Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman



Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman menjadi produk pelancongan terbaru di Negeri Terengganu. Mini Zoo Bukit Takal ini terletak di Kemanan telah di rasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said pada 11 April 2009. Mini Zoo ini adalah zoo pertama di Terengganu hasil gabungan kawasan pameran spesis haiwan, taman rekreasi air , taman tema dan kebun buah-buahan di habitat semulajadi kunang-kunang terbesar di Pantai Timur iaitu kampung Ibok. Zoo yang berkeluasan kira-kira 54hektar ini bersempadan dengan Kampung Yak Yah yang terkenal dengan kawasan habitat kunang-kunang. Mini Zoo ini mempamerkan kira-kira 100 spesis haiwan seperti harimau, gajah, buruk merak, beruang, rusa dan pelbagai haiwan lain.



Mini Zoo disini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti wakaf, surau, trek perjalan kaki , tandas awam dan kiosk. Antara tarikkan utama Taman Rekreasi ini adalah terdapat taman tema air yang mana orang ramai boleh bermandi manda dengan sepuas-puasnya. Terdapat juga gelongsor air yang panjang yang disediakan pihak taman ini bagi menambah aktiviti permainanan air terutama kepada kanak-kanak.



Selain taman tema air terdapat juga aktiviti yang berkonsepkan rekreasi hutan, terdapat laluan kanopi sepanjang 1.2kilometer merentasi habitat rusa di dalam hutan sekunder. Terdapat juga jambatan gantung disediakan pihak taman ini. Pengunjung tidak perlu risau atau bimbang kerana jambatan gantung ini dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk jaminan dan keselesaan pengunjung. Melalui jambatan gantung ini pengunjung boleh melihat suasana rimba dari atas dan menuju hampir ke puncak pokok-pokok hutan. Pengunjung akan menyaksikan pelbagai pokok seperti petai, jering, dan buah-buahan hidup secara semulajadi di taman ini.




Sesuai dengan pusat rekreasi zoo ini juga menyediakan pelbagai taman tema seperti Taman Herba, Taman Pokok Hutan, Taman Tropika, Taman Buah-Buahan, Taman Orkid, Taman Bonsai dan Taman Akuatik. Pada musim buah pengunjung juga boleh menikmati pelbagai buah-buahan seperti duku, langsat, manggis, rambutan dan durian di Taman Buah-Buahanya. Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini mengenakan yuran masuk RM10.00 bagi dewasa dan RM7.00 untuk kanak-kanak. Bagi murid sekolah berpakaian seragam pula adalah RM5.00 sahaja. Untuk pelancong asing yuran masuk yang dikenakan adalah RM15.00. Untuk kemudahan pengunjung bas khas disediakan untuk ke lokasi zoo ini melalui Awana Kijal melalui Pekan Kijal, Kampung Payoh dan Ibok. Laluan ke dua bas berkenaan pula adalah dari Stesen Bas Chukai melalui Centre Point (KCP) ke Telekom terus ke Zoo. Taman Rekreasi dan Mini Zoo ini dibuka setiap hari dar jam 10.00pagi hingga 5.00petang. Jemputlah datang beramai-ramai.

Category: 7 comments

7 comments:

CheMat said...

Menarik Zoo ini kat dalamnya ada macam-macam selain binatang!!

kami said...

Tak pernah sampai Zoo Mini Kemaman!!.. nampak mcm menarik ada Taman Tema Air.. boleh mandi manda macam kat Sunway Lagoon!!...

Nael said...

Best gak ronda-ronda kat Zoo sambil mandi manda atau makan buah-buahan segar dari pokok!! Good Idea!!

Afdlin Najmie said...

Ada Gajah tak kat sini??

Nael said...

ada... boleh naik gajah tu juga....

Maz said...

Bawak family bersiar-siar kat Zoo best kan di hujung minggu... terutama masa cuti Sekolah!!

Anonymous said...

alamat ade tak?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails