Firefly Sanctuary - Sungai Yak Yah



Salam Sejahtera Semua!!

Korang tau tak Kelip-kelip atau Fireflies?.. kalau dekat kampung aku Kuala Selangor terkenal dengan kelip-kelip Kampung Kuantan tetapi sebenarnya di Terengganu juga mempunyai satu kawasan kelip-kelip yang tak kurang hebatnya iaitu di Sungai Yak Yah yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Pekan Chukai. Sentuari Kelip-Kelip di Sungai Yak Yah adalah yang terbesar di Malaysia meliputi kawasan sungai yang sepanjang 13KM. Kawasan Sungai Yak Yah juga merupakan kawasan koloni kelip-kelip yang terbesar di Malaysia di mana terdapat beribu-ribu dan mungkin berjuta kelip-kelip menjadikan habitat semulajadinya di sini.





Biar aku ceritakan serba sedikit berkenaan kelip-kelip atau kunang-kunang terlebih dahulu. Kelip-kelip adalah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya di waktu malam. Kelip-kelip biasanya hidup di kawasan tepi-tepi sungai yang mempunyai pokok berembang dan pokok putat. Kelip-kelip hidup secara berkelompok atau berkoloni dan memakan daun pokok berembang dan dauk pokok putat yang biasanya tumbuh di pinggir-pinggir sungai. Tahukah korang sebenarnya kunang-kunang ini mempunyai lebih dari 2000 spesis di dunia dan kebanyakkan spesis kelip-kelip boleh di dapati di kawasan negara yang beriklim tropika seperti Malaysia.





Rasanya tak banyak tempat di dunia ini yang mempunyai kawasan koloni kelip-kelip yang besar dan sepengetahuan aku terdapat satu lagi tempat di dunia iaitu di Sungai Amazon Brazil. Kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya pada bahagian bawah perutnya bagi menarik perhatian kelip-kelip betina untuk mengawan. Tetapi semulajadinya kelip-kelip jantan dan betina ini sentiasa mengeluarkan cahaya di bahagian bawah perutnya adalah hasil tindak balas kimia yang dipanggil bioluminesecence. Enzim tertentu di dalam badan kelip kelip seperti ion magnesium , ATP, dan oksigen ini menghasilkan cahaya di bawah perut kelip-kelip.



Okay! berbalik pada Sentuari Kelip-Kelip di Sungai Yak Yah yang terletak di Kampung Ibok. Bulan terbaik untuk melihat kelip-kelip adalah antara bulan July hingga September iaitu pada musim mengawan kelip-kelip. Masa melihat kelip-kelip pula adalah dari jam 8.00mlm hingga 11.00mlm dan pastikan waktu bulan gelap kerana cahaya kelip-kelip akan kelihatan lagi terang dan banyak bila dalam keadaan sangat gelap. Pengunjung pasti akan terpesona dengan keunikan kelip-kelip yang memenuhi pokok-pokok Berembang seakan-akan pokok krismas yang dipenuhi sinar neon.



Kepada mereka yang berminat untuk melihat kelainan dalam aktiviti pelancongan mereka bolehlah datang melihat sendiri berjuta kelip-kelip di Sungai Yak Yah. Terdapat penduduk kampung di sini yang mengusahakan sampan dan boleh membawa pengunjung melihat kelip-kelip. Cas untuk sekali pengembaraan melihat kelip-kelip adalah RM20.00 seorang bermula jam 7.25malam. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi Che Ghani dan Zainal Ibrahim di nombor talian 019-9336458 atau 013-9365681 untuk membuat tempahan sampan. Kepada sesiapa yang ingin menikmati gaya hidup kampung bolehlah join homestay yang disertai penduduk Kampung Ibok. Contact Pengerusi JKKK kampung dulu untuk membuat pertanyaan.

Homestay Kampung Ibok
Pengerusi JKKK En.Mohamad Bin Saleh 019-9816720
e-mel:- mohamad.saleh42@gmail.com
mkampongibokyangbertuah.blogspot.com




9 comments:

are humps said...

maybe should go n watch this amazing creature kan... nvr heard of this b4 at ganu.. thnks nael.. ;p

CheMat said...

pernah tengok Firelies kat Kampung Kuantan Kuala Selangor!!.. ramai gila pelancong dtg tengok!!

Unknown said...

Menarik!! tak tau pun kat Terengganu ada kelip-kelip!!

Qayiem said...

Ada buaya tak Maman?

Nael said...

Hahaha Buaya tak tau la ada ke tak?... tapi kat Sungai mcm tu biasa ada buaya.. tapi dia tak kacau manusia...

Maz said...

Kuala Selangor Firelies dia pun banyak!!..

baru tau kat Terengganu pun ada....

UJ said...

dekat johor pun ada.. area kota tinggi... arah ke desaru pun ada... tapi banding dengan yang ada di terengganu ni lagi ... nature.. sebab naik sampan... kalau yng johor ni... rakit yang boleh naik sampai 5-6 puloh orang ... bayaran 5 rm.. ok gak...

Nael said...

OOo erk ke?... ada potensi dia bangunkan sebagai product pelancongan tu..

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Info yang menarik..boleh pergi ni..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails