Kampung Cina



Salam Satu Malaysia Semua!!!

Semasa kunjungan aku dengan rakan-rakan ke Terengganu yang lepas, aku sempat singgah ke Kampung Cina Kuala Terengganu. Secara kebetulannya pejabar Reef Redang Resort berada di barisan kedai Kampung Cina. Seawal jam 4.00pagi kami sampai ke Stesen Bus Kuala Terengganu dan kami di bawa oleh pemandu Redang Reef Resort untuk berehat di Rest House Reef Redang Resort sementara menunggu untuk bertolak ke Jeti Merang.

Setelah melepas lelah seawal pukul 7.00pagi kami berjalan sekitar Kampung Cina untuk mencari sarapan pagi. Disini aku dapat melihat keunikkan deretan kedai di Kampung Cina yang mempunyai seni bina lama yang masih utuh lagi. Bila aku Google rerupanya Kampung Cina yang aku lihat itu sebenarnya sudah wujud sejak kurun ke-15 lagi. Ia merupakan perkampungan perdagang Cina yang berdagang antara negara China dan Semenanjung Malaysia.

Kewujudan Kampung Cina ini juga membuktikan wujudnya hubungan perdagangan yang erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu satu masa dulu. Menurut sumber, seorang pelayar terkenal bernama Abdullah Musyi yang pernah singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan bahawa kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.




Di Kampung Cina ini juga terdapat dua tokong lama iaitu Ho Ann Kiong (1801) dan Tien Hou Kong (1896). Tokong yang berusia ratusan tahun ini dibina oleh masyarakat Cina dahulu bagi menjadikan tempat komuniti antara bangsa Hokkien dan Hainan. Tokong ini juga menjadi tempat keagamaan kepada masyarakat Cina di sini. Kedua-dua tokong ini juga dikatakan menjadi tempat perlindungan sementara bagi pendatang Cina satu masa dulu di mana mereka tidak mempunyai rumah dan penempatan.



Suasana di sekitar Kampung Cina sebenarnya tak banyak beza dengan perkampungan orang Melayu, aku boleh melihat Nonya-nonya separuh umur yang berehat duduk memakai kain sarong dan baju batik sambil memerhatikan anak cucu mereka bermain. Pengaruh budaya Melayu telah sebati dengan jiwa masyarakat Cina di sini dengan melihat mereka berpakaian dan bertutur fasih bahasa Melayu Terengganu. Maka tak hairan bila melihat mereka berselera menjamu makanan Melayu seperti Nasi Dagang dan Nasi Lemak.


Bagi aku Kampung Cina sangat berpontensi menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini. Seni bina bangunannya mempunyai nilai sejarah memang sangat berharga dan harus dipelihara supaya tidak ditelan oleh pembangunan. Kampung Cina ini juga menjadi lambang perpaduan kaum yang dapat sama-sama hidup harmoni di Malaysia. Kepada mereka yang belum sampai ke sini. Singgah la !! Aku dah dua kali sampai ke Kampung Cina.








Read more...

Festival Gamelan Sedunia



“ Kita mahu agar suatu hari nanti, negeri Terengganu bakal menjadi negeri peneraju serta negeri yang memayungi seni gamelan di negara ini. Sebut sahaja gamelan, maka tergambarlah negeri Terengganu!...”

YAB Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Sebelum aku bercerita tentang Festival Gamelan Sedunia ini lebih baik aku memperkenalkan serba sedikit seni muzik gamelan ini terlebih dahulu. Gamelan adalah himpunan alat muzik yang dimainkan iaitu metalofon, gambang, gendang dan gong.Perkataan "Gamelan" sebenarnya berasal dari perkataan Jawa "Gamel" iaitu memukul ataupun tukul. Sebab itulah orkestra gamelan kebanyakkan yang terkenal berasal dari Pulau Jawa, Madura, Bali dan Lombok Indonesia. Walaubagaimanapun muzik gamelan menembusi nusantara sehingga ke Malaysia seterusnya ke Eropah dan benua Amerika. Menjadikan ianya muzik universal yang didengar dan dinikmati keindahan alunannya sehingga ke pelusuk dunia.

Kostum pemuzik dan penari gamelan secara tradisinya amat menarik dan unik sekali. Biasanya pakaian penari gamelan melambangkan pakaian yang di pakai di istana satu ketika dulu. Pakaian penari wanita kelihatan lebih formal jika kita bandingkan dengan pakaian pemain-pemain alat muzik. Kalau kita perhatikan pakaian penari dan pemuzik gamelan dari dulu sehingga sekarang tidak banyak berubah. Inilah namanya keaslian dan tradisi lama tetap dikekalkan walaupun pakaian sekarang sudah melalui evolusi moden.



Festival Gamelan Sedunia telah diadakan di Terengganu baru-baru ini. Festival tiga hari yang bermula 23 hingga 26 Julai berjaya dianjurkan dengan jayanya dan disertai oleh 15 pemuzik gamelan dari serata dunia. Antara kumpulan gamelan yang telah menyertai festival ini termasuk dari Bali, Kepulauan Jawa Indonesia, Jepun dan kumpulan gabuangan negara Eropah. Festival Gamelan Sedunia ini adalah kali kedua diadakan di Terengganu sejak Simposium Gamelan Pertama telah diadakan pada tahun 2008.

Malaysia telah di wakili dari Akademi Seni Negeri Terengganu (ASENI), Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Badan Budaya Unimas (BAYU), Kumpulan Warisan Terengganu, Rthytm in Bronze (RiB), Hands Percussion Team dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). Dua kumpulan mewakili Indonesia iaitu Kumpulan Garasi Seni Benawa (Surakarta, Indonesia) dan Kumpulan Sanggar Singamurthi (Bali, Indonesia).

Festival ini juga dapat menjadi pemangkin dan memberikan hiburan yang bermutu tinggi kepada masyarakat tempatan khususnya pencinta seni gamelan. Muzik Gamelan ini juga dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk sama-sama menghayati muzik warisan nusantara ini. Jadi usaha kerajaan negeri Terengganu untuk menganjurkan festival ini nyata tak sia-sia kerana ia sekaligus dapat memperkenalkan budaya warisan dan keindahan alunan muzik gamelan ini dipentas dunia. Di harapkan festival ini dapat di anjurkan lagi pada masa-masa akan datang. Tahniah kepada penganjur.


























Read more...

Musim Durian



Musim durian adalah musim yang paling dinanti-nantikan oleh pengemar durian. Bila tiba musim durian maka di setiap penjuru mana pun durian akan di jual merata-rata bagi memenuhi pemintaan pengemar durian. Oleh kerana durian adalah buah bermusim hanya pada masa-masa tertentu sahaja kita hanya dapat menikmati keenakan raja buah ini sepuas-puasnya.

Di Terengganu juga tidak ketinggalan menerima tempias musim durian. Di berberapa tempat seperti Marang, Besut, Setiu, Pasar Payang Kuala Terengganu dan banyak lagi tempat di Terengganu menjual durian. Paling senang nak dapatkan durian pergi jer pasar malam atau pasar minggu dan pasar tani. Bila musim durian biasanya harga durian murah daripada harga hari biasa. Biasanya durian dijual secara Kilogram dan longgak. Kalau musim seperti sekarang ini harga durian sekitar RM2.00 sekilo atau lebih kurang RM20.00 selonggok.



Aku pun antara pengemar buah durian. Bila bau durian aku boleh pening-pening kepala tapi kalau makan tak reti nak berhenti plak. Jadi kat sini aku ingin berkongsi tips-tips memilih durian.

1. Kalau nak memilih durian memula kena pastikan buah durian yang di jual itu bersih luarannya. Maksudnya tak ada daun-daun kering atau tanah melekat pada duri durian tersebut.Ini kerana objek tadi boleh menghalang lubang-lubang ulat pada durian dari dilihat kita.

2. Goncang buah durian itu dan dekatkan dengan telinga. Jika dengar ulas durian berlaga bermaksud durian itu masak. Ini kerana apabila durian masak isinya akan mengecut dan meninggalkan ruang antara ulasanya.

3. Ketuk kulit durian dengan parang kalau bunyinya padat dan padu biasanya ulas durian itu masih muda. Sebab tu kadang-kadang penjual durian akan ketuk-ketuk dulu buah durian sebelum dia lubangkan untuk kita cuba. Tujuaannya untuk memisahkan isi durian dgn dindingya.

4. Cium bau buah durian itu!!.. cara yang biasa orang buat. Buah durian yang masak ranum biasanya akan mengeluarkan bau yang sedap untuk kita hidu. Cara hidu cuba cium bahagian bawah durian yang merekah sikit. Kalau tak ada bau bermaksud durian itu masih lagi muda.

5. Analisis duri buah durian itu sendiri. Kalau duri durian itu besar-besar biasanya isinya besar dan tebal. Tetapi kalau durinya kecil-kecil dan runcing biasanya isi durian itu mempunyai banyak bijik dah isi yang nipis.

6. Petua nak hilangkan bau durian di mulut dan di tangan selepas makan buah durian pula macam ni memula ambil kulit durian yang dah di makan isinya tadi, ambil sedikit air masak tuangkan di rongga kulit durian tu. Air yang bertakung pada kelopak durian tu minum airnya. Selepas itu basuh tangan dengan air baki tadi. Insyallah badan tak panas, bau mulut hilang dan tangan pun tak berbau durian.

Selamat Mencuba!!


Musim durian!!! berlonggok-longgok durian! boleh makan puas-puas


Wow!! Lemak manis!! Sedapnya!!





Read more...

Mencandat Sotong



Mencandat Sotong!!!.. Antara aktiviti semakin popular di Terengganu. Setiap tahun mencadat sotong menjadi aktiviti wajip dalam kalender pelancongan Terengganu. Mencandat sotong adalah satu kaedah menangkap sotong secara tradisi iaitu tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan yang dinamakan candat.

Kalau nak mencadat kena ada peralatan yang lengkap untuk mencandat iaitu alat yang dipanggil candat yang diperbuat daripada timah dan umpan tiruan yang seakan udang. Umpan tiruan ini diperbuat daripada plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna warni. Sotong ini sifatnya suka dan akan tertarik kepada cahaya.

Kebiasanya candat akan diikat dengan lapan hingga sepuluh mata pancing menggunakan tali tangsi atau tali pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist , udang dan candat siam. Setiap candat ini berbeza dari segi bentuk dan penggunaanya bergantung kepada kesesuaian keadaan. Sebabnya setiap jenis candat ini mampu menaikkan pelbagai spesis sotong yang berbeza seperti sotong telur, sotong torok, sotong jarum dan sotong mengabang. Sotong katak pun ada kalau nak tau...




Lokasi mencadat sotong yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di Terengganu adalah kawasan perairan Pulau Kapas, Cendering, Marang, Setiu, Besut, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu. Acara mencadat sotong biasanya berbula dari bulan April hingga Julai setiap tahun kerana laut pada bulan ini dalam keadaan tenang dan tidak berombak.

Waktu terbaik utk mencandat sotong adalah ketika mulanya matahari terbenam sehingga fajar menyinsing lagi galak waktu bulan mengambang . Jangan terkejut bila kena dengan lubuknya pencandat sotong yang mahir mampu membawa pulang dari 50Kg hingga beratus kilogram sotong semalam.

Setiap kali mencandat lampu akan dihalakan ke arah laut bagi menarik perhatian sotong, sementara itu candat akan di campak ke dalam air dan umpan candat perlu digerakkan serta di tarik bagi menarik perhatian sotong seolah-olah umpan itu adalah makanannya. Apabila umpan tiruan tadi ditarik sotong cecepat naikkan ke atas bot. Hati-hati ketika membuka mata kail dari mulut sotong kerana sotong pandai menembak dakwat hitam dari mulutnya.


Sotong Katak bersaiz besar!!!.. Goreng sedap ni!!


Peralatan mencandat yang diperlukan




Read more...

Gasing Terengganu



Bila sebut jer permainan gasing, teringat aku permainan kegemaran aku ketika zaman sekolah dulu. Bab pangkah memangkah gasing memanglah kepakaran aku. Lebih-lebih lagi kalau dapat pangkah gasing lawan sehingga terbelah, Pergh!! memang satu kepuasan rasanya. Tapi itu gasing yang aku main pada zaman kanak-kanak. Kecil molek gasing jantung yang aku main zaman dulu-dulu. Tetapi kali ini aku nak bercerita tentang permainan gasing untuk orang dewasa iaitu gasing piring yang popular di pantai timur terutama di Terengganu.

Gasing Piring ni sebesar pinggan dan di perbuat daripada kayu mempunyai berat dalam anggaran 5kg setiap satu. Selain itu untuk memberi keseimbangan pada putaran gasing itu logam timah di lekatkan pada badan gasing itu bagi menghasilkan bunyi yang mengerunkan pihak lawan. Seseorang itu perlu mempunyai kekuatan, keseimbangan dan kemahiran yang tinggi semasa bermain gasing. Seorang pakar pemain gasing mampu memusingkan gasingnya selama 2-3jam pada setiap sekali lontaran.





Setiap lontaran gasing perlu diangkat, disini kemahiran pemain gasing mengangkat juga memainkan peranan penting. Sebelum gasing diangkat , pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan gasing tu. Menentukan liuk adalah mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan di angkat dan arah pusingan juga perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan gasing itu. Mengangkat gasing biasanya dilakukkan menggunakan cokok atau tali. Untuk gasing yang leper dan berat biasanga cokok akan digunakan. Kedudukan gasing semasa hendak di angkat juga perlulah dalam keadaan tegak kerana gasing yang mempunyai kedudukan mengiring apabila di angkat kelajuan pusingannya akan berkurangan dan menjejaskan keligatan gasing itu berpusing. Jadi gasing siapa yang paling lama berpusing akan di julang sebagai pemenang.

Setiap tahun pertandingan gasing akan di adakan di sekitar daerah-daerah Terengganu bagi memperkenalkan dan mengekalkan seni permainan tradisional orang melayu pada generasi muda. Walaupun zaman sekarang serba canggih dengan adanya pelbagai pemainan moden di harap generasi muda akan mengenali dan menyambung warisan unik nenek moyang kita dahulu.




Read more...

Otak Otak Che Wan Kemaman



Otak-Otak!! pasti korang semua pernah merasa makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia. Semasa kunjunganku ke Terengganu baru-baru ini aku sempat singgah ke warung otak-otak paling popular di Kemaman iaitu Warung Otak-Otak Che Wan . Ini kali pertama aku datang ke Warung Otak-Otak Che Wan dan 20 meja yang disediakan di warung ini dipenuhi pelanggan. Terpaksa la aku dan rakan-rakan menunggu giliran .

Sedang aku dah terliur dengan bau aroma otak-otak yang di bakar dan dinikmati pelanggan lain. Aku agak terkejut juga bila melihat bertimbun 'Sarung' otak-otak yang ditinggalkan pelanggan atas meja. Dasyat betul diaorang ini makan. Aku jenguk juga gerai otak-otak yang berbaris di sebelah kiri kanannya, suasana tak semeriah restoran ini. Pelanggan Che Wan bertali arus dan tak menang tangan pekerja melayan. Tak sabar plak aku nak menikmati otak- otak Che Wan yang menjadi kegilaan ramai nie...



Apabila ada meja kosong cecepat aku dgn rerakanku yang lain sambar. Aku memesan otak-otak, satar dan pais ikan, tetapi kecewa bila satar sudah habis. Menurut pekerja di situ pada hari minggu biasanya satar dan otak-otak cepat habis. Warung Che Wan ini dibuka dari jam 2.00petang hingga 7.00mlm dan mereka hanya mampu menghasilkan 5,000 otak-otak dan 3,000 satar sehari kerana kerja membungkus otak-otak dan satar memenatkan dan remeh.

Bila otak-otak yang kami pesan sampai panas-panas disalut daun kelapa garing terbakar dikopek, aroma rempahnya menyusup rongga hidung, membuatkan airliur dan jus gaste di dalam perut aku merembes. Perghh!! memang sedap!! terasa isi ikan tenggiri yang fresh dan disalut rempah istimewa Che Wan sedap hingga menjilat jari. Patutlah orang seakan ketagih dengan otak-otak Che Wan. Tak hairanlah kenapa juga aku tengok pengunjung tak segan silu untuk order hidangan tambahan sehingga berlonggok sarung otak-otak atas meja mereka.

Sedap dan rasa tak puas aku order lagi satu set!! tapi dah habis!! aduhhh... tak puas makan dah habis! tak heran pun dah dekat pukul 6.00ptg. Kami sudah kira bertuah dapat merasa. Taklah kempunan balik KL. Tapi kalau la otak-otak atau satar dah habis Warung Che Wan ini juga turut menyediakan hidangan mi calong, nasi air, sotong celup tepung , pais dan keropok keping. Jadi sesiapa yang dalam perjalanan balik Kuala Lumpur jangan lupa singgah Kemaman layan otak-otak dulu.


Isi Ikan Tenggiri di gaul dengan rempah istimewa membuatkan otak-otak Che Wan digilai ramai


Ikan Pais selar kuning pun sedap juga!!.. Yum!! Yummm!!


Bukan senang nak bungkus otak-otak !! kena tekun dan banyak bersabar!!






Read more...

Pasar Besar Payang



Kalau pergi Terengganu memang tak sah kalau tak singgah kat Pasar Besar Payang yang terletak di Kuala Terengganu. Aku berkesempatan untuk berkunjung di Pasar Payang untuk membeli ole ole untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur nanti. Untuk mencari parkir sekitar Pasar Payang ini agak sukar jadi aku mengambil keputusan untuk parking berhampiran stesen bas Kuala Terengganu. Aku bersama rakan berjalan kaki lebih kurang 5 minit menuju ke Pasar Payang.

Pasar Payang terdiri daripada kompleks bangunan 2 tingkat yang mana di bahagian bawahnya menempatkan gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih muih tradisional dari negeri Terengganu. Pelbagai jenis kuih yang aku tak pernah rasa ada di jual di sini. Kuih popular seperti Kuih Akok, Che Mek Molek, Tapai Pulut Daun Getah, Sagoon, Bahulu, dan macam-macam lagi. Aku beli semua jenis kuih itu semata-mata untuk merasa kuih yang jarang aku dapat di KL. Di bahagian bawah Pasar Payang ini juga terdapat jenis barangan makanan yang di jual seperti keropok, asam jerok, buah-buahan, pelbagai jenis serunding dan sebagainya. Keropok lekor yang popular pun ada di jual di sini.



Peniaga di sini juga ada menjual telur penyu.. Harga sebiji RM3.00. Sebenarnya aku teringin juga nak makan telur penyu tapi bila fikirkan balik penyu dah hampir pupus kat dunia ini aku batalkan jer la niat aku tu. Bukan apa! cuma nak rasa jer macam mana rasanya... member aku kata rasa macam kesat-kesat berpasir.. Hehehehehe TAK NAK LAH!.. SAVE OUR PLANET!! SAVE TURTLES!! DONT EAT THEM OK!! EAT CHICKEN AJER!! Hahahahaa



Berbalik cerita Pasar Payang, di tingkat 2 Pasar Payang ini pula menempatkan gerai-gerai menjual barangan kraftangan dan tekstil terutama dari Terengganu. Kalau nak mencari kain Batik yang cantik dan berkualiti memang inilah tempatnya. Rata-rata kedai di tingkat dua ini menjual pelbagai jenis kain terutama hasil batik dan songket. Kain Songket Terengganu yang terkenal dengan tenunannya yang halus dan berkualiti juga ada di jual di Pasar Payang. Kain Songket tenunan tangan lebih mahal harganya dan mencecah ribuan ringgit. Jadi tak perlu risau kerana kebanyakkan kedai di sini menerima kad kredit. Jadi tak perlu lah nak bawak wang tunai yang banyak kalau nak shooping songket yang harga ribu-ribu tu. Setelah puas aku ronda-ronda sekitar pasar payang tangan pun dah penuh dengan barang-barangan yang aku beli... sampai masa untuk pulang. Jom!! balik... kalau ikotkan hati selagi tak habis duit kat dompet ini selagi tu tak berhenti shooping!! sebabnya.. barangan kat Pasar Payang ini murah berbanding harga kat KL.


Molek-molek belake Batik Terengganu



Bukan sebarang Songket ini erk!!! Tenunan tangan!! Manual!!


Pelbagai jenis jerok juga ada di jual di Pasar Payang


Pelbagai kerepek dan makanan tradisi dari Terengganu




Bahulu yang panas-panas lagi!! Seringgit Empat Bijik!! Murah jer!!


Lepat daun palas! tak yah tunggu raya kat sini ada jual sepanjang masa


Tapai pulut yang dibungkus daun getah... Sedap !!


Pelbagai jenis kacang ada juga di jual di sini


Kerepok Lekor!! Identiti makanan Terengganu.. Mesti Beli!!


Ikan Masin Talang!! Masak Lemak sedap nie!!













Read more...
Related Posts with Thumbnails