Posted by
Nael
Salam Satu Malaysia Semua!!!
Semasa kunjungan aku dengan rakan-rakan ke Terengganu yang lepas, aku sempat singgah ke Kampung Cina Kuala Terengganu. Secara kebetulannya pejabar Reef Redang Resort berada di barisan kedai Kampung Cina. Seawal jam 4.00pagi kami sampai ke Stesen Bus Kuala Terengganu dan kami di bawa oleh pemandu Redang Reef Resort untuk berehat di Rest House Reef Redang Resort sementara menunggu untuk bertolak ke Jeti Merang.
Setelah melepas lelah seawal pukul 7.00pagi kami berjalan sekitar Kampung Cina untuk mencari sarapan pagi. Disini aku dapat melihat keunikkan deretan kedai di Kampung Cina yang mempunyai seni bina lama yang masih utuh lagi. Bila aku Google rerupanya Kampung Cina yang aku lihat itu sebenarnya sudah wujud sejak kurun ke-15 lagi. Ia merupakan perkampungan perdagang Cina yang berdagang antara negara China dan Semenanjung Malaysia.
Kewujudan Kampung Cina ini juga membuktikan wujudnya hubungan perdagangan yang erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu satu masa dulu. Menurut sumber, seorang pelayar terkenal bernama Abdullah Musyi yang pernah singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan bahawa kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.
Di Kampung Cina ini juga terdapat dua tokong lama iaitu Ho Ann Kiong (1801) dan Tien Hou Kong (1896). Tokong yang berusia ratusan tahun ini dibina oleh masyarakat Cina dahulu bagi menjadikan tempat komuniti antara bangsa Hokkien dan Hainan. Tokong ini juga menjadi tempat keagamaan kepada masyarakat Cina di sini. Kedua-dua tokong ini juga dikatakan menjadi tempat perlindungan sementara bagi pendatang Cina satu masa dulu di mana mereka tidak mempunyai rumah dan penempatan.
Suasana di sekitar Kampung Cina sebenarnya tak banyak beza dengan perkampungan orang Melayu, aku boleh melihat Nonya-nonya separuh umur yang berehat duduk memakai kain sarong dan baju batik sambil memerhatikan anak cucu mereka bermain. Pengaruh budaya Melayu telah sebati dengan jiwa masyarakat Cina di sini dengan melihat mereka berpakaian dan bertutur fasih bahasa Melayu Terengganu. Maka tak hairan bila melihat mereka berselera menjamu makanan Melayu seperti Nasi Dagang dan Nasi Lemak.
Bagi aku Kampung Cina sangat berpontensi menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini. Seni bina bangunannya mempunyai nilai sejarah memang sangat berharga dan harus dipelihara supaya tidak ditelan oleh pembangunan. Kampung Cina ini juga menjadi lambang perpaduan kaum yang dapat sama-sama hidup harmoni di Malaysia. Kepada mereka yang belum sampai ke sini. Singgah la !! Aku dah dua kali sampai ke Kampung Cina.
Category:
Seni Bina,
Seni Warisan
7
comments
7 comments:
at least chinese culture yg ada kat sini unik gak...good posting
Datang kat area ini!! semua cina dia fasih bahasa Melayu Terengganu!!.. kagum!!!
Yeah... Cina fasih berbahasa melayu terengganu.. mengagumkan...
aku memang terkesima biler dengar masyarat cini disana bertutur dlm lorat ganu. Then pangalaman tak leh dilupakan biler sama2 dengan masyarat cina sarapan ngan menu yg sama sama seperti kita jugak. Anyway thank nael sbb berkongsi fakta sejarah asal pendudukan kaum cina disana
Pepagi tak jauh dari sini ada pasar pagi yang mana peniaga cina banyak menjual barang-barang keperluan masyarakat cina!!.. sarapan pagi sesama diaorang!! One Malaysia sangat!!
Pernah datang sini sekali dulu!!.. pagi-pagi sarapan dengan warung akak tu jual Nasi Dagang!!.. sedappp!!
Masyarakat cina di sini sangatlah peramah!!.. masa aku nak pergi Pulau Redang Uncle yang bawak kitaorang kat sini dengan senang hati bersembang dengan kitaorang walaupun masa tu jam 4.00pagi menyambut kitaorang sampai dari KL...
Post a Comment