Bazaar Warisan



Pada kunjunganku ke Kuala Terengganu baru-baru ini mataku tertarik dengan sebuah kompleks yang tersergam indah berhampiran Pasar Besar Payang iaitu Bazaar Warisan. Kompleks perniagaan ini terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin mempunyai reka bentuk yang mempamerkan seni bina traditional Terengganu. Tanpa membuang masa aku memasuki kompleks tiga tingkat ini untuk meninjau-ninjau keadaan di dalamnya. Di dalam Bazaar Warisan ini menempatkan pelbagai gerai pengusaha seni warisan tradisional termasuk sutera, batik, songket, hasil ukiran tembaga dan pelbagai cendermata.

Bazaar Warisan ini juga menyediakan kemudahan lif dan tangga bergerak yang memudahkan orang ramai untuk naik ke tingkat dua dan tingkat tiga kompleks ini. Aku memanjat sehingga ke tingkat tiga dan boleh menyaksikan keindahan muara Sungai Terengganu dari atas menara peninjau di tingkat tiga. Pulau Duyong juga boleh di tinjau dari menara ini dan aku dapat melihat bot-bot kecil berulang alik ke Kampung Seberang Takir dari Pulau Duyong. Seni bina tradisional kompleks ini dapat dilihat melalui ukiran kayunya dan hiasan dalamanya yang banyak di pengaruhi elemen-elemen budaya Melayu.




Selepas penat berjalan aku berehat seketika di wakaf tempat duduk di hadapan Bazaar Warisan ini. Ada juga pengunjung yang mengambil kesempatan bergambar kenangan di beberapa sudut bangunan dan permandangan yang menghala ke Bukit Puteri menerusi laluan di tingkat tiga bangunan ini.










13 comments:

kami said...

Bazaar ini cantek bangunan dan senibinanya.. tapi pengunjunnya tak seramai Pasar Payang yang berada di depannya..

Nael said...

Mungkin masyarakat Terengganu sudah biasa dengan Pasar Payang utk bershooping!!.. tapi Bazaar Warisan ini cantik gak boleh mengamit pelancong datang ke Kuala Terengganu!

BOY said...

Hurm... Seni bina menarik.. tapi hows the price dlm kat situe ek.. adakah sama ngn pasar payang or sedikit mahal berbanding ngn pasar payang..

kami said...

teringin lak nak masuk Bazaar Warisan ni, hari tu tak bekesempatan nak jengah tempat ni

CheMat said...

Bazaar Warisan mcm eksklusif jer.. kalau kat KL mcm Shooping kat Pavillion or KLCC...

Nael said...

harap-harap Bazaar Warisan akan menjadi mercu tanda yang sentiasa di kunjungi pelancong dlm dan luar negara.... kena promosi lebih...

Qayiem said...

lepak-lepak kat wakaf dia best jugak!!

gadafie said...

Shooping!!

Anonymous said...

tmpat menarik!!!

::naMaku steBen:: said...

so nice

Nael said...

Kalau lalu sini.. singgah la Steben!!

Maz said...

bab-bab shooping nie memang best!! sya suka sangat!!

hhehehhehehe ^^

Mohd Khairi Khadzir said...

first time dulu tgk ilustrasi bangunan ni, sangat WOWW!!!!!!!!!!! dan alhmdulillah, jadi realiti..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails