Muzium Negeri Terengganu




Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan dikenali sebagai Muzium Losong dikalangan penduduk tempatan. Muzium ini menyimpan pelbagai tinggalan dan artifak sejarah dan menjadi satu tempat yang mesti dikunjungi oleh sesiapa yang melawat Terengganu. Muzium Losong terletak kira-kira 3Km Selatan Kuala Terengganu menuju ke Losong, dan akan kelihatan kompleks yang tersergam indah terlekat berdekatan dengan sungai dan Bukit Losong. Di pintu masuk muzium ini kelihatan replika Batu Bersurat yang menjadi simbol dan lambang kedatangan awal agama islam di Terengganu dahulu.

Ciri-ciri Muzium yang unik ini menyimpan seribu satu tinggalan sejarah dan terdapat lebih 10 jenis galeri di Muzium ini. Antara galeri yang ada ialah Galeri Islam, Galeri DiRaja, Galeri Kraftangan, Galeri Textile, Galeri Alamsemulajadi, Galeri Petroleum dan pelbagai seni moden dan seni kontemporari di pamerkan di sini. Muzium ini telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 20 April 1996.




Kompleks muzium yang mempunyai senibina yang menarik ini merangkupi tanah seluas 27.9 hektar. Senibina yang diilhamkan oleh YAM Raja Dato' Kamarul Bahrin seorang arkitek yang memang terkenal dengan senibina Melayu Terengganu dan hasil kerjanya yang menakjubkan. Muzium ini telah diilhamkan berdasarkan Rumah Tradisional atau 'Rumah Tele'. Istana lama Terengganu juga telah dipindahkan ke sini untuk dijaga dan dipulihhara agar tidak lapuk dan rosak ditelan zaman. Apa yang menarik tentang istana ini adalah ia tidak menggunakan sebatang paku pun dalam proses pembinaanya. Seni ukiran dan kraftangan yang hasil kerja orang dahulu memang cukup kreatif dan halus. Apa yang lebih menarik lagi kompleks muzium ini dibina mengadap sungai dan dilaksanakan berasaskan pengangkutan tradisi yang banyak menggunakan jalan air untuk berhubung. Pengunjung berpeluang untuk datang menggunakan jalan air dan untuk lebih mudah sebuah jeti juga dibina sebagai pengkalan untuk pengunjung berulang alik.


Muzium Negeri Terengganu ini terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, empat rumah tradisional Terengganu dan Taman Botani dan herba. Di sini juga disimpan koleksi bot tradisional Terengganu yang dibina pada kurun ke 18 dahulu semasa era kegemilangan kesultanan Terengganu. Terdapat juga pameran berkenaan dengan perikanan, industri pembinaan bot di Terengganu di Muzium ini. Jadi sesiapa yang berkunjung ke Terengganu jangan lupa untuk singgah ke Muzium Losong bagi menghayati keindahan seniba, budaya dan sejarah Negeri Terengganu Darul Iman.

Kompleks Muzium Terengganu
Losong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
No Telefon Am : +609 6221444
No Faks : +609 6231209 / 609 6266164
E-mel : tgmuseum@streamyx.com

4 comments:

BOY said...

Sangat menarik tau kat muzium nieh.. Pernah ke sana sekali jer itupun coz ada lawatan kenali Negeri Terengganu by "U" dulu.. Sangat cantik seni bina nyer..

Nael said...

erk!!.. by Me erk?... nanti ada masa kita pergi lagik erk!!

BOY said...

Hahahhaa.. Lawak la nael nieh.. U = University la..

CheMat said...

Mesti banyak sejarah tersimpan di dalam Muzium Terengganu nie erk...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails