Gasing Terengganu



Bila sebut jer permainan gasing, teringat aku permainan kegemaran aku ketika zaman sekolah dulu. Bab pangkah memangkah gasing memanglah kepakaran aku. Lebih-lebih lagi kalau dapat pangkah gasing lawan sehingga terbelah, Pergh!! memang satu kepuasan rasanya. Tapi itu gasing yang aku main pada zaman kanak-kanak. Kecil molek gasing jantung yang aku main zaman dulu-dulu. Tetapi kali ini aku nak bercerita tentang permainan gasing untuk orang dewasa iaitu gasing piring yang popular di pantai timur terutama di Terengganu.

Gasing Piring ni sebesar pinggan dan di perbuat daripada kayu mempunyai berat dalam anggaran 5kg setiap satu. Selain itu untuk memberi keseimbangan pada putaran gasing itu logam timah di lekatkan pada badan gasing itu bagi menghasilkan bunyi yang mengerunkan pihak lawan. Seseorang itu perlu mempunyai kekuatan, keseimbangan dan kemahiran yang tinggi semasa bermain gasing. Seorang pakar pemain gasing mampu memusingkan gasingnya selama 2-3jam pada setiap sekali lontaran.





Setiap lontaran gasing perlu diangkat, disini kemahiran pemain gasing mengangkat juga memainkan peranan penting. Sebelum gasing diangkat , pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan gasing tu. Menentukan liuk adalah mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan di angkat dan arah pusingan juga perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan gasing itu. Mengangkat gasing biasanya dilakukkan menggunakan cokok atau tali. Untuk gasing yang leper dan berat biasanga cokok akan digunakan. Kedudukan gasing semasa hendak di angkat juga perlulah dalam keadaan tegak kerana gasing yang mempunyai kedudukan mengiring apabila di angkat kelajuan pusingannya akan berkurangan dan menjejaskan keligatan gasing itu berpusing. Jadi gasing siapa yang paling lama berpusing akan di julang sebagai pemenang.

Setiap tahun pertandingan gasing akan di adakan di sekitar daerah-daerah Terengganu bagi memperkenalkan dan mengekalkan seni permainan tradisional orang melayu pada generasi muda. Walaupun zaman sekarang serba canggih dengan adanya pelbagai pemainan moden di harap generasi muda akan mengenali dan menyambung warisan unik nenek moyang kita dahulu.



2 comments:

Qayiem said...

Tak pandai main gasing!! PSP pandai la...

Maz said...

ada tak orang perempuan main gasing?...

^^ hehehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails