Perkampung Nelayan Marang



Perkampungan Nelayan Marang

Permandangan kampung nelayan di sepanjang Sungai Mercang Marang memang cukup mendamaikan dan memberi ketenangan kepada penunjung yang ingin lari dari kesibukan kota. Perkampungan nelayan yang serba sederhana ini masih kekal indah dikelilingi alams emulajadi yang cukup mempersonakan. Sesiapa yang menyusuri sepanjang Sungai Mercang dengan bot boleh menyaksikan permandangan yang menyejukkan mata memandang dan melihat aktiviti nelayan tradisional menangkap ikan.


Kebanyakkan nelayan separuh umur ini masih bergiat dalam aktiviti menangkap ikan sebagai mata pencarian mereka sejak turun temurun lagi. Suasana riuh pagi dan petang di jeti cukup seronok apabila nelayan pulang dengan hasil tangkapan masing-masing. Peraih dan pembeli ikan biasa datang ke jeti untuk melakukkan proses tawar menawar harga hasil laut yang dibawa balik oleh nelayan. Setelah penat di lautan para nelayan selalu berkumpul untuk berkongsi cerita mengenai hasil tangkapan mereka seharian.Biasanya port para nelayan adalah warung kopi disekitar tebing Sungai Mercang yang meyediakan sajian kopi panas dan keropok untuk pengunjung menikmati makanan ringan. Marang memang terkenal sejak dahulu sebagai pengkalan nelayan dari laut ke hilir mudik di sekitra Kampung Pengkalan Setar Kanan dan Kampung Batangan.



Kalau ke Marang memang tak sah kalau tak singgah kat Bandar Marang yang tidak jauh dari situ. Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan ramai adalah Arca Marang Waterfront. Arca bebentuk perahu ini menjadi simbol bertapa pentingnya perahu dalam kehidupan masyarakat di sini sejak 100 tahun dahulu. Perahu digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan dan dijadikan sebagai pengangkutan air. Mercu tanda ini juga mengambarkan bahawa daerah Marang aktif dalam aktiviti perikanan. Arca ini juga berfungsi sebagai mercu tanda dan sebagai penanda bagi orang luar yang datang melawat Marang.



Sebagai kawasan perikanan yang popular Marang sudah tentu menjadi syurga kepada pengemar makanan laut. Antara kawasan yang popular menyediakan masakkan laut terutama ikan bakar adalah di Kelulut. Sementara mereka yang inginkan hasil laut kering pula boleh diperolehi di Rhu Renggeh dan Rhu Muda. Sesiapa yang ingin membeli belah mereka boleh juga datan ke Arked Jeti Pelancongan yang terletak di Waterfront Marang. Di jeti ini menempatkan 12 lot niaga termasuk perkhidmatan kaunter bagi resort, hotel dan perkhidmatan bot. Terdapat juga kedai-kedai cendermata di sini. Terletak jauh di Waterfront Marang ini juga terdapat taman awam yang mengadap Sungai Marang yang memberi permandangan indah berhadapan Pulau Kapas yang sayup-sayup kelihatan dari situ. Sesiapa yang datang ke Marang jangan lupa untuk singgah membeli ole oleh dari Terengganu di sekitar Marang dan ingin mencari budget hotel yang selesa cubalah Seri Malaysia Marang!!

Hotel Seri Malaysia
Marang Lot 3964,
Kampung Paya,
21600 Marang,Terengganu, Malaysia.
Tel : 09-618 2889 Fax: 09-618 1285


Category: 11 comments

11 comments:

Maz said...

menarik gambar..kan bagus kalu ade mcm project anak angkat ke kat kg nelayan ni..leh gak merana mcm mana jadi keluarga nelayan...

Nael said...

Erkk gambar kredit kat Mr Didi dari Flick.com.. memang cantek pemandangan sekitar Marang!!

cikmid said...

Cik Maz..nak merana ke merasa? :-)
Tapi betul jugak cadangan Cik Maz tu,asyik pegi tmpt yg selesa je, ape kate kite rase lak jerih perih hidup anak nelayan.Di samping perangkan kulit kat persisir pantai :-) & makan seafood sepuashati...hahaha.

Nael said...

Betul Cik Mid!! sesekali gi Homestay kat Marang tu best jugak kan...

BOY said...

I setuju.. Sekali sekala duk kat homestay kawasan perkampungan nelayan pun menarik kan.. perkampungan yang ada sawah padi kita dah rasa.. nie mencuba lak kampung nelayan.. hurm.. menarik2 kan nael.

Nael said...

Betul... aku pun teringin nak menjaring ikan kat laut dengan nelayan!!.. mcm best jer kan!!

BOY said...

Best2.. Tapi tak larat mabuk laut!! pengalaman naik bot nelayan kat ombak bergelora tue pun dh nightmare uols..

CheMat said...

Beli ikan kat sini mesti segar & murah kan!!

Maz said...

Hahaha.... jom nanti pergi mencandat sotong!!!...

Miqael Arshad said...

comelnye...........

Anonymous said...

wah . marang ! maju :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails