur. Perjalanan di teruskan sehingga ke Batu Madrasah iaitu kawasan lapang seluas kira-kira 200m. Tidak jauh dari kawasan ini pula terdapat pekuburan yang tidak bertanda dan masih menjadi misteri penduduk tempatan kerana tidak tahu asal usul kubur tersebut. Ada peduduk percaya kubur itu adalah tempat bersemadi orang bunia yang menghuni kawasan Gunung Tebu.




Apabila cuaca hampir malam pendaki biasanya tidak sempat untuk turun ke kaki gunung. Jadi pendaki akan mendirikan khemah dan bermalam di tengah hutan pada ketinggian 1,000M dari aras laut. Rasai susana hutan di tengah malam ditemani riang-riang yang saling bersahutan dan sesekali suara burung hantu memecah keheningan malam akan memberi pengalaman yang berharga kepada pendaki. Apabila subuh menjengah kelihatan matahari terbit di ufuk timur dan ditemani suasana dingin pagi sungguh mendamaikan. Bersyukur dengan ciptaan terhebat yang Maha Esa sesungguhnya memberi keinsafan kepada mereka yang menghayatinya.

Perjalanan turun diteruskan selepas sarapan pagi menuju ke kaki gunung. Perjalanan turun biasanya lebih cepat dan lancar tetapi awas cerun yang curam memerlukan kekuatan lutut yang kukuh supaya tidak tergelincir. Apabila sampai ke kaki gunung pendaki bolehlah berendam sepuas-puasnya di air terjun yang mencurahkan air nya tak putus-putus menyegarkan dan menghilangkan kepenatan semasa pendakian. Sesiapa yang berminat untuk menyertai cabaran mendaki Gunung Tebu yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu berikut sedikit informasi berkenaan cabaran tersebut.

Tebu Mountain Challenge 2010
Tarikh: 24 -25 September 2010
Tempat: Lata Belatan, Besut, Terengganu
Penganjur: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu

13 comments:

BOY said...

Menarik La post nieh.. Selalu nyer kalo pasal gunung2 nieh.. Terengganu tak begitu popular ngn aktiviti cam nieh or in order words is org tak tahu pun pasal nieh.. sinonim terengganu ngn aktiviti pantai nyer.. Yeah.. suker2...

Nael said...

tu la.. kena ada orang maklumkan barulah orang tau.. tapi seronok apa aktiviti mendaki gunung.. menyihatkan badan...

BOY said...

Ye betul tue.. Tapi memerlukan Tahap kesabaran yang tinggi kan!!!

Nael said...

kesabaran dan fitness!!.. takut otot kejang!!

CheMat said...

Best gak kalau aktiviti mendaki Gunung Tebu nie!!.. apa lagi buat la proposal....

kami said...

cantik giler air sungai atas gunung tu... mcm di alam fantasi jer..

Qayiem said...

mesti sejuk kat atas Gunung Tebu tu kan...

Nael said...

Mestilah sejok Qayiem...!! ada salji lagi atas tu... hahahahahah...

Gurau jer!!

Maz said...

Seronoknya mendaki gunung!!

nak mendaki Gunung Datuk Negeri Sembilan minggu depan... JOMMM!!!

Nael said...

Cik Maziah!!!... pergi dengan group mana?

Gunung Datuk Negeri Sembilan tak berapa tinggi .. rasanya 870Meter.

Say Li said...

planning to go there.. can advise where/who can I look for guide and when is the best time to go there?

Anonymous said...

ada nombor untuk dihubungi tak?
kami sgt sgt memerlukan pertolongan.
atau pon tolg hantarkan informasi pasal gunung ni ke nombor 0145037398.
p/s: urgent sgt dah ni.

adeline said...

Like This ^_^ So Beautiful....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails