Songket Terengganu



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Hari ini aku nak bercerita tentang Songket Terengganu. Songket memang sudah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 lagi. Songket adalah kain yang terhasil dari tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau benang perak. Perkataan Songket adalah dari perkataan 'Menyungkit' yang mana benang perlu di tenun dan disongkit bagi menghasilkan kain. Biasanya corak dan motif songket adalah berciri-cirikan budaya orang Melayu dan sekaligus melambangkan cita rasa orang Melayu yang bercorak susunan bunga penuh, susunan bunga tabur dan susunan bercorak. Songket Terengganu biasanya bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bermotif alam semulajadi dan motif binatang.


Pada minggu lepas semasa percutian saya ke Terengganu sempat aku singgah ke Pasar Payang di Kuala Terengganu dan melihat-lihat Songket Terengganu yang terkenal dengan tenunan tangan yang halus. Terkejut bila penjual songket memberitahu bahawa songket yang aku belek-belek itu berharga RM10,000.00 sehelai. WOW!!! Percaya atau tidak songket yang berkualiti tinggi harganya boleh mencecah sehingga RM100,000.00. Menurut penjual itu harga songket menjadi mahal apabila material yang digunakan adalah dari benang emas atau benang perak berkualiti tinggi dan benang sutera yang digunakan juga dari yang istimewa. Bergitu istiwewa dan mahal sekali hasil seni dan kreativiti orang Terengganu kan. Walaubagaimanapun masih banyak songket yang kita mampu milik di jual di sini. Jangan risau!. Harga dalam lingkungan RM100-RM500 bagi aku lebih berbaloi untuk aku beli untuk dijadikan sampin hari raya nanti.

Corak Tenunan Kain Songket Terengganu banyak berunsurkan tumbuh-tumbuhan

Pelbagai jenis songket berkualiti ada jual di Pasar Payang Kuala Terengganu


13 comments:

BOY said...

Hurm... RM100k ek... Cam ner la rupanya songket tue... Kalo 9K or 10k pun dah rasa cam mahal sgt2.. nieh kan RM100k.. Rasa2 nyer kalo pakai mesti kepuasan nyer lain kan...

CheMat said...

Entah la.... tarok dlm Almari kaca buat pameran jer....

Nael said...

Hasil tenunan yang halus dan jenis benang yang digunakkan membuatkan Songket Terengganu terkenal kerana kualitinya...harga mahal pun janji berbaloi...

BOY said...

Tapi tertanya gaks.. cam ner la rasa nyer cam ner ek kalo pakai tenunan yang bernilai RM100k tue.. Kalo i mampu beli pun i simpan kot buat hasil turun menurun..

Nael said...

Tak sangka ada orang Ciplak gambar dgn hasil blog aku !!.. huhuhuhuhu!!

Anonymous said...

kalau kat KL Songket kalau nak carik kat Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan Masjid India... kalau nak raya berlambak-lambak songket ada.. tapi mesin punya la...

cikmid said...

Mahalnya songket Terengganu erk!! tapi patut pun la mahal.. seni halus buatan tangan... padanlah dengan harganya...

CheMat said...

Alah membeli menang memakai...

kami said...

Mahainya!! berbaloi-baloi!!!

Nael said...

Beli sekali jer.. lepas tu boleh warisakan kat anak cucu....

Anonymous said...

love songket but too expensive!!!! hahaha...

aisya zaharin said...

Mahal boleh wariskan kat anak cucu...

Nael said...

Berbaloi-baloi!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails