Kembara Pulau Perhentian -2nd Day



Hari ke-2 aku dan bersama-sama rakan lain bercuti di Pulau Perhentian. Seawal pagi aku dah bangun dan bersarapan di anjung resort yang mengadap laut nan membiru. Rasa segar udara laut dan bunyi ombak menghempas batu memang mendamaikan suasana pagi ini. Menu sarapan pagi yang disediakan resort adalah mee goreng, roti bakar, bubur nasi, pan cake, dan pelbagai jenis buah-buahan. Puas juga la sarapan pagi yang pelbagai... perut memang kena isi penuh-penuh sebab tak lama lagi kitaorang nak berendam kat laut.




Jam 10.00pagi adalah masa untuk snorkeling. Bot yang membawa kami snorkeling datang agak lewat dari jadual kerana masalah yang tak dapat dielakkan. Walaubagaimana kami tak sabar nak terjun berenang bersama ikan sambil menikmati keindahan dasar laut perhentian. Pelbagai spot snorkeling dah bermain-main kat kepala aku. Terutama nak berenang bersama penyu! Pengalaman yang aku belum pernah rasai lagi..








Lokasi pertama kami adalah Fish Point. Kat area ini memang banyak gila ikan. Yang paling aku kagum apbila melihat sekumpulan ikan yang agak besar berenang seiring dan jumlahnya yang aku rasa dalam 500-800 ekor bergerak berkumpulan dan memakan lumut-lumut di celahan batu karang. Lebih kurang 15 minit juga la aku mengekor kumpulan ikan ini. Fuuuhh!! BEST!! Ikan jenis apa aku tak tahu plak. Ikan area batu karang yang aku kenal Ikan Bayan, Peacock, Clown Fish ( Nemo) dan Dory Fish!.. lelain nama ikan aku tak pasti. Tapi kat sini aku perasan ada spesis bawal dan Ikan Selar Kuning.





Selepas itu kami beralih ke Shark Point. Tempat ikan yu berenang-renang manja. Jangan takut ikan yu kat sini tak menyerang manusia. Korang boleh melihat ikan yu ini dengan mata kepala sendiri. Macam dalam National Geographic tu!! Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ikan yu kelihatan agresif bila terbau ikan kembong yg dipecahkan perutnya. Mungkin bau darah ikan itu menarik perhatian Ikan Yu kat sini.





Seterusnya kami bergerak menuju Turtle Bay. Bila aku lihat sekitar Turtle Bay ini airnya biru gelap bermakna dasar laut ini agak dalam, tapi demi untuk melihat penyu aku terjun juga dan tak sia-sia bila seekor Penyu Agar dewasa sedang leka mencari makan di dasar laut. Aku berenang mengekori penyu itu berenang dan sesekali penyu ini berenang timbul di permukaan. Hanya beberapa kaki dari aku jer penyu ini berenang!! Best gila.... 1st time aku berenang dengan penyu!!... rupa-rupanya di permukaan ramai pengunjung yang memerhatikan penyu ini dari atas bot. Tapi aku rasa bertuah sebab dapat berenang bersama Penyu Agar kat sini. Kalau aku perhatikan penyu itu macam tak sedar kemujudan aku kat sebelah dia jer... selamba jer dia berenang tanpa menghiraukan aku. Mungkin penyu ni dah bosan tengok manusia selalu jengok dia kat situ. Apa pun gambar penyu kat atas tu aku pinjam dari blogger Rohaizat untuk dikongsi bersama. Thanks Aizat!





Lokasi terakhir kami adalah Light House. Di kawasan rumah api arus laut agak deras, mungkin air sedang surut. Di kawasan rumah api ini terdapat seketul batu karang gergasi yang besar tumbuh subur. Dicelah-celah batu karang besar ini pula terdapat batu karang lain yang tumpang sekaki. Ikan-ikan berwarna warni berenang bebas sekitar batu karang. Ikan yang menjadi tumpuan aku Clown Fish dan Dory Fish yang terkenal dalam cerita animasi Finding Nemo!! Comel gila ikan-ikan ini. Kat sini snorkeling agak penat gak la sebab arus deras terpaksa melawan arus. Aku juga terpaksa pakai Life Jacket untuk keselamatan. Walaupun aku terror berenang tapi lautan luas jangan di duga, beringat sebelum kena.. sebelum aku hanyut kat Laut China Selatan baik aku pakai Life Jacket nie awal-awal.







Petang selepas puas berehat kami menuju ke Long Beach iaitu pantai diseberang resort kami. Berjalan kaki lebih kurang 15minit melalui lorong jalan kaki yang disediakan. Long Beach memang ramai pengunjungnya terutama pelancong asing. Kami berjalan di gigi air sambil menghirup udara segar di sini. Long Beach memang ramai pengunjung dan antara tempat yang paling ramai dikunjungi pelancong terutama Mat Salleh. Berjemur nak itamkan kulit!!.. ada juga yang membuat istana pasir untuk mengisi masa lapang mereka. Sempat juga la menyapa Mat Salleh nama Mike dari Perth Australia ini yang sedang syok buat Istana Pasir dia..





Malam terakhir kami BBQ Dinner yang disediakan oleh pihak Resort. Makanannya boleh tahan, juga la sedapnya. Menu BBQ Ikan Bakar, Sotong Bakar, Ayam Bakar dan Hotdog BBQ. Oleh kerana sikit salah faham terhadap tempahan meja kami tempah awal-awal , pihak Resort telah menyediakan menu BBQ yang lebih special untuk kami iaitu menyediakan Udang Lopster secara pecuma!!.. wow!! sedap gila makan sampai puas!!.. Kekenyangan kami ronda sekitar pantai sambil menonton Beach Boy bermain api.. pastu balik tidor... Tidor!!! Selamat Malam!!










6 comments:

BOY said...

Yeah!! Pengalaman yang menarik dan tak dpt dilupakan!! nak g lagi.. Kepada yang tak pernh g... Panjangkan lah langkah kesana ek.. MCM2 ADA DIMALAYSIA!!! CUTI2 MALAYSIA!!!

Fikri Terengganu Paradise said...

Nael & Boy, Memang tak puas kalau pergi snorkeling, 2 jam terasa sekejap je. Lebih-lebih lagi kalau kita bawa roti (bungkus dalam kain jarang/berjaring supaya roti keluar sikit-sikit), pasti banyak ikan-ikan berwarna warni mengigit-gigit tangan kita. Orang-orang sebelah yang tak bawa roti pasti jealous dan datang menghampiri kita.. hehe.pas lah roti kat dia orang sikit :)

BOY said...

Setuju ngn fikri!!

kami said...

Tu la.. next time less sleep.. more snorkeling!! rasa rugi sangat tak snorkeling puas-puas!! Fikri.. kitaorang hari tu bawak gak roti!! kejap jer sapu bersih ikan kat sana...

Nael said...

kalau bercuti gi Pulau .. jgn dok tidor jer kat bilik... gi terokai semua lautan sebanyak yg boleh... !! baru puas!!

Anonymous said...

ne perhentian kecil ke besar??

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails