Posted by
Nael
Kalau pergi Terengganu memang tak sah kalau tak singgah kat Pasar Besar Payang yang terletak di Kuala Terengganu. Aku berkesempatan untuk berkunjung di Pasar Payang untuk membeli ole ole untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur nanti. Untuk mencari parkir sekitar Pasar Payang ini agak sukar jadi aku mengambil keputusan untuk parking berhampiran stesen bas Kuala Terengganu. Aku bersama rakan berjalan kaki lebih kurang 5 minit menuju ke Pasar Payang.
Pasar Payang terdiri daripada kompleks bangunan 2 tingkat yang mana di bahagian bawahnya menempatkan gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih muih tradisional dari negeri Terengganu. Pelbagai jenis kuih yang aku tak pernah rasa ada di jual di sini. Kuih popular seperti Kuih Akok, Che Mek Molek, Tapai Pulut Daun Getah, Sagoon, Bahulu, dan macam-macam lagi. Aku beli semua jenis kuih itu semata-mata untuk merasa kuih yang jarang aku dapat di KL. Di bahagian bawah Pasar Payang ini juga terdapat jenis barangan makanan yang di jual seperti keropok, asam jerok, buah-buahan, pelbagai jenis serunding dan sebagainya. Keropok lekor yang popular pun ada di jual di sini.
Peniaga di sini juga ada menjual telur penyu.. Harga sebiji RM3.00. Sebenarnya aku teringin juga nak makan telur penyu tapi bila fikirkan balik penyu dah hampir pupus kat dunia ini aku batalkan jer la niat aku tu. Bukan apa! cuma nak rasa jer macam mana rasanya... member aku kata rasa macam kesat-kesat berpasir.. Hehehehehe TAK NAK LAH!.. SAVE OUR PLANET!! SAVE TURTLES!! DONT EAT THEM OK!! EAT CHICKEN AJER!! Hahahahaa
Berbalik cerita Pasar Payang, di tingkat 2 Pasar Payang ini pula menempatkan gerai-gerai menjual barangan kraftangan dan tekstil terutama dari Terengganu. Kalau nak mencari kain Batik yang cantik dan berkualiti memang inilah tempatnya. Rata-rata kedai di tingkat dua ini menjual pelbagai jenis kain terutama hasil batik dan songket. Kain Songket Terengganu yang terkenal dengan tenunannya yang halus dan berkualiti juga ada di jual di Pasar Payang. Kain Songket tenunan tangan lebih mahal harganya dan mencecah ribuan ringgit. Jadi tak perlu risau kerana kebanyakkan kedai di sini menerima kad kredit. Jadi tak perlu lah nak bawak wang tunai yang banyak kalau nak shooping songket yang harga ribu-ribu tu. Setelah puas aku ronda-ronda sekitar pasar payang tangan pun dah penuh dengan barang-barangan yang aku beli... sampai masa untuk pulang. Jom!! balik... kalau ikotkan hati selagi tak habis duit kat dompet ini selagi tu tak berhenti shooping!! sebabnya.. barangan kat Pasar Payang ini murah berbanding harga kat KL.

Category:
Makanan Tradisi,
Membeli Belah,
Rekreasi
7
comments
7 comments:
Ape itu 'parkir'typo error erkk. then ada dua kali ayat dibahagian bawah tu..
Kami... Parkir tu istilah bahasa Melayu untuk "Parking".... tak silap la!! ada dalam kamus dewan..
Thanks for teguran..
Kalau gi Pasar Payang nie!! kena bawak duit banyak!!... semua mende pun nak beli!! Rambang mate....
Che Mat!! kalau gi Pasar Payang boleh guna kredit kad jugak!!!
Keropok banyak jual kat sini...!!
byknyer benda2 yg dijual kt sini yg tk penah jumpa kt luar....love it!!!
Betul.. segala-galanya ada di Pasar Payang!!
Post a Comment