Posted by
Nael
Taman Herba Tasik Kenyir
Taman Herba yang terletak di Pulau Sah Kecil Tasik Kenyir merupakan taman herba yang di dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH ). Menyedari tanaman herba diakui berkhasiat untuk kesihatan dan banyak herba telah dikomersialkan dan mendapat sambutan baik orang ramai Pulau Sah Kecil yang berkeluasan 15.84 hektar ini lebih dari 200 jenis herba yang ditanam dan hidup secara semulajadi hidup subur di sini.
Taman Herba ini terlekat kira-kira 7Km perjalanan dari Pengkalan Gawi iaitu pintu masuk utama pengunjung ke Tasik Kenyir. Pengunjung yang ingin mencuba merasa khasiat herba yang baru dimasak oleh penyelidik bolehlah merasa herba segar yang baru dihasilkan dari taman ini. Herba yang paling popular ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mas Contek, Kayu Manis, Sekentut dan sebagainya. Sesiapa yang ingin menguatkan tenaga batin bolehlah mencuba renehan "Tongkat Ali" yang terasa pahit dan kelat tetapi memberi tenaga tambahan yang diakui berkhasiat. Mas Contek pula mempunyai rasa seakan-akan teh cina yang mampu menghilangkan sengal-sengal badan dan mencergaskan badan sesiapa yang mengamalkanya. Pengunjung boleh menikmati minuman herba ini dengan berihat sebentar di Pondok Harmoni yang disediakan di taman ini.
Terdapat beberapa pemandu pelancong di Taman Herba ini yang berbesar hati memberi penerangan mengenai keistimewaan herba yang terdapat di Taman Herba ini. Pengunjung juga mudah memperolehi maklumat berkenaan herba yang di tanam dengan mudah kerana setiap tumbuhan akan dilabel dengan nama saintifik serta khasiatnya. Suasana damai dan keindahan alam semulajadi Tasik Kenyir menjadikan satu destinasi yang amat sesuai mencari ketenangan jiwa. Para penyelidik juga sering berkunjung ke sini mengkaji pelbagaian ekosistem unik Tasik Kenyir dan kepelbagaian herba di sini.
Hutan Hujan Tropika sebenarnya kaya dengan kepelbagaian spesis tumbuhan berbungan yang terdapat lebih kurang 12,500 spesis yang mana lebih kurang 1,200 spesis yang telah direkodkan mempunya nilai perubatan yang penting.
Taman Herba Tasik Kenyir menjanjikan kekayaan tumbuhan herba untuk di lihat dan dihayati. Taman ini mengandugi pelbagai spesis herba merangkumi tumbuhan makan ulaman, perasa masakkan (antioksidan), rawatan antiradang, anti-mikrob, darah tinggi dan kencing manis khususnya untuk lelaki dan wanita. Terdapat juga tumbuhan beraroma serta yang tidak pernah kita terfikir. Sesiapa yang inginkan kelainan dalam percutian mereka jemputlah bertandang ke Taman Herba Tasik Kenyir! Selamat Bercuti!!!
kenyirlake.com
77A Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : 609-6262020 Fax : 609-6262022 Email : sales@kenyirlake.com
[ www.kenyirlake.com ]
77A Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : 609-6262020 Fax : 609-6262022 Email : sales@kenyirlake.com
[ www.kenyirlake.com ]
Read more...
Category:
Hutan Lipur,
Rekreasi
7
comments
Posted by
Nael
Hutan Lipur Seri Amar
Hutan Lipur Seri Amar atau Hutan Rekreasi Seri Amar terletak di kawasan Hutan Simpan Hulu Nerus iaitu kira-kira 18Km dari Bandar Pemaisuri atau 59KM daripada Bandar Kuala Terengganu. Hutan simpan yang kaya dengan flora dan fauna ini terletak berhampiran dengan bandar dan menjadi tempat tumpuan penduduk bandar berkelah dan melepaskan tekanan kerja dengan aktiviti riadah yang menyihatkan badan.
Hutan rekreasi Seri Amar mempunyai sungai yang airnya sejernih kristal. Air sungai yang tidak henti-henti mengalir sungguh menyegarkan dengan sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran untuk mandi manda di sini. Hutan rekreasi ini juga dijadikan tempat berkelah dan beriadah hujung minggi bersama kawan-kawan dan keluarga kerana lokasinya tidak jauh dari bandar. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawap seperti tandas, bilik persalinan, rumah rehat dan tapak perkhemahan untuk sesiapa yang ingin berkhemah dan bermalam di hutan ini. Tetapi setiap peserta perkhemahan harus memohon premit terlebih dahulu dari pihak perhutanan.
Kawasan hutan ini juga sesuai dijadikan aktiviti merentas hutan dan menyaksikan pelbagai kehidupan liar seperti katak, serangga dan monyet disini. Pokok-pokok hutan bernilai tinggi juga hidup meliar di hutan ini seperti Cengal, Meranti dan Keruing. Merentas hutan melalui track yang disediakan pihak perhutanan memang memberi pengalaman berharga kepada pengunjung dan memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam semulajadi bagi keseimbangan alam ini.
Read more...
Category:
Air Terjun,
Hutan Lipur,
Rekreasi
4
comments
Posted by
Nael
Tak lama lagi Ramadhan akan berlabuhkan waktunya dan tibanya Raya Aidilfitri tanda kemenangan masyarakat Islam dari seluruh dunia berpuasa selama sebulan. Pelbagai tradisi perayaan dibuat bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Salah satu tradisi yang masih berkekalan sehingga hari ini adalah pemasangan pelita raya sempena menyambut malam Tujuh Likur. Tujuh likur sering dikaitan dengan malam Lailatuqadar iaitu detik keemasan untuk individu muslim merebut ganjaran apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang sedang bersolat dan beribadat kepada Allah. Oleh kerana itu munculah tradisi memasang pelita pada 7 hari terakhir bulan Ramadhan bagi menyambut malam yang mulia seumpama seribu bulan.
Malam Tujuh Likur turut meninggalkan nostagia aku dulu semasa zaman kanak-kanak bersama rakan sekampungku memasang pelita keliling kampung bagi menerangi jalan kampung yang satu ketika dulu gelap kerana ketiadaan lampu jalan. Tradisi ini masih lagi dikekalkan hingga ke hari ini di mana-mana kampung pun. Bagi mengekalkan tradisi ini tidak ditelan zaman Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri dan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu telah mengadakan Pertandingan Pelita Raya 2010. Pertandingan ini berlangsung dari 4 hingga 6 September 2010 lalu dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta dan penduduk kampung yang mengambil bahagian.
Pertandingan ini disertai oleh kampung di DUN Tepoh iaitu Kampung Baru, Kampung Raja, Kampung Padang Hangus ,Kampung Pagar Ubi dan Kampung Tokeng telah menyaksikan beribu-ribu pelita di pasangan menerangi kampung-kampung yang mengambil bahagian. Pelbagai pelita kreatif direka oleh penduduk kampung bagi memeriahkan suasana malam di sekitar kampung. Apa yang menarik pelita ini diperbuat dari barang terpakai seperti tin susu, tempurung kelapa, buluh, buah kelapa dan bermacam-macam lagi. Minyak tanah digunakan bagi menghidupkan api pelita yang meliuk-liuk ditiup angin.
Peserta pertandingan juga telah mencipta pelbagai tema yang kreatif bagi menarik perhatian juri, antaranya tema One Malaysia, Hari Kemerdekaan dan sebagainya. Sesuai dengan tema pertandingan ini " Alami Suasana Gemerlapan 10,000 Pelita Raya di Kampung Tradisi ", kampung ini seakan berpesta dengan beribu-ribu cahaya pelita menerangi persekitaran. Di harap pertandingan seperti ini akan membantu mempromosikan Terengganu sebagai destinasi unik yang sentiasa mengamit pelancong untuk mencari kelainan dalam percutian mereka. Tahniah!! kepada Kerajaan Negeri dan penganjur kerana menganjurkan pertandingan pelita raya untuk kali ke dua.
Read more...
Category:
Rekreasi,
Seni Warisan
7
comments
Posted by
Nael
Pulau Gemia!! sebuah pulau yang berkeluasan 9ekar berhampiran Pulau Kapas mungkin tidak begitu dikenali berbanding pulau-pulau lain di Terengganu. Pulau Gemia adalah pulau persendirian yang terletak kira-kira 800Meter dari Pulau Kapas dan mengambil masa 15minit perjalanan dari Jeti Marang. Walaupun Pulau Gemia kecil namun banyak keistimewaan yang ada di pulau ini. Pulau Gemia dikelilingi pasir putih bersih, air laut yang sejernih kristal, batu-batu karang yang berwarna warni dan kehidupan marine seperti ikan dan penyu menjadi daya tarikkan utama pulau ini. Pulau ini boleh dianggap sebagai antara pulau yang terindah di Pantai Timur . Dikelilingi hutan dara, bukit batuan dan air laut yang membiru benar-benar memukau pengunjung untuk merasai kedamaian di Pulau Gemia.
Gem Wellness Spa & Island Resort adalah satu-satunya resort yang ada di Pulau Gemia yang sebelum ini dikenali sebagai Gem Island Resort. Resort ini juga menyediakan kemudahan lengkap bagi pengunjung untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang wajib adalah snorkeling, berenang bersama ikan dan melihat keindahan batu karang yang berwarna warni yang cukup menakjubkan. Melepak di beranda resort dan melihat pemandangan indah Pulau Kapas yang tidak jauh dari resort dan dataran Marang yang sayup-sayup kelihatan dari kejauhan. Di bawah beranda pula kedengaran ombak lembut memukul batu dan melihat anak-anak ketam berlari-lari di atas batu setiap kali air ombak menghempas mereka.
Antara perkara yang wajib dilakukkan di resort ini adalah melakukkan SPA. Manjakan diri dengan pelbagai terapi yang disediakan antaranya mandi bunga, terapi tradisional Melayau, sauna herba, Thai terapi, Minyak Spa terapi, aroma terapi, rawatan badan dan urut badan dan kaki. Resort ini menyediakan 4 chalet khas untuk pelanggan mendapatkan rawatan dan terapi dengan selesa dan mendamaikan. Pulau Gemia sememangnya menyediakan segala-galanya untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota. Untuk tempahan di sekitar Lembah Klang bolehlah menghubungi talian di bawah.
Gem Wellness Spa & Island Resort
No. 37, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tel : 603-7727 9287 Fax :603-7727 9661
No. 37, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tel : 603-7727 9287 Fax :603-7727 9661
Read more...
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi
5
comments
Posted by
Nael
Taman Burung Kuang Ajil
Taman Burung Kuang Ajil salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati apabila berkunjung ke Terengganu. Taman Burung yang Kuang Ajil yang berkeluasan 1.7 ekar ini terletak di Kuala Berang Terengganu menempatkan pelbagai spesis burung terutama dari spesis Burung Kuang. Burung Kuang adalah spesis yang burung yang mempunyai bulu yang cantik berbintik-bintik coklat dan berjambul. Terdapat lebih 30 spesis Burung Kuang dari pelbagai negara di bela dan dibiakkan di sini. Burung Kuang Jantan biasanya mempunyai ekor yang panjang dan cantik berbanding dengan Burung Kuang Betina. Burung jantan biasanya akan mengembangkan ekornya bagi menarik perhatian burung betina untuk mengawan.
Habitat Burung Kuang biasanya adalah di kawasan hutan dipterokap hingga ketinggian 900meter dan memakan pucuk tumbuhan, biji-bijihan, buah-buahan yang gugur seperti buah ara. Pembiakannya pula biasanya adalah dalam bulan Mac hingga Ogos dan burung betina biasanya bertelur dicelah-celah banir pokok dan membuat sarang. Burung Kuang betina biasanya akan bertelur sehingga 2 biji dan mengeram telurnya sehingga menetas.
Taman Burung Kuang Ajil juga memelihara dan membiakkan spesis Burung Merak Hijau (hookbilled bulbul) yang telah di ancam kepupusan di Malaysia sejak 1960an. Kerajaan Negeri melalui Taman Kuang Ajil Enterprise berkerjasama untuk membiakkan Burung Merak Hijau ini dan akan dilepaskan di kawasan Taman Burung Sungai Ketiar Tasik Kenyir sebagai menambah habitat spesis ini secara semulajadi. Spesis yang dibiakkan di Taman Burung Ajil ini adalah jenis burung merak hijau Jawa yang mana bakanya diperolehi dari Jerman dengan kebenaran PERHILITAN.
Kepada sesiapa yang meminati burung yang comel-comel dan berwarna-warni datanglah ke Taman Burung Kuang Ajil yang dibuka setiap hari dari jam 9.00pagi hingga 6.00petang. Yuran masuk adalah RM6.00 bagi dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak. Pengunjung dapat melihat sendiri kemegahan sang merak apabila mengembangkan ekornya dan mempersembahkan keindahan ekornya kepada pengunjung.
Taman Burung Kuang Ajil
No 2892 Batu 21 Ajil, Hulu Terengganu
Tel/Fax :09-6817358
E-Mail: 0h8@tm.net.my
No 2892 Batu 21 Ajil, Hulu Terengganu
Tel/Fax :09-6817358
E-Mail: 0h8@tm.net.my
Read more...
Category:
Rekreasi
7
comments
Posted by
Nael
Gunung Tebu terletak di Daerah Besut Terengganu adalah kemuncak tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,037Meter dari paras laut. Jarak perjalanan dari Hutan Lipur Lata Belatan ke puncak Gunung Tebu adalah 7088meter. Gunung Tebu sering menjadi track kepada pengemar aktiviti lasak memanjat gunung. Ini kerana keunikan bentuk muka bumi Gunung Tebu yang menarik dan mudah ditawan. Justeru itu tak hairanlah tanah tinggi ini semakin popular dikalangan penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam sekitar datang untuk menikmati keindahan cipataan tuhan. Pengembaraan untuk mendaki puncak Gunung Tebu harus mempunyai stamina yang tinggi kerana pelbagai cabaran di dalam hutan akan di hadapi pendaki. Pendakian dari kaki Gunung Tebu hingga ke puncaknya mengambil masa 2 hari 1 malam dalam setiap ekpedisi, jadi segala peralatan dan makanan harus lengkap di bawa semasa mendaki.
Sebelum memulakan perjalanan pendaki biasanya akan diminta berkumpul di kaki Gunung Tebu atau di kawasan perkelahan terkenal Lata Belatan. Pendaki akan menjalankan peperiksaan rutin dan akan diberi taklimat pegawai Jabatan Perhutanan sebelum memasuki hutan. Setiap pendaki akan diberi pas kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan dengan bayaran RM5.00 seorang sahaja. Destinasi pertama pendaki adalah Sungai Chankah Dua iaitu kira-kira 30minit perjalanan dari Lata Belatan tadi. Pendaki boleh merehatkan diri sekejap sementara meneruskan perjalanan ke check point kedua iaitu Batu Mat Hassan. Menurut kisahnya tempat itu mendapat nama dari seorang yang bertapa di gua berhampiran yang bernama Mat Hassan.
Selepas pendaki melepasi Batu Mat Hassan perjalanan diteruskan sehingga ke Jendela Tebu yang mengambil masa kira-kira 20minit perjalanan untuk sampai ke sini. Biasanya peserta akan merehatkan diri disini kerana permandangan di sekitar Jendela Tebu sangat menarik dan mendamaikan. Di Jendela Tebu juga terdapat mata air semulajadi yang mana airnya yang jernih memberi peluang kepada pendaki yang ingin membersihkan diri atau mengambil wuduk. Di kawasan ini juga perserta dapat merehatkan diri dan menikmati makan tenghari sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tebu.
Pendakian diteruskan sehingga destinasi utama iaitu di puncak Gunung Tebu. Pokok-pokok renek dan berlumut kelihatan sekitar menandakan kemuncak Gunung Tebu semakin hampir. Apabila sampai ke puncak sudah tentu kepenatan setiap pendaki akan berbalas berada di puncak di paling hampir dengan laut di Pantai Timur. Perjalanan di teruskan sehingga ke Batu Madrasah iaitu kawasan lapang seluas kira-kira 200m. Tidak jauh dari kawasan ini pula terdapat pekuburan yang tidak bertanda dan masih menjadi misteri penduduk tempatan kerana tidak tahu asal usul kubur tersebut. Ada peduduk percaya kubur itu adalah tempat bersemadi orang bunia yang menghuni kawasan Gunung Tebu.
Pendakian diteruskan sehingga destinasi utama iaitu di puncak Gunung Tebu. Pokok-pokok renek dan berlumut kelihatan sekitar menandakan kemuncak Gunung Tebu semakin hampir. Apabila sampai ke puncak sudah tentu kepenatan setiap pendaki akan berbalas berada di puncak di paling hampir dengan laut di Pantai Timur. Perjalanan di teruskan sehingga ke Batu Madrasah iaitu kawasan lapang seluas kira-kira 200m. Tidak jauh dari kawasan ini pula terdapat pekuburan yang tidak bertanda dan masih menjadi misteri penduduk tempatan kerana tidak tahu asal usul kubur tersebut. Ada peduduk percaya kubur itu adalah tempat bersemadi orang bunia yang menghuni kawasan Gunung Tebu.
Apabila cuaca hampir malam pendaki biasanya tidak sempat untuk turun ke kaki gunung. Jadi pendaki akan mendirikan khemah dan bermalam di tengah hutan pada ketinggian 1,000M dari aras laut. Rasai susana hutan di tengah malam ditemani riang-riang yang saling bersahutan dan sesekali suara burung hantu memecah keheningan malam akan memberi pengalaman yang berharga kepada pendaki. Apabila subuh menjengah kelihatan matahari terbit di ufuk timur dan ditemani suasana dingin pagi sungguh mendamaikan. Bersyukur dengan ciptaan terhebat yang Maha Esa sesungguhnya memberi keinsafan kepada mereka yang menghayatinya.
Perjalanan turun diteruskan selepas sarapan pagi menuju ke kaki gunung. Perjalanan turun biasanya lebih cepat dan lancar tetapi awas cerun yang curam memerlukan kekuatan lutut yang kukuh supaya tidak tergelincir. Apabila sampai ke kaki gunung pendaki bolehlah berendam sepuas-puasnya di air terjun yang mencurahkan air nya tak putus-putus menyegarkan dan menghilangkan kepenatan semasa pendakian. Sesiapa yang berminat untuk menyertai cabaran mendaki Gunung Tebu yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu berikut sedikit informasi berkenaan cabaran tersebut.
Perjalanan turun diteruskan selepas sarapan pagi menuju ke kaki gunung. Perjalanan turun biasanya lebih cepat dan lancar tetapi awas cerun yang curam memerlukan kekuatan lutut yang kukuh supaya tidak tergelincir. Apabila sampai ke kaki gunung pendaki bolehlah berendam sepuas-puasnya di air terjun yang mencurahkan air nya tak putus-putus menyegarkan dan menghilangkan kepenatan semasa pendakian. Sesiapa yang berminat untuk menyertai cabaran mendaki Gunung Tebu yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu berikut sedikit informasi berkenaan cabaran tersebut.
Tebu Mountain Challenge 2010
Tarikh: 24 -25 September 2010
Tempat: Lata Belatan, Besut, Terengganu
Penganjur: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu
Tarikh: 24 -25 September 2010
Tempat: Lata Belatan, Besut, Terengganu
Penganjur: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu
Read more...
Category:
Air Terjun,
Hutan Lipur,
Rekreasi,
Sukan
14
comments















