Kembara Pulau Perhentian -1st Day



8 Haribulan July 2010 tepat jam 9.00malam kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut Terengganu. Perjalanan dijangka mengambil masa 9 jam untuk sampai ke Kuala Besut. Memandu malam melalui Lebuh Raya Karak dan terus ke Lebuh Raya Pantai Timur memang menyelesakan. Tak banyak kenderaan melalui lebuh raya ini pada waktu malam, jadi konvoi kami yang disertai 5 kereta berjalan lancar sehingga sampai ke Cherating Kuantan kami berhenti untuk berehat dan mengisi perut.


Perjalanan kami diteruskan menunju ke Kuala Terengganu. Sempat juga kami berlegar-legar sekitar Bandaraya Kuala Terengganu sebelum kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Besut. Tepat jam 6.00pagi kami sampai di Jeti Kuala Besut. Perut masing-masing sudah lapar terus serbu kedai makan akak sebelah jeti Besut untuk sarapan pagi. Menu sarapan pagi yang terdapat disitu seperti Nasi Dagang, Nasi Lemak, Laksa dan kuih muih. Aku memilih Nasi Dagang lauk ikan tongkol sebagai menu sarapan pagi. Sedap!! Yum! Yum!! Sesiapa yang datang dengan kereta jangan risau untuk parkir kereta di kawasan ini kerana terdapat kemudahan letak kereta yang selamat disediakan. Bayarannya adalah RM7.00 sehari.



Jam 9.00pagi kami bertolak menaiki speed bot yang disediakan oleh pihak Resort. Sila pastikan korang pakai Jaket Keselamatan yang disediakan. Ingat!! sediakan payung sebelum hujan. Perjalanan mengambil masa sekitar 30minit sahaja, kami sampai ke Shari-La Resort yang terletak di Perhentian Kecil. Kebiruan dan kejernihan laut Perhentian memang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Dasar laut Perhentian boleh di lihat dari permukaan laut. Tak sabar sangat nak terjun laut!

Selesai check-in kami melabuhkan badan di bilik yang dilengkapi kemudahan penghawa dingin, peti sejuk dan ASTRO. Wow!! Aku membayangkan chalet biasa sahaja memandang package yang kami langgan untuk 3D2N itu adalah RM300.00 iaitu yang paling murah. Tapi tak sangka faciliti yang kitaorang dapat lebih nilainya dari wang kami. HAPPY!!! :)




Lebih kurang jam 1.00ptg kami jalan-jalan cari makan di sekitar resort. Singgah kat Mama Kitchen.. aku order Nasi Goreng Seafood! air tembikai!! Taklah mahal sangat harga dia... Nasi Goreng RM8.00 Air Tembikai RM4.00.. Berpatutanlah harga pulau kan. Menu lain yang terdapat di warung Mama Kitchen ini Tomyam, Mee Goreng, Pizza, Burger dan bermacam menu lain. Tapi paling best adalah air tembikainya!! panas-panas rasa GLURP!! FRESH!!



Selepas kenyang mengisi perut misi pertama aku sudah tentulah terjun laut. Berbekalkan google yang disewa dengan harga RM5.00 sehari kami berenang dan menyelam sambil menikmati keindahan dasar laut Perhentian yang hanya berada di depan resort kami menginap sahaja. Pengembaraan kami bersambung dengan menjelajah Romantic Beach yang terletak tak jauh dari resort. Sayangnya banyak batu karang yang telah mati di kawasan ini. Tetapi nampak masih ada anak-anak batu karang yang kelihatan baru bertunas memberi harapan untuk generasi akan datang menikmati keindahannya.Harapan aku keindahannya tidak akan pupus nanti. Ingat jangan pijak batu karang sebab batu karang amat sensitif dan mudah mati .


Menikmati senja di Pulau Perhentian memang memberi kedamaian dan ketenangan yang berbeza. Kami beramai-ramai memanjat batu berhampiran Romantic Beach untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya ketika senja melabuhkan sauhnya di ufuk barat perhentian. Senja bertukar warna setiap minit sehingga matahari seolah-olah tenggelam didalam laut. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan suasana ketenangan di sini.








10 comments:

kami said...

Best-best Pulau Redang!! antara Pulau yang akan dikunjungi di lain hari....

kami said...

Eh!! silap-silap Pulau Perhentian!!! Pulau Redang plak... Pulau Redang dah biasa gi dah!!

BOY said...

Sgt menarik... Mengambit kenangan yang lalu.. Sangat2 disyorkan pada pengunjung2 yang nak g bercuti dipulau.. Tidak terikat ngn jadual or package yang disediakan oleh pihak resort.. Pengunjung boleh untuk menyusun iteneri sendiri.. Wah!!! Nak g lagi... "Hati Ku Tertinggal Di Perhentian"

Nael said...

Hahahaha Boy!!.. tertinggal kat Long Beach ke tertinggal kat Shari-La?... lalalalala!!

SERONOK kan!!!

CheMat said...

Best.. suka sangat dengan PERHENTIAN!!.. 2nd time pergi....

Afdlin said...

Nak ikot!!

cikmid said...

Nice shots Nael...especially the sunset.Hehe... lame x dgr lagu Watimang Landok ni..best lak :-)

kami said...

Watimang Landok tu apa erk!!??

::naMaku steBen:: said...

menarik pics mamat tgh amek gambar tue...

Nael said...

Hahahaha Steben !! mcm kenal la mamat tu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails