Hutan Lipur Tembakah


Salam Sejahtera Semua!!

Pejam celik dah tiga hari kita berpuasa!! cepat sangat masa berlalu dan aku juga mengejar posting yang semakin hampir dengan dateline. Apapun aku seboleh-bolehnya akan mengemaskinikan blog aku setiap hari supaya ada sesuatu yang fresh untuk pembaca. Posting kali ini aku nak bercerita tempat rekreasi air terjun yang menarik di Daerah Besut iaitu Hutan Lipur Tembakah yang terletak di Hutan Simpan Pelaga. Hutan Lipur Tembakah terletak kira-kira 115KM dari Kuala Terengganu.



Hutan Lipur Tembakah ini terkenal sebagai hutan rekreasi di Terengganu yang mempunyai 7 tingkat air terjun setinggi kira-kira 50meter dan satu-satunya hutan yang mempunyai majoriti pokok balak yang mahal harganya iaitu pokok Meranti dan Keruing . Pokok balak bernilai tinggi ini tumbuh merata sekitar hutan lipur Tembakah. Setiap tingkat air terjunnya pula mempunyai tangkungan kolam yang sesuai dijadikan tempat perkelahan. Kepada pencinta alam semulajadi , Lata Tembakah menjanjikan keunikkan alam semulajadi tersendiri dengan pengalaman sendiri menjelajah Lata Tembakah ini melalui denai yang telah disediakan oleh pihak perhutanan.



Anugerah alam semulajadi yang diberikan ini memang sesuai di jadikan tempat perkelahan keluarga bersama kawan-kawan. Keindahan air terjunnya yang sejuk dan jernih boleh melepaskan tekanan di tempat kerja apabila dapat berendam di sini. Terdapat juga kolam dan takungan yang cetek di sini dan sesuai untuk anak-anak kecil bermain air. Kemudahan seperti chalet, rumah rehat , tapak perkemahan juga di sediakan di sini untuk pengunjung yang ingin menginap disini. Kemudahan lain seperti kedai cerdermata dan toilet juga disediakan oleh pihak berkenaan. Di kawasan ini juga terdapat gerai-gerai makan yang dibuka hingga jam 5.30petang di pintu masuk Hutan Lipur Tembakah ini.





Hutan Rekreasi sentiasa dijaga oleh Pihak berkuasa agar kitaran alam semuajadinya tidak terusik dengan kerakusan manusia. Di samping itu juga kita dapat mendidik anak-anak kita supaya mendekatkan dengan alam semuljadi dan memujudkan kesedaran kepada mereka untuk menghormati hutan dan menjaganya untuk generasi akan datang. Sesiapa yang ingin datang ke Lata Tembakah ini menggunakan bas, taxi atau memandu sendiri dari Kuala Terengganu ke Pekan Jertih seterusnya ikut papan tanda ke Hutan Lipur Tembakah. Kalau memandu dari Pekan Besut kira-kira 20minit perjalanan.

Bagi pengunjung-pengunjung yang ingin bermalam, terdapat 6 unit chalet ( 1 bilik ) dan 1 unit rumah rehat ( 2 bilik ) yang dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur dan bilik mandi. Kadar sewanya dalam RM30 semalam untuk chalet dan RM40 untuk rumah rehat.


Selamat Bermandi Manda!!



8 comments:

Unknown said...

teringin nak g air terjun...dah lama tak pegi...tp kalau g time puasa ni, takut makruh la pulak

Nael said...

Lepas raya nanti ah gi!!.. mandi puas-puas sampai kecot!!

BOY said...

Cantik... Mesti sejuk dan nyaman kan... Seronok nyer kalo dapat beremdam panas2 nieh...

Nael said...

Lepas raya kita gi reramai erk!!.. berendam!!

kami said...

murah bangettu,bilik & chalet beharga dlm RM30-40 jerk.. banyak jugak entri pasal keindahan alam di ganu, nak gak aku tgk senibina rumah asli org terengganu.. Ni special request tau.. Plssss!! Nael

Nael said...

Kami : Akan diusahakan... susah gak carik rumah Tradisional Terengganu nie...

CheMat said...

Best nie mandi manda air terjun!!! korang kalau gi gitaw erk!!

amiera said...

ni tempat saya...jom semua datang...jnji yg terbaek ah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails