Read more...
Category: 0 comments

Uncle Ya Western

Kelmarin lepas balik kenduri kawin member kt Rembau.. Jalan jem menyebabkan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tersangat panjang.. dari perot kenyang sampai KL lapar balik..

Aku dgn member singgah kat Uncle Ya Western kt Setiawangsa. Menurut member western kt sini Not Bad.. maka aku pun memilih Grill Lamb Chop Blackpaper.. member aku order Tenderloin Steak dan Mushroom Soup...

Melihat cara hiasan hidangannya memang menarik.. Lamb tu nampak menyelerakan plus ada sesungut kt atas kentang bakarnya.. Gravy Blackpaper di sediakan asing.. agak menarik cara tersebut kerana customer boleh menuang gravy mengikut keperluan mereka..

Lamb grill tersebut just nice.. gravy dia not so bad.. tapi gravy blackpaper tersebut belum dapat mencapai level taste aku.. sebabnya aku dah rasa gravy yg terbaik sekali sebelum ini.. jadi expectation aku terhadap western food punya gravy sgt tinggi.. Mushroom Soup dia sedap.. cicah roti garlic mmg terasa sedapnya..

Rasa aku bagi 3 Bintang dari 5..
Hiasan dan presentation aku bagi 4 bintang.. Harga agal berpatutan utk western menu..


Read more...

Kari Sembilang Kg Pinang Kuala Selangor

Ikan sembilang mmg antara ikan favourite aku.. Ikan Sembilang paling sedap di masak Asam Pedas dan Kari.

Tapi nk dapat Restoran yg menyediakan sajian ikan sembilang agak sukar nk dpt. Di Bandar Kuala Selangor ada sebijik Restoran Ikan Sembilang Kg Pinang. Lokasi disebelah Stesen Bas Kuala Selangor.

Restoran jenis layan diri ini menyajikan masakan utama ikan sembilang masak asam pedas dan kari.  Aku try sembilang kari dan ambik part bahagian tengah ikan.. Rasa ikan segar yg manis dan kuah kari yg pekat mmg sedap..

Cumanya kuah kari tu dah sejok.. mungkin kalau kari tu di panaskan di clapot sebelum di hidang.. selera makan aku boleh jadi 2 kali ganda..

Apa pun.. sedap boleh cuba..



Read more...
Category: 0 comments

Nasi Ayam Gemas

Bila aku pergi Tesco Kuala Selangor hujung minggu utk loading stock Restoran aku.. selalu gak lalu depan Restoran Nasi Ayam Gemas nie.. tapi tak pernah singgah rasa..

Since aku lapar sgt.. aku singgah la nk try test apa istimewanya Nasi Ayam Gemas nie sampai kat Kuala Selangor..

Aku order Nasi Ayam sorang makan dgn Kerabu Taugeh.. Rasa Nasi Ayam dia boleh tahan.. cuma nasi dia terlalu lembik.. dan sup nasi ayam tu mcm dah sejok.. Kerabu Taugeh dia sedap.. tapi aku tak habis makan sbb potion utk sorang tu mcm banyak sgt..

Boleh rasa kalau sesat sini.. Tapi not very best nasi ayam laa.. sbb Nasi Ayam paling sedap sudah pernah aku rasa...hehehehe


Read more...

Pad Thai & Omelet Oyster


Setahun tak blogging!!! 

My 1st posting guna apps Android Blogger.

Korang mesti pernah rasa Pad Thai kan?.. kalau kat Malaysia Cha Kueh Tiaw camtu.. masa aku gi Phuket kelmarin kitaorng sempat la singgah kt deretan street hawker tepi Pantai Patong utk mencari2 street food yg sedap kat Phuket nie...

Aku order Pad Thai sepinggan dgn Telur Dadar + Oyster. Rasanya memang sangat sedap tapi agak pedas.. Rasa Pad Thai yg manis2 pedas mix up dgn taugeh dgn daun kuchai mmg rasa bebeza dgn Pad Thai yg aku selalu makan kt Msia. Telur dadar tiram dia juga sgt sedap.. ranggup dan rasa tiram segar tu mmg mengecurkan kan air liur..

Harga Pad Thai nie THB60 or RM6.00 sepinggan sama jer dgn Telur Dadar Oyster tadi.. Murah dan puas hati dapat merasa kelazatan sebenar Pad Thai.. Street Hawkers sebenarnya banyak menawarkan makanan yg murah dan sedap.. so kalau korang sampai Phuket jgn lupe test. ..




Read more...

Tako Tao



Korang pernah makan Tako Tao? Makan Jepun yang boleh masuk tekak aku kot.. Kalau gi memana Jusco biasa ada jual Tako Tao nie. Kalau ketegori makanan tempatan rupanya seakan-akan Cucur Badak. Tako Tao adalah adunan tepung telur dan pelbagai jenis isi daging seperti Ikan, Octopus, Abalone, Prawn dan Ayam.  Bentuk dia bulat-bulat yang mana daging ikan atau abalone akan di masukkan ke dalam adunan tersebut dan dibakar seperti membakar baulu. 


Abalone antara perasa yang aku suka.. rasanya yang kenyal-kenyal mcm kunyah getah basikal.. tapi sedap!! 


Tako di bakar seakan-akan buat Baulu dan di golek-golek menjadi bulat mcm guli


Harga Tako Tao kat Jusco ni dalam RM5.00 satu set or 3 ketul TAKO!



Tadaaa... 3 ketul kalau makan sorang cukup-cukup alas perot la... keriuk-keriuk sotong dan lemak Myonis memang mengecurkan air liur. SEDAP!! boleh TRY TEST CUBA!!



Read more...

Cendol Bakar Drive Thru - Assam Jawa Kuala Selangor


Minggu lepas aku dikehendaki menjadi Driver Mak dgn Abah untuk menghadiri wedding Anak Sepupu aku kat Selayang. Memorning glory aku dah bertolak dari Sekinchan untuk ke Selayang. Lepas makan-makan kenduri kitaorang balik lalu Highway LTAR dari Templer Park terus ke Ijok Kuala Selangor.


Cuaca tengahari memang panas terik gila ah... sampai kat Assam Jawa Kuala Selangor traffic perlahan dan aku boleh agak sure ramai kereta beratur nak beli Cendol Bakar kat tepi jalan tu. Aku selalu gak lalu lalang kat Cendol Bakar ini cuma aku malas nak singgah sebab warung cendol ini sentiasa penuh. Malas nak buang masa.


Since  Aku, Mak, Abah dgn Adik agak kepanasan dalam kereta , haus plak tu . Aku  tengok kereta beratur panjang dan tanpa ragu aku pun mencelah masuk lane beratur gak. Lalu lintas di sini agak terkawal sebab ada RELA yang turut membantu menyuraikan traffic yang JEMMM panjang sebab nak merasa CENDOL BAKAR!! Aku beratur agak lama gak la baru sampai turn aku .. dalam 30minit macam tu. Pelangan boleh memilih untuk minum cendol di tapak yang disediakan atau Ta Paw pandu lalu jer. Since orang yang dok kat warung tu pun  dah penuh sesak, aku malas la nak tunggu-tunggu seat free.. so aku PANDU LALU jer!! ingat McD jer ada Drive Thru!! CENDOL pun boleh erk!


Sambil tunggu turn tu aku sempat gak la baca keterangan berkenaan CENDOL BAKAR!! yang femes sangat kat Kuala Selangor ini. Memula dulu aku ingat Cendol ni dibakar dengan api ke.. main panggang-panggang  ke sebelum di hidang kat orang. Macam kita nak bakar ikan  tu... tapi rupa-rupanya LOGIC akal aku tersasar jauh dari situasi sebenar. Bakar tu di ambil dari nama atuk pengusaha cendol ini iaitu ABU BAKAR!! Cisss!! tapi menurut tokey Cendol Bakar ini juga.. Mereka menggunakan Gula Kabung yang dibakar terlebih dahulu bagai menghasilkan SIRAP Cendol tersebut. Jadi ada gak la unsur Bakar Membakar kat sana.


Aku order 4 Mug CENDOL DURIAN! Satu utk Mak! Satu utk Abah! Satu utk Adik!! Satu utk AKU!
Satu Unit berharga RM3.00. Rasanya?... OKlaaaa sedap!! Tapi aku rasa mcm tak puas hati sebab sikit sangat  potion dalam Mug Plastik yg GEMOK PENDEK tu!! Straw dah ler BESOR!! sekali aku sedut teros KERING daaaaaa.!! Aik!!? Habis dahhhhh?... KEMUT laaa plak CENDOL BAKAR nie!! Bagi la Mug yg besor sikit... Mug Cendol Pasar Malam tu agik BESAR laaa!! Sehinggit jer la plak pasar malam tu! Ini dah laa penat-penat .. panas-panas beratur... sekali dapat CENDOL.. sekali sedut jer abissss plak!! Margin UNTUNG TINGGI laaa plak BUSINESS AIR MINUM ini! Jangan la kedekut sangat yaaaaa!!!

Sapa yang nak CUBA TRY TEST boleh jer!! tapi ORDER 2... satu sikit sangat!!




Read more...

Johnny's Restaurants






Hujung minggu memang hari kemalasan  kalau nak keluar umah carik makan. Since Jusco depan umah jer aku dengan geng umah gi Jusco untuk mencari sesuap nasi bagi mengisi kekosongan perot yang dah kul 2.00 petang tak berisi agik. Pusing-pusing kat  Jusco semua tempat makan penuh dengan manusia yang kelaparan mencari tempat lunch. Tengok-tengok kat Johnny's Restaurants ada seat kosong. Alhamdulilah!!


Johnny's Restaurants ini aku rasa agak femes dengan makanan citrasa Thiland. Banyak cawangan restoran dia kat shopping-shopping centre. Bagi mereka yang tak pernah mencuba menu restoran ini , mereka menyediakan dua jenis hidangan iaitu Stim Boat dan Ala Carte. Stim boat kalau hujan-hujan sejuk sodap la jugak..  Tengahari ini kitaorang order Ala Carte je la since takdek mood nak stim-stim tengahari buta camnie. 



TOMYAM Seafood! Rasa Tomyamnya sedap.. Seafood yang digunakan boleh tahan segar, aku suka cendawan jepun yg comel-comel kenyal tu. Rasa Tomyamnya yang pedas-pedas sweet masam pun aku suke :)


Layan plak dengan Nasi Goreng Nenas.. haruman Limau Nipis membangkitkan selera !! SEDAP!!



Member aku order BBQ Chicken Mee.. dia kata tak sedap! Tobat tak nak order agik.. maybe sebab colour mee tu berwarna kehijau-hijauan. Tidak seperti Mee Kuning biasa kot! So spoil selera dia.. 



Desserts - Vanilla Ice Cream with topping BlueBerry sungguh menyenangkan  bila rasanya yang cair di mulut dan mendinginkan hati yang tengah suam-suam kuku. 


Vanilla Ice Cream dengan Mangga - Dessert kedua ni pun sedap gak.. masam manis mangga berserta ais krim Vanilla memang kobinasi menarik untuk menjadi pencuci mulut selepas kepedasan dengan Tomyam tadi.

Harga takdek la mahal makan kat sini! Ok la standard Restaurant! Walaubagaimana pun tetap ada 10% Service Charge dan 6% Goverment Tax.

Kalau nak more detail click website bawah nie


CUBA LA TRY TEST!!



Read more...

Pecel Lele - Kampung Pandan


Semalam aku dengan geng gi jalan-jalan cari makan kat area Kg Pandan. Kitaorng singgah makan kat Pecel Lele area Kg Pandan. Kedai makan tu tepi jalan besar berdekatan dengan Sekolah Menengah Aminudin Baki bertentangan dengan BSN.



Aku order nasi sepinggan dan Pecel Lele dan Pecel Puyuh . Since kat sini Ikan Lele tu seekor jer utk satu set hidangan dan aku tau perot aku sure tak cukup aku nak makan seekor ikan jer untuk makan malam. Aku terpaksa order side dish Si Burung Puyuh set. Ini kali ke 3 or mungkin kali ke 4 aku datang makan kedai nie.. so rasanya aku memang dah jangka la., SEDAP!!!


Member-member aku lain order Pecel Ayam Kampong. Seperti gambar di atas, ayam tu di goreng garing panas-panas memang sangat membuka selera untuk santapan perot yang tengah lapar.



Pecel Puyuh yang aku order ini pun sangat sedap yaa... saya ulangi!! SANGAT SEDAP!! sebab mereka menggunakan Burung Puyuh FRESH!!.. aku dah biasa makan burung puyuh nie kat memana kedai.. kalau tak kena gayanya kebanyakkan kedai-kedai makan menggunakan Burung Puyuh yang dah lebam dagingnya akibat terlalu lama dok dalam peti ais. Tapi kedai ini menggunakan burung yang seakan-akan baru disembelih baru jer tadi. SEGAR dari LADANG.

Apa istimewanya Menu kat sini??

Since aku nie OWONG JOWO!!  jadi taste aku terhadap makanan Jawa ini memang sukar di puaskan kalau tak kena dengan tekak aku.   Kedai ini memang dapat kredit dari aku sebab masakkan dia memang best terutama Initial Dish diaorang yang berunsurkan pecel.  Ikan Keli yang di goreng panas-panas terus di hidang dengan nasi panas dan sup panas memang la membangkitkan selera pelanggan mereka. Ramuan kepada sambal coleknya memang best bila diperahkan dengan LIMAU NIPIS .. Haruman bau limau itu memang buatkan air liur kita kecur dan membangkitkan selera kita untuk makan.

So kalau korang nak CUBA TRY TEST makan kat sini adalah sangat di REKEMENkan tanpa was-was.

MENU kat sini yg aku rekemenkan :-

PECEL  IKAN LELE ( KELI )
PECEL PUYUH
PECEL AYAM KAMPONG
PECEL IKAN KEMBONG
PECEL SAYUR

Harga satu set dalam RM6.00 

SELAMAT MENCUBA




Read more...

Medan Ikan Bakar - Jeram Kuala Selangor



Medan Ikan Bakar - Jeram Kuala Selangor adalah antara medan ikan bakar yang femes di kalangan pengemar Seafood. Terdapat 2 medan bakar kat area ni, satu  Aroma Ikan Bakar Jeram dan satu Medan Ikan Bakar Jeram. Dedua aku dah pernah rasa masakkan diaorang. Since sabtu kelmarin kawan baik aku nak belanje makan-makan! Maka aku pun sugestkan Medan Ikan Bakar Jeram ini. Aku dah siap-siap booking meja kat kedai ini sebelum datang kerana menurut adik aku.. kedai ini kalau tak booking alamatnya memang tak dapat meja. Sekali aku sampai...MAK AI!! Manusia.. penuh!! semua meja penuh!! mcm orang tengok Ceramah Politik Anwar Ibrahim! ( hehehe) bila aku tanya kaunter meja booking aku dah takdek! sebab lambat 1/2 jam.. orang dah sapu abis!!... bayangkanlah seluas-luas alam kedai tu... satu meja pun takdek yang kosong! Tapi sebab dah excited nak makan gak... tunggu gak la meja kosong!




Ok aku cerita sikit cara-cara korang nk makan kat sini. Pertama sekali korang mesti kena ada MEJA & KERUSI dulu!! kompem dah dapat kerusi meja baru korang pergi kat PASAR depan kedai tu untuk pilih ikan segar. Ikan-ikan dan seafood sini mmg terbaek dari LAUT SELAT MELAKA!! Kompem FRESH GILER!! Korang boleh pilih ikan seperti TALANG, JENAHAK, SIAKAP, UDANG XXL, SOTONG & KETAM!! Lepas korang pilih cukup dalam besen, pekerja diaorang akan bagi NO MEJA. Pastu diaorang akan bertanya jenis-jenis masakkan yang korang gemari pada setiap seafood yang korang pilih. Pastu diaorang akan timbang ikan dan seafood ini bagi menentukan harganya. Settle fasa pertama buat order.




Lepas dah pilih jenis masakkan dan timbang.. korang boleh duduk dan order minuman sementara menunggu tukang masak settlekan keje diaorang. Agak lama gak la nak tunggu masakkan tu sampai sebab orang yang datang sini terlalu ramai!! mungkin aku datang masa WEEKEND or MUSIM BONUS kot! Semua orang nak makan besar... SABAR! SABAR! dan terus bersabar!!..




OK now masa untuk aku mengomen satu-satu menu yang kitaorang order untuk santapan pewot malam tu. Menu pertama IKAN SENANGIN 3 Rasa! seperti gambar di atas.. rasanya ikan tu sangat SEDAP MANIS dan SEGAR!! Ikan Senangin la pulak! IKAN PALING SEDAP & MAHAL dalam ketegorinya. Masakkan nya plak.. Ermmm TAK SEDAP!!.. rasa kuah dia sangat mendatar... aku cuba mencari rasa apakah yang melekat kat lidah aku nie... tapi mmg taste aku gagal menafsir untuk berkata WOW SEDAP! Mungkin cilinya tak cukup masak dan aku rasa kuah tu masih MENTAH!.. MENU nie aku bagi 2 Star from 5. GAGAL utk mengimpresskan aku!




Menu kedua pilihan member aku.. SIAKAP KUKUS!! lihat mata ikan tu terbeliak kena kukus!! korang rasa sedap tak kelihatannya ikan tu menganga sebegitu rupa?.. ternyata taste aku terlalu tinggi dan merasakann masakkan ini sangat la tawar dan tiada perasaan seperti berada di heaven pun bila aku menghirup kuahnya. Ikan Stim patutnya panas la kan? Bila MENU nie sampai dlm keadaan sejok dan nyaman... seakan-akan baru keluar dari bilik berhawa dingin bersuhu kutub utara.  TETTTTTT!! FAIL! OUT!!... 1 Star from 5. Sorry aku terlalu jujur.




SOTONG GOWENG TEPUNG!! Menu ke tiga... OMG!! Sotong yang aku pilih tadi bukan main segar dan ketat bergetah... tapi bila digoreng apakah yang telah terjadi?... kecut dan berminyak!!OVER COOK dan minyak yang digunakkan mengoreng dah kotor dengan keladak.. jadi hasil gorengan itu sesungguhnya mcm cendodok bawang goreng tepung jer!... Adoiii... FAIL lagik!! KECEWA betul aku!!




OK!! now MENU HARAPAN Bangsa!! UDANG GORENG BUTTER!!.. udang yang aku pilih tadi mmg best ah! FRESH SEGAR BUGAR!!.. now selepas digoreng bersama keriuk-keruik butter!! Sekali aku ngap.. tetiba kat kepala otak aku keluar lagu raya " Berlalulah sudah ramadhan... sebulan berpuasa".. kenapa udang ini rasa KUIH SEPERET?.... seryes aku rasa mereka menggunakan butter dengan kapasiti tinggi sehinggakan aku berada di suasana hari  raya kerana rasa SEPERET itu mengimbau citarasa hari raya la plak!! Adoiii... apa nak jadi nie? KECEWA untuk kesian kalinya...



MENU terakhir!!  Satu-satunya HARAPAN KAMI!! Ketam Goreng Cili ! Memula aku tengok member aku ambik setengah ekor... dia rasa! aku tengok muka dia... berkerut semacam jer.... aku tanya sedap ke? Dia kata TAK SEDAP!! Hehehehe... aku dah agak dah... sebab aku tengok kuah cili yang bersalut kat badan ketam tu pun aku dah tau.. cili tu mentah tak masak!!.. kalau perot tak tahan.. sure sakit perot!! so aku ambik keputusan untuk TIDAK MERASA ketam tersebut!! aku nie sebenarnya SANGAT HANTU dengan ketam... dan aku EXPERT gak la merasa kesedapan masakkan yang berasaskan ketam.. selalu aku masak sendiri jer!! Tapi bila orang lain masak tak sedap.. memang kena pukulan maut la dengan aku!! TAK SEDAP!

So kesimpulan yang aku boleh cakap kat MEDAN IKAN BAKAR JERAM ini.. SEAFOOD diaorang sangat FRESH dan TERBAIK .. itu aku sangat mengakuinya. TETAPI masakkan dia segala-galanya tak kena dengan citarasa aku. Mungkin tukang masaknya tak boleh nak kosisten dalam masakkan diaorang sebab orang yang makan terlalu ramai. So diaorang masak dengan CinCai sajor lor.... masakkan diaorang tu dah takdek nilai kasih sayang dah.... sebab tu tak sedap!! tapi yang aku puji adalah harganya tak mahal... kitaorang makan 5 orang dalam RM200++ jer.. OK la... reasonable boleh terima dek akal la..

Jadi sesiapa yang nak CUBA TRY TEST boleh jer!! Mungkin citarasa kita berbeza!
Boleh contact no berikut untuk tempahan meja

Idris Abd Jalil - 012-2866277
Shohaimi Jalil  - 012-2362467
Faridah           - 012-3878375


Read more...

Mee Udang Banjir - Sungai Sireh Tanjong Karang


Mee Udang Banjir - Sungai Sireh Tanjong Karang

Minggu sudah aku bercuti tanpa dirancang, memula aku memang apply Annual Leave sebab aku dikehendaki menghadiri kursus di Bangi. Tapi last minit boss tak bagi aku pergi plak sebab ada menda lain yang lebih penting untuk aku settlekan. Cuti before kursus plak dah approve... free-free jer la aku melanggak tak tau nak buat apa. Jadi aku pergilah jejalan sorang-sorang ke Kuala Selangor tengok Movie "Olympus Has Fall ".. Best gak citer tu... 

On the way balik dari Kuala Selangor ke Sekinchan sempat aku singgah kat kedai Mee Udang Banjir Sungai Sireh. Selalu lalu lalang jer kedai nie tapi tak berkesempatan nak singgah. Kedai nie bukak dari jam 2.00 ptg sampai malam. Terletak bersebelahan Masjid Sungai Sireh, kalau dari Kuala Selangor kedai tu blah kiri kalau dari Sungai Besar blah kanan. 

Aku order Mee Udang Banjir. Initial dish kedai nie... 
Rasa Mee Udang dia boleh tahan.. kuah dia pekat dan rasa sedap...  potion dia pun just nice..cukuplah untuk pewot aku rasa kenyang. Cuma yang aku nak komen pasal Mee Udang nie , Udang yang digunakan bukanlah Udang Putih ( Udang Laut )  tetapi Udang Kolam ( Udang Ternak ). So rasa udang tu tak berapa nak KICK!!.. aku nie dah la hantu seafood... semua jenis FAMILY dan Spesis Udang aku leh kenal.. walaupun udang tu dah masuk kuali pun aku tau jenis udang apa yang digunakan.  Cadangan aku untuk tokey kedai nie, bagi pilihan kat customer untuk memilih UDANG KOLAM ke UDANG PUTIH? Aku rasa  nak carik supplier udang bukan susah, kat Bagan Sekinchan  or Bagan Tg Karang tu berlambak peraih udang ada kat jeti. 

Walaupun Udang Putih tu mahal sikit harganya... janji puas hati untuk pelangan yang ingin menikmati udang  yang manis dan segar yang terbaik dari laut. 

Harga untuk semangkuk Mee Udang Banjir kat sini RM6.50. Sesiapa yang nak cuba bolehlah.. bila hujung minggu ramai gak orang singgah kat sini makan.. maksudnya sedap la tu kan?.. cuma taste aku agak cerewet sikit...

Rate aku leh bagi 3 STAR from 5.









Read more...

Kedai Makanan Thai Muslim Setapak


Kedai Makanan Thai Muslim Setapak

Bertahun aku tinggalkan blog ini bersawang dan tidak berpenghuni walaupun berpengunjung.. bile aku tgk counting beratus ribu gak org berkunjung kat blog aku nie rupanya.. so aku ambik keputusan utk aktifkan balik cerita blog ini...  cuma aku tukar TEMA dia sikit.. dari Travel Blog kepada Travel & Makan-Makan Blog..

Posting pertama aku :) Korang mencari makanan Thailand yang sedap dan murah di Kuala Lumpur?.. adalah dicadangkan kedai makanan Thai Muslim Jalan Genting Klang Setapak. Terletak sederet dengan Kenny Rogers dan berhadapan Public Bank Setapak ( Tepi Jalan )...

Kelmarin aku dgn geng kaki makan singgah kat kedai ini.. seperti biasa kami order menu febret Ikan Siakap Stim Lemon, Kerabu Mangga, Daging Goreng Bawang Putih dan Tomyam Seafood.

Kerabu Mangga - Kerabu Mangga aku bagi gred A-. Sedap sebab mangga dia ranggup dan masam-masam manis. Terasa perahan jus lemon yang digunakan berserta ikan bilis dan kacang tanah goreng yg membantu air kecur liur. SEDAP!!

Siakap Stim Lemon - Ikan Siakap segar yang digunakan utk masakkan ini memang terbukti terbaik. Rasa ikan yang fresh dikukus bersama perahan air limau nipis dan cili padi yang berterabur banyak gile!! sapa yang tahan pedas mmg tak jadi masalah.. tapi yang tak tahan pedas.. makan isi ikan tu jer.. dan rasa-rasa kuah sikit.

Daging Goreng Bawang Putih - Aku mmg tak pernah jumpa menu ni kat mana-mana tempat. 1st time aku rasa adalah kat kedai ini. Rasanya sangat sedap!!! Daging tu digoreng ranggup bersama halia. Rasa daging tu  mcm dah sebati dengan bawang putih tu. Bau aroma bawang putih goreng bercampur dgn daging membuatkan selera mulut aku bertambah-tambah membuak-buak! MESTI CUBA!! 

Tomyam Seafood - Kalau gi restoran Thai sure tak sah kalau tak order Tomyam kan? Tapi tomyam kat sini tak bape best!! Aku agak diaorang dah masak banyak-banyak.. pastu bile orang order tinggal cedok jer kat kawah masuk dalam mangkok pastu panaskan. Buktinya isi udang tu dah kecot akibat OVER COOK!! Buah tomatonya juga dah hampir hancur sebab terlalu lama sgt di masak!... So takyah cuba Tomyam sini... TAK BEST!!

Selamat bersantap... :)













Read more...

Sekapur Sireh Seulas Pinang




Sekapur Sireh Seulas Pinang

Alhamdulillah berakhir juga marathon selama 4 bulan untuk aku menyiapkan blog "Ole Ole Terengganu Kite" ini. Seronok rasanya kerana dapat menyiapkan blog ini walaupun blog aku tidak sehebat blog peserta lain. Tetapi kepuasan dalam menyiapkan bagi memenuhi objektif penganjur mengajar aku tentang banyak perkara terutama mengenali Negeri Terengganu dengan lebih dekat lagi. Sebagai anak jati Selangor sememangnya pengetahuan aku tentang kebudayaan dan tempat-tempat menarik di Negeri Terengganu masih cetek, namun sejak aku menyertai pertandingan mencipta blog untuk Negeri Terengganu ini sedikit sebanyak memberi aku pengetahuan tentang keistimewaan Negeri Terengganu Darul Iman.

Memang sesuatu yang sangat mencabar apabila ingin membuat sebuah blog yang menarik apabila bahan untuk membuat blog ini sukar diperolehi terutama gambar-gambar yang menarik. Jarak memang membataskan untuk aku dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk mengambil gambar sendiri dan dijadikan bahan blog, namun sesungguhnya Internet sememangnya dunia tanpa sempadan. Ramai pelayar internet yang bebesar hati berkongsi hasil gambar mereka untuk dikongsi bersama pembaca blog aku. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan dari flickr.com dan Photobucket yang membenarkan aku menggunakan gambar mereka, bak kata mereka " Sharing is Caring".

Negeri Terengganu sememangnya sangat istimewa di hatiku. Kali pertama aku berkunjung ke Terengganu adalah 7 tahun lepas ketika melawat Pulau Redang. Aku masih ingat lagi bagaimana aku mengenali Pulau Redang melalui sebuah filem Taiwan iaitu "Summer Holiday".Filem yang memaparkan keindahan Pulau Redang benar-benar membuatkan hatiku tak sabar untuk melihat sendiri kejernihan laut dan pasir memutih di Pulau Redang. Sejak itu Terengganu menjadi destinasi wajib untuk aku datang melancong. Sejak itu juga setiap tahun aku akan berkunjung ke Pulau Redang tanpa mengenal jemu. Mungkin ikan-ikan dan batu karang di Pulau Redang pun sudah kenal muka aku.

Menjadi blogger ini juga membuatkan minda aku terbuka dengan lebih luas bagi meneroka kepelbagaian budaya di Terengganu. Mengenali adat budaya, makanan, seni bina, air terjun, pulau-pulau dan pantai-pantai di Negeri Terengganu. Banyak tempat menarik di Terengganu yang tidak aku ketahui sebelum ini dapat aku terokai dengan berkongsi pengalaman dengan blogger lain. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca blog "Ole Ole Terengganu Kita", sahabat handai yang tak putus-putus menyokong aku dalam menulis blog dan kepada semua kawan-kawan blogger yang sudi berkongsi cerita, gambar dan pengalaman. Tak lupa juga kepada semua Follower blog ini!! Sayang korang semua!!

Sesungguhnya Terengganu sememangnya sebuah negeri bertuah kerana segala-galanya terdapat disini, kurniaan alam semulajadinya memayungi dari laut ke darat. Rakyatnya pula kaya dengan budi bahasa dan kegigihan mereka bekerja memang cukup aku kagumi. Bertuah dan bersyukur kerana Allah telah mengurniakan pelbagai keistimewaan kepada Negeri Darul Iman ini. Semoga Terengganu akan lebih maju dan makmur serta dirahmati oleh Allaw S.W.T. AMINNNNNNN!!!



Read more...
Category: 15 comments

Tasik Kenyir Pulau Bebas Cukai





Pengisytiharan Tasik Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai yang dijangka pada tahun 2012 akan mengubah landskap Tasik Kenyir daripada pusat memancing dan alam sekitar kepada tempat membeli belah tersohor setanding dengan Pulau Langkawi , Pulau Tioman dan Pulau Labuan . Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mewujudkan sebuah kawasan bebas cukai di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini.

Menurut perancangan pihak Kerajaan Negeri Terengganu bercadang akan membina Kompleks Bebas Cukai dan Kompleks Kastam di Pulau Bayas. Selain itu kerajaaan Negeri juga akan mewujudkan rangkaian gedung yang akan menjual barangan berkualiti yang berkonsepkan jualan kilang. Status Pulau Bebas cukai ini dijangka akan menarik minat pelancong ke Tasik Kenyir yang selama ini hanya mampu menarik pelancong yang gemarkan keindahan alam semulajadi.

Diharap peruntukan sebanyak RM100juta yang disediakan untuk membangunkan prasarana pelancongan di Tasik Kenyir yang mempunyai pelbagai tarikan sedia ada seperti Taman Orkid, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Taman Herba, Taman Burung, Taman Anggur, Taman Rama-Rama dan bakal dibina Taman Tema Air di Pulau Besar Tasik Kenyir. Di samping itu Kerajaan Negeri juga bercadang akan membina 300 unit chalet 3 hingga 5 bintang di Pulau Serindit.

Sesungguhnya kawasan Tasik Kenyir yang mempunyai 340 pulau ini sememangnya harus di beri perhatian dan di majukan bagi menambah destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu. Ini bukan sahaja akan menjana ekonomi Negeri Terengganu sekaligus akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu itu sendiri. Semoga Tasik Kenyir akan menjadi terkenal seperti mana Pulau Langkawi suatu hari nanti... AMINNNN!!!



Read more...

Taman Tamadun Islam





Taman Tamadun Islam - Kuala Terengganu

Berkunjung ke Terengganu tidak sah kalau tidak singgah ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian dari projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar persisir pantai yang terkenal di dunia. Taman Tamadun Islam merupakan sebuah taman yang dibina berdasarkan taman kembara interaktif monumen-monumen Islam yang terkenal dari serata dunia. Sudah tentunya Taman Tamadun Islam ini memberikan pendidikan dan hiburan berinformatif tentang destinasi-destinasi Islam dan perkembangan serta pengaruh Islam yang dari serata dunia di satukan di taman ini.




Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon iaitu Zon Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Taman ini bukan sahaja menjadi taman tema pertama yang mengiktiraf keindahan senibina islam ianya juga menempatkan 21 replika bangunan yang berkaitan dengan sejarah Islam dari seluruh dunia. Tarikan utama Taman Tamadun Islam ini termasuklah Masjid Negara ( Malaysia ), Masjidil Haram ( Arab Saudi), Dome of Rock ( Palestin ), Al-Hambra Citadel ( Sepanyol ) dan Taj Mahal ( India ).

Selain Masjid-masjid yang terkenal di dunia dipamerkan dalam bentuk replika di sini terdapat juga Mimbar Kalyan ( Uzbekistan ), Makan Abu Nasr (Afghanistan) Mimbar Berputar Samarra ( Iraq ), Majid Mohd Ali ( Khaerah) Aleepo Citadel ( Syria), Masjid Kul Syarif ( Russia ) Mimbar Xian ( China) Masjid Besar Agadez ( Nigeria dan Masjid Besar Qairawan dari Tunisia. Semua monumen-monumen keagungan islam ini dibina dengan teliti dan menyerupai mercu tanda asal monumen tersebut.







Ikon bagi Taman Tamadun Islam di sini adalah Masjid Kristal yang menjadi lambang kebangaan rakyat negeri Terengganu. Masjid yang diperbuat daripada kaca besi dan kaca ini dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Febuari 2008. Masjid pintar pertama di Malaysia ini berkeluasan kira-kira 2,146 meter persegi dan mempunya kemudahan Wi-FI serta dilengkapi pasarana canggih. Pada satu-satu masa masjid ini mampu menampunng sejumlah 700 orang jemaah . Masjid ini juga menyediakan kemudahan internet dan pengunjung boleh membaca Al-Quran elektronik yang disediakan pihak masjid.


Untuk tempahan sila hubungi : +609-6278888 or email sales@tti.com.my


Read more...

Pantai Kemasik





Pantai Kemasik

Pantai Kemasik mendapat nama dari Sungai Kemasik yang mana muara Sungai Kemasik ini menganjur ke pantai yang terletak di Laut China Selatan. Pasir pantainya yang kuning keemasan, angin laut menderu dan laut yang membiru sungguh memberi ketenangan kepada pengunjung pantai ini. Apabila air laut surut terbentuk alur Sungai Kemasik yang mengalir menuju ke laut dan terdapat bongkah batu kecil berhampiran muara sungai ini yang terbentuk secara semualajadi akibat hakisan. Bongkah batu unik ini sudah semestinya menjadi fokus utama mereka yang membawa kamera untuk mengambil gambar. Bongkah batu ini seolah-olah menjadi mercu tanda kelainan yang terdapat di Pantai Kemasik ini.





Muara Sungai Kemasik ini juga menjadi tempat pendaratan bot-bot nelayan yang unik dan berwarna warni menambah seri pemandangan indah sekitar pantai ini. Nelayan-nelayan disini akan membawa naik hasil tangkapan laut dan dijual kepada orang ramai yang berkunjung ke sini. Pantai Kemasik ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat riadah mereka di waktu petang. Pengunjung juga boleh mendirikan khemah dan berkelah di pantai ini. Pelbagai jenis kemudahan untuk orang ramai juga di sediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Terdapat taman mini dan taman pemainan kanak-kanak membolehkan kawasan pantai ini sesuai menjadi tempat riadah keluarga. Kanak-kanak juga boleh bermain layang-layang disini memandangkan angin laut agak kuat bertipu ke darat.




Pada waktu petang pula biasanya sekitar Pantai Kemasik ini menjadi tumpuan anak muda tempatan datang untuk bermain bola tampar pantai dan bermain bola sepak pantai. Bagi mereka yang ingin menjamu selera terdapat juga beberapa buah gerai yang didirikan penduduk tempatan menjual pelbagai makanan ringan seperti keropok lekor, mee goreng, nasi lemak dan sebagainya.



Arah untuk sampai ke Pantai Temasik ini adalah apabila perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, sampai sahaja di sempadan Negeri Terengganu dan Negeri Pahang anda akan melalui Pekan Kemaman dan menuju terus ke Pekan Kijal. Apabila sampai di Awana Kijal Beach Golf & Spa Resort tuju ke depan lagi kira-kira 3 minit memandu dan anda akan nampak papan tanda "Pantai Kemasik" dan belok ke kanan terus ke Pantai Kemasik.


Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188
Fax: (609) 864 1688


Read more...

Festival Tanglung - Kg Cina



Festival Tanglung 2010 - Kampung Cina

Bermula pada 12 September 2010 yang lalu Festival Tanglung 2010 peringkat Negeri Terengganu telah di adakan di Dataran Berkembar- Tapak Warisan Kampung Cina Kuala Terengganu. Festival yang berjaya menarik beribu-ribu pengunjung dari pelbagai kaum datang untuk menyaksikan pelbagai aktiviti pelancongan yang telah di adakan oleh pihak penganjur. Antara aktiviti yang diadakan adalah acara melepaskan Tanglung 'Kong Ming Deng' atau Tanglung Terbang, persembahan hiburan, perarakkan Tanlung dan pertandingan fotografi.



Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan Dataran Berkembar yang terletak di Tapak Warisan Kampung Cina bagi menarik pelancong agar mengenali kepelbagaian budaya dalam masyarakat di Terengganu. Kampung Cina yang kaya dengan cara hidup dan adat resam pelbagai kaum ini menjadikan ia satu tempat yang mesti dikunjungi oleh setiap pelancong yang datang melawat Terengganu. Berhampiran Kampung Cina ini juga terdapat sungai yang diterangi cahaya bergelapan membolehkan pengunjung menyusuri Sungai Terengganu menggunakan bot yang disediakan. Festival Tanglung ini juga diadakan bagi mewujudkan semangat Satu Malaysia di antara kaum dan boleh memupuk semangat cintakan budaya kaum lain sekaligus menerapkan semangat perpaduan serta kenegaraan yang kuat sesama rakyat. Kaum lain juga dapat mengenali budaya kaum lain dengan lebih dekat lagi.



Pesta Tanglung biasanya juga dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan yang mana akan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu antara akhir bulan Ogos atau akhir bulan September. Pada waktu ini biasanya bulan akan mengambang dan terang menjadikan ianya waktu yang sesuai untuk meraihkan perayaan ini. Kuih bulan pula adalah hidangan tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada adunan manisan yang berintikan kacang merah, bijih teratai atau kuning telur masin. Mengikut lagendanya pada era zaman Dinasti Mongol dahulu pesanan atau kod peperangan untuk memberontak disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan ini dan akhirnya strategi pemberontakan ini berjaya menumbangkan Dinasti Mongol. Bagi masyarakat Islam di Malaysia yang ingin menikmati kuih bulan tidak peru risau kerana terdapat kuih bulan yang disahkan Halal oleh JAKIM.

Antara lain penggunaan Tanglung "Kong Ming Deng" atau Tanglung Terbang ini digunakkan bagi memberi isyarat peperangan semasa pemberontakkan tersebut. Sehingga ke hari ini masyarakt Cina akan menerbangkan beratus-ratus Tanglung Kong Ming Deng ini ke udara dengan menulis hajat mereka di tanglung tersebut dan berdoa akan dimakbulkan.


Tanglung Terbang



Read more...
Related Posts with Thumbnails