Masjid Putih Zainal Abidin



Semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur aku dan beberapa orang rakan sempat singgah ke Pasar Payang Kuala Terengganu untuk membeli buah tangan. Aku parkir kereta berdekatan dengan stesen bus Kuala Terengganu dan reramai berjalan kaki menuju ke Pasar Payang yang tidak jauh dari Stesen Bas Kuala Terengganu. Dalam perjalanan aku ke Pasar Payang aku terlihat sebuah Masjid Putih bersih yang unik senibinanya. Aku mendekati masjid tersebut dan mengambil beberapa keping gambar untuk di jadikan kenang-kenangan. Cantik sungguh senibina Masjid ini di tambah dengan latar belakang langit yang membiru menambahkan pesona masjid ini lagi.



Masjid yang aku maksudkan adalah Masjid Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih. Menurut sejarahnya Masjid Putih asalnya dibina oleh Al-Marhum Sultan Zaian Abidin II antara tahun 1793-1808 semasa kedatangan syiar islam di bumi Terengganu. Pada awalnya masjid ini dibina daripada kayu namun pada sekitar tahun 1852 bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat daripada batu. Pada tahun 1972 masjid ini sekali lagi di ubah suai pembinaannya dan diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin ramai. Dalam proses pengubahsuaian masjid ini tutrut didirikan sebuah menara yang tinggi dah beberapa kubah.

Keunikan masjid ini adalah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Quran dan doa-doa membentuk awan larat yang dipasang di atas pintu dan di sisi masjid. Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat yang menarik. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini. Mimbar masjid ini juga mempunya seni ukir tradisional yang unik dan menarik. Beberapa menara dan kubah yang di bina pula berbentuk bawang dan di sisi bumbung induknya. Bumbung ini merupakan sebahagian daripada bumbung asal masjid ini yang dikekalkan senibinanya. Masjid ini juga adalah salah satu binaan yang tertua di Negeri Terengganu. Jadi sesiapa yang datang ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah di Masjid Zainal Abidin ini untuk bersolat.





Latar belakang langit yang membiru menambah seri Masjid Putih ini


Kubah unik berbentuk bawang ini memberi kelainan kepada Masjid Putih


Menara masjid ini juga berbeza dari menara masjid yang biasa kita lihat



7 comments:

kami said...

Nampak bersih sangat Masjid Putih nie.. mesti selalu nak kena cat putih...

Nael said...

Tu la nampak suci sangat!! di tambah dengan background langit Kuala Terenganu yang membiru...

Superb!!!

CheMat said...

Kalau solat Jumaat kat sini mesti penuh erk!! sebab kat tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu!

::naMaku steBen:: said...

aku nie asik nmpk masjid nie dr interter/blog. bile smpai sane mcm x jumpe plak...

Nael said...

ada.. masjid nie.. dedekat pasar payang...

Maz said...

hari tu kan kita sama-sama pergi pasar payang...
on the way ... steben tak perasan ker?

Anonymous said...

wow! masjid ni, putih suci & sht cntik bila background lagit biru tu >_<

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails