Hutan Lipur Sekayu



Aku kalau bab mandi manda memang sangat suka. Tak kira laut atau sungai bila tajuknya mandi!! sure aku join!! Kali ini aku nak bercerita tentang Air Terjun Sekayu yang terletak di kawasan hutan simpan Hulu Terengganu. Macam mana nak datang ke Air Terjun Sekayu ini? Kalau dari Kuala Terenganu ambil jalan yang menuju ke Kuala Berang jaraknya lebih kurang 56 KM. Apabila sampai di Kuala Berang cari papan tanda yang menunjukkan Hutan Lipur Sekayu ikut ajer papan tanda kira-kira 16KM dari Pekan Kuala Berang akan sampai ke destinasi air terjun ini.



Hutan lipur yang berkeluasan lebih kurang 405 hektar memang tempat paling sesuai untuk beriadah sesama keluarga dan rakan-rakan. Suasana hutan yang nyaman disulami deruan air terjun dan Riang-Riang hutan menyanyi riang memang memberi jaminan kedamaian kepada setiap pengunjung. Keunikan Hutan Lipur Sekayu ini ialah terdapatnya air terjun 3 tingkat yang cantik dan mempersonakan. Mandi manda dan berendam di sungai yang jernih airnya dan sejuk memang sesuai untuk sesiapa sahaja melepaskan tekanan kerja sambil beriadah bersama keluarga.

Tiada yuran dikenakan untuk memasuki kawasan air terjun ini, jangan risau!! PERCUMA!! Insfrastruktur dan kemudahan rekreasi juga disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tapak perkhemahan, track hutan , tandas dan sebagainya. Jadi pengunjung tak perlu risau jika ingin bersalin baju selepas mandi manda di sini. Kepada mereka yang ingin berkelah dan BBQ juga boleh membawa peralatan sendiri. Tapi lepas berkelah silalah masukkan sampah-sampah ke dalam beg sampah dan buang di tempat yang disediakan.



Mandi manda air terjun memang seronok!!.. tapi hati-hati jangan suka sangat nanti jadi duka. Keselamatan adalah tanggungjawap sendiri. Lihat juga keadaan cuaca, jika cuaca hujan lebat cepat-cepatlah naik ke darat takut-takut nanti air dari atas bukit turun ke bawah dengan jumlah yang banyak akan menghanyutkan segala-galanya di sungai. Orang panggil Kepala Air! Merbahaya!..

Jadi sesiapa yang ini berkunjung dan bermandi manda bersama rakan dan keluarga, berhati-hati OK!! Sesiapa yang ingin menginap terdapat Tropical Resort Sekayu di sini. untuk keterangan contact ikot alamat berikut:-

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Tel No: 09-8730541
Fax No :09-8730542
Jumlah Bilik: 33


11 comments:

BOY said...

Menarik... Cam cantik..

kami said...

air terjun sekayu ni dah lama dengar, dari zaman kecik2 agi. Tapi tak pernah pun sampai walau pun selalu gi ganu.

Anonymous said...

suke bukak blog nie...

aisya zaharin said...

Bestnya dapat mandi manda air terjun!! sejok!!!

mohdikram said...

1st dan 3rd pic sgt mengasyikkn.
pic kedua menakutkn utk mandi kt situ.hhuhuhuh

Nael said...

Am.. gambar no 2 tu.. nampak jer mengerunkan... tapi takdek la sgt!!.. air jeram tu manja-manja jer... tak deras pun...

CheMat said...

Mandi air terjun!!... suka!!

Anonymous said...

lagu besh :) s0n0knye g 0utd0or activities tp tade kaki :( 0rganiza ah..lEh j0in..
angelaelgoeffry@yahoo.com

Nael said...

Boleh.. tapi sapa nama?.... bagi la facebook!!

Maz said...

Seronoknya!!....... mandi manda air terjun!!!

Cik Aishah said...

tak sangka pakcik aku ni rajin buat blog..huhu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails