Tapai Pulut Daun Getah



Selamat Berpuasa Semua!!

Bila tiba bulan puasa pelbagai juadah dan makanan yang jarang kita lihat akan muncul di Bazar Ramadhan . Bazar Ramadhan pula tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. di merata-rata tempat. Posting hari ini aku ingin berkongsi desert kegemaran masyarakat Melayu iaitu tapai. Terdapat dua jenis tapai yang aku ketahui iaitu tapai pulut dan tapai ubi. Semasa kunjungan ku ke Pasar Payang dulu aku sempat membeli Tapai Pulut yang dibungkus daun getah.

Kalau dekat Kuala Lumpur aku biasa makan tapai yang dibungkus daun pisang atau dimuatkan ke dalam bekas plastik sahaja. Tapi ada sikit kelainan tapai yang aku beli di Pasar Payang dibungkus daun getah yang masih hijau. Rasanya manis dan sedap di makan lebih -lebih lagi perkena dengan cendol memang sesuai sangat dimakan ketika cuaca panas. Kalau nak lagi sedap makan tapai pulut hendaklah di simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.


Tapai Pulut dibungkus daun pisang



Mak terror gak buat tapai ubi. Mak aku pernah cakap dengan aku kalau nak buat tapai kena diam-diam tak boleh bagitau kecoh-kecoh sebab takut tapai tak menjadi dan rasanya masam. Mak aku cakap gak kalau orang yang ada 'Ilmu' tegur atau tau kita tengah buat tapai maka akibatnya tapai akan rosak dan masam. Aku sendiri pernah menyaksikan di mana tapai ubi mak aku semua tak jadi sebab abang ipar aku tegur masa mak aku buat tapai. Kakak aku cakap suami dia memang tak boleh dengar orang buat tapai. Percaya atau tidak zaman sekarang ini? Terpulang... sebab aku pernah mengalami sendiri.

Selamat Mencuba!!!

10 comments:

Maz said...

Tak pernah rasa tapai daun getah ni..kalu tgk tak teringin nak beli...tapi tgk nael post..rasa teringin lak..anyway nice pic n nice post.

Nael said...

Nanti carik kat Bazar Ramadhan... yg bungkus getah punya tak tau la ada ke tak...

gadafie said...

yg bungkus daun getah paling best...walopun ciput je tapi aku ngap sampai 7 bungkus...lalala

Nael said...

lelagi kalau lepas keluar dari peti ais... terasa sejok masok dlm usus perot!!.. hahahhahaha

kami said...

ertmm! sedap tu setuju ngan cik Maz, nampak gambar paparan sangat menarik. Nak cuba! tapi muskil gak kalau dimkn ngan cendol, bukan pulut biase jerk ker

Nael said...

Biasa cendol kalau di makan dengan tapai pulut memang sedap!!..

BOY said...

Hurm.. Menarik.. Tapi Tak pandai makan tapai.. so antara daun getah ke daun apa ke... tak tau pun beza nyer..

CheMat said...

Sedap!! Tapai makan sejok-sejok!!

Nael said...

Boy nape tak pandai makan tapai?.. cuba rasa sekali pasti nak selalu...

Maz said...

Sesetengah orang tak boleh makan tapai.. terutama pulut.... badan jadi lemah masok angin!!

hehehehee..

tapi pulut mmg sedap kalau makan dengan cendol.. mcm Nael cakap!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails