Medan Ikan Bakar - Jeram Kuala Selangor



Medan Ikan Bakar - Jeram Kuala Selangor adalah antara medan ikan bakar yang femes di kalangan pengemar Seafood. Terdapat 2 medan bakar kat area ni, satu  Aroma Ikan Bakar Jeram dan satu Medan Ikan Bakar Jeram. Dedua aku dah pernah rasa masakkan diaorang. Since sabtu kelmarin kawan baik aku nak belanje makan-makan! Maka aku pun sugestkan Medan Ikan Bakar Jeram ini. Aku dah siap-siap booking meja kat kedai ini sebelum datang kerana menurut adik aku.. kedai ini kalau tak booking alamatnya memang tak dapat meja. Sekali aku sampai...MAK AI!! Manusia.. penuh!! semua meja penuh!! mcm orang tengok Ceramah Politik Anwar Ibrahim! ( hehehe) bila aku tanya kaunter meja booking aku dah takdek! sebab lambat 1/2 jam.. orang dah sapu abis!!... bayangkanlah seluas-luas alam kedai tu... satu meja pun takdek yang kosong! Tapi sebab dah excited nak makan gak... tunggu gak la meja kosong!




Ok aku cerita sikit cara-cara korang nk makan kat sini. Pertama sekali korang mesti kena ada MEJA & KERUSI dulu!! kompem dah dapat kerusi meja baru korang pergi kat PASAR depan kedai tu untuk pilih ikan segar. Ikan-ikan dan seafood sini mmg terbaek dari LAUT SELAT MELAKA!! Kompem FRESH GILER!! Korang boleh pilih ikan seperti TALANG, JENAHAK, SIAKAP, UDANG XXL, SOTONG & KETAM!! Lepas korang pilih cukup dalam besen, pekerja diaorang akan bagi NO MEJA. Pastu diaorang akan bertanya jenis-jenis masakkan yang korang gemari pada setiap seafood yang korang pilih. Pastu diaorang akan timbang ikan dan seafood ini bagi menentukan harganya. Settle fasa pertama buat order.




Lepas dah pilih jenis masakkan dan timbang.. korang boleh duduk dan order minuman sementara menunggu tukang masak settlekan keje diaorang. Agak lama gak la nak tunggu masakkan tu sampai sebab orang yang datang sini terlalu ramai!! mungkin aku datang masa WEEKEND or MUSIM BONUS kot! Semua orang nak makan besar... SABAR! SABAR! dan terus bersabar!!..




OK now masa untuk aku mengomen satu-satu menu yang kitaorang order untuk santapan pewot malam tu. Menu pertama IKAN SENANGIN 3 Rasa! seperti gambar di atas.. rasanya ikan tu sangat SEDAP MANIS dan SEGAR!! Ikan Senangin la pulak! IKAN PALING SEDAP & MAHAL dalam ketegorinya. Masakkan nya plak.. Ermmm TAK SEDAP!!.. rasa kuah dia sangat mendatar... aku cuba mencari rasa apakah yang melekat kat lidah aku nie... tapi mmg taste aku gagal menafsir untuk berkata WOW SEDAP! Mungkin cilinya tak cukup masak dan aku rasa kuah tu masih MENTAH!.. MENU nie aku bagi 2 Star from 5. GAGAL utk mengimpresskan aku!




Menu kedua pilihan member aku.. SIAKAP KUKUS!! lihat mata ikan tu terbeliak kena kukus!! korang rasa sedap tak kelihatannya ikan tu menganga sebegitu rupa?.. ternyata taste aku terlalu tinggi dan merasakann masakkan ini sangat la tawar dan tiada perasaan seperti berada di heaven pun bila aku menghirup kuahnya. Ikan Stim patutnya panas la kan? Bila MENU nie sampai dlm keadaan sejok dan nyaman... seakan-akan baru keluar dari bilik berhawa dingin bersuhu kutub utara.  TETTTTTT!! FAIL! OUT!!... 1 Star from 5. Sorry aku terlalu jujur.




SOTONG GOWENG TEPUNG!! Menu ke tiga... OMG!! Sotong yang aku pilih tadi bukan main segar dan ketat bergetah... tapi bila digoreng apakah yang telah terjadi?... kecut dan berminyak!!OVER COOK dan minyak yang digunakkan mengoreng dah kotor dengan keladak.. jadi hasil gorengan itu sesungguhnya mcm cendodok bawang goreng tepung jer!... Adoiii... FAIL lagik!! KECEWA betul aku!!




OK!! now MENU HARAPAN Bangsa!! UDANG GORENG BUTTER!!.. udang yang aku pilih tadi mmg best ah! FRESH SEGAR BUGAR!!.. now selepas digoreng bersama keriuk-keruik butter!! Sekali aku ngap.. tetiba kat kepala otak aku keluar lagu raya " Berlalulah sudah ramadhan... sebulan berpuasa".. kenapa udang ini rasa KUIH SEPERET?.... seryes aku rasa mereka menggunakan butter dengan kapasiti tinggi sehinggakan aku berada di suasana hari  raya kerana rasa SEPERET itu mengimbau citarasa hari raya la plak!! Adoiii... apa nak jadi nie? KECEWA untuk kesian kalinya...



MENU terakhir!!  Satu-satunya HARAPAN KAMI!! Ketam Goreng Cili ! Memula aku tengok member aku ambik setengah ekor... dia rasa! aku tengok muka dia... berkerut semacam jer.... aku tanya sedap ke? Dia kata TAK SEDAP!! Hehehehe... aku dah agak dah... sebab aku tengok kuah cili yang bersalut kat badan ketam tu pun aku dah tau.. cili tu mentah tak masak!!.. kalau perot tak tahan.. sure sakit perot!! so aku ambik keputusan untuk TIDAK MERASA ketam tersebut!! aku nie sebenarnya SANGAT HANTU dengan ketam... dan aku EXPERT gak la merasa kesedapan masakkan yang berasaskan ketam.. selalu aku masak sendiri jer!! Tapi bila orang lain masak tak sedap.. memang kena pukulan maut la dengan aku!! TAK SEDAP!

So kesimpulan yang aku boleh cakap kat MEDAN IKAN BAKAR JERAM ini.. SEAFOOD diaorang sangat FRESH dan TERBAIK .. itu aku sangat mengakuinya. TETAPI masakkan dia segala-galanya tak kena dengan citarasa aku. Mungkin tukang masaknya tak boleh nak kosisten dalam masakkan diaorang sebab orang yang makan terlalu ramai. So diaorang masak dengan CinCai sajor lor.... masakkan diaorang tu dah takdek nilai kasih sayang dah.... sebab tu tak sedap!! tapi yang aku puji adalah harganya tak mahal... kitaorang makan 5 orang dalam RM200++ jer.. OK la... reasonable boleh terima dek akal la..

Jadi sesiapa yang nak CUBA TRY TEST boleh jer!! Mungkin citarasa kita berbeza!
Boleh contact no berikut untuk tempahan meja

Idris Abd Jalil - 012-2866277
Shohaimi Jalil  - 012-2362467
Faridah           - 012-3878375

6 comments:

Anonymous said...

Keep on writing, great job!

Feel free to visit my web site ... last minute vacation deals to hawaii

Anonymous said...

Howdy! Someone in my Facebook group shared this site with us so I came to give it a look.
I'm definitely enjoying the information. I'm book-marking and will be tweeting this to my
followers! Terrific blog and amazing design.

My web blog - leb4host.com

princess lyra said...

sorry to say, ikan bakar jeram mmg pung da x besh...harga pun xleh blah...maybe depa da tukaq tukang masak kut...hehehe...anyway, gi mkn ikan bakaq kat perlis lg besh...hihi..jauh r plak eh...tp berbaloi jauh sbb cdap n harga boleh blah ag wlu mkn reramai...lagi berbaloi2...keep on writing...nk gak try test tempt2 besh neh...

Anonymous said...

I went to Aroma Ikan Bakar last june.. ordered the same menu... mmg taste dia rasa yg macam tertulis ni jugak...there semua rasa tak kena... cuma enjoyed tempat makan kat pondok kecik tu jer...
Ada sesapa boleh suggest other seafood shop kat area Jeram / Kuala Selangor?

Anne Rihann said...

sy org jeram, dua2 tempat ni ada mknn yg besh, tgok pada selera n expectation korang la :) tp paling simple n lepak sembang2 lama bole mkn kt selera corner pantai remis.
http://rai-raihannah.blogspot.com/2013/02/restoran-selera-corner-pantai-remis.html

Bukan Perempuan Idaman Kamu said...

hahahahahhahaha saya baca ni tergelak gila2 tgh survey tempat nak pekena seafood

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails