Festival Tanglung - Kg Cina



Festival Tanglung 2010 - Kampung Cina

Bermula pada 12 September 2010 yang lalu Festival Tanglung 2010 peringkat Negeri Terengganu telah di adakan di Dataran Berkembar- Tapak Warisan Kampung Cina Kuala Terengganu. Festival yang berjaya menarik beribu-ribu pengunjung dari pelbagai kaum datang untuk menyaksikan pelbagai aktiviti pelancongan yang telah di adakan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti yang diadakan adalah acara melepaskan Tanglung 'Kong Ming Deng' atau Tanglung Terbang, persembahan hiburan, perarakkan Tanlung dan pertandingan fotografi.



Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan Dataran Berkembar yang terletak di Tapak Warisan Kampung Cina bagi menarik pelancong agar mengenali kepelbagaian budaya dalam masyarakat di Terengganu. Kampung Cina yang kaya dengan cara hidup dan adat resam pelbagai kaum ini menjadikan ia satu tempat yang mesti dikunjungi oleh setiap pelancong yang datang melawat Terengganu. Berhampiran Kampung Cina ini juga terdapat sungai yang diterangi cahaya bergelapan membolehkan pengunjung menyusuri Sungai Terengganu menggunakan bot yang disediakan. Festival Tanglung ini juga diadakan bagi mewujudkan semangat Satu Malaysia di antara kaum dan boleh memupuk semangat cintakan budaya kaum lain sekaligus menerapkan semangat perpaduan serta kenegaraan yang kuat sesama rakyat. Kaum lain juga dapat mengenali budaya kaum lain dengan lebih dekat lagi.



Pesta Tanglung biasanya juga dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan yang mana akan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu antara akhir bulan Ogos atau akhir bulan September. Pada waktu ini biasanya bulan akan mengambang dan terang menjadikan ianya waktu yang sesuai untuk meraihkan perayaan ini. Kuih bulan pula adalah hidangan tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada adunan manisan yang berintikan kacang merah, bijih teratai atau kuning telur masin. Mengikut lagendanya pada era zaman Dinasti Mongol dahulu pesanan atau kod peperangan untuk memberontak disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan ini dan akhirnya strategi pemberontakan ini berjaya menumbangkan Dinasti Mongol. Bagi masyarakat Islam di Malaysia yang ingin menikmati kuih bulan tidak peru risau kerana terdapat kuih bulan yang disahkan Halal oleh JAKIM.

Antara lain penggunaan Tanglung "Kong Ming Deng" atau Tanglung Terbang ini digunakkan bagi memberi isyarat peperangan semasa pemberontakkan tersebut. Sehingga ke hari ini masyarakt Cina akan menerbangkan beratus-ratus Tanglung Kong Ming Deng ini ke udara dengan menulis hajat mereka di tanglung tersebut dan berdoa akan dimakbulkan.


Tanglung Terbang


6 comments:

Qayiem said...

Seronoknya main Tanglung!!...

Afdlin Najmie said...

Tanglung!! tengok anak jiran main mcm best jer...

Maz said...

Suka makan kuih bulan!! sedap yang dalamnya ada bijih teratai!!

Nael said...

Kuih Bulan yang halal dan disahkan oleh JAKIM sekarang nie banyak di pasaran....

Memang sedap kuih bulan!!... suka yang ada kuning telur masin kat dalamnya...

Miecyber said...

Pesawat akan menghadapi risiko jika melalui kawasan di mana tanglung tanglung kong ming di bebaskan...

Hutang isi rumah mencecah RM 557 bilion

Anonymous said...

Everything is very open with a precise description of the issues.
It was definitely informative. Your website is very
useful. Thank you for sharing!

Here is my website ... windows xp registry cleaner

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails