Posted by
Nael
Seni Ukiran Kayu Warisan Melayu
Seni Ukiran Kayu adalah seni kraftangan warisan masyarakat Melayu yang tidak lapuk dek hujang tak lekang dek panas. Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum terutama Melayu telah mewujudkan kepelbagaian seni ukir kayu yang berbeza. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti ukiran lain cuma berbeza dari segi cara, motif dan teknik pengukirannya. Di Terengganu banyak syarikat atau orang perseorangan yang mengusahakan hasil ukiran kayu ini.
Pengusaha ukiran kayu banyak terdapat di Kampung Losong dimana ianya menjadi pusat pelancongan yang menarik di Terengganu. Hasil Seni Ukir ini terus berkembang luas kerana Terengganu merupakan negeri yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak.Selain itu kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai diukir dan dijadikan bahan yang menarik dan dijual sebagai produk pelancongan.
Terdapat pelbagai ukiran yang menggunakan teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pengukiran kayu itu sendiri. Terdapat tiga teknik utama dan gaya dalam seni ukiran Melayu iaitu tebuk separuh, tebuk timbul dan tebuk terus. Bentuk ukiran pula terdiri dari tiga jenis bentuk ukiran yang utama iaitu Bujang, Lengkap dan Pemidang.
Jenis bentuk Bujang adalah ukiran yang berbentuk bebas, tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya jenis ukiran Bujang ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntum bunga atau putik buah. Sementara jenis bentuk pemidang pula jenis ukiran yang menampilkan motif yang menggambarkan pergerakkan yang sederhana tidak rumit atau berbelit-belit. Apa yang menarik ukiran ini mempunyai namanya tersendiri seperti itik pulang petang, badak mudik, setapuk manggis dan sebagainya. Ukiran jenis ini biasanya digunakan untuk jala-jala rumah, almari dan hiasan. Jenis ukiran Bentuk Lengkap pula adalah gabungan ciri-ciri Bujang dan Pemidang iaitu jenis ukiran ini menitikberatkan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan, akar, batang, buah, putik dan daun pokok.
Ukiran kayu memerlukan peralatan khas untuk mengukir dan memahat hasil seni ini. Alat-alat yang digunakan seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting adalah pahat. Pelbagai motif ukiran Melayu digunakan seperti motif haiwan, motif angkasa menerapkan gambaran awam larat seperti bintang matahari, bukit bukau dan bulan. Sementara motif geometri dan khaligrafi jawi juga biasanya menjadi pilihan pengukir dalam menghasilkan produk ukiran mereka. Seni Khat biasanya digunakan untuk hiasan di ambang pintu rumah, masjid atau surau ataupun pada rehal untuk Al-Quran.
Balai Seni Ukiran Besut
Jalan Balai Seni Alor Lintang, Kampung Raja,
22000 Besut, Terenggganu
Tel : 09-6953695
Jalan Balai Seni Alor Lintang, Kampung Raja,
22000 Besut, Terenggganu
Tel : 09-6953695
Category:
Membeli Belah,
Seni Warisan
8
comments
8 comments:
Seni ukir lambang kreatifnya kita masyarakat Melayu!!
Ukiran kayu hasil seni kita yang harus kita banggakan...
Kalau boleh di bawa ke peringkat antarbangsa lagi bagus hasil ukiran kita tu..
kena ada promosi besar-besaran la kalau mcm tu... ukiran orang kita memang indah dan unik... sesuai dijadikan hiasan atau cenderamata...
Ukiran kayu sememangnya kebanggaan kita Orang Melayu!!...
Seni unik ini harus di perturunkan kepada generasi akan muda supaya tidak pupus..
saya sangat berminat dengan entry seni ukiran melayu ni...dan sedang membuat sedikit assignment tentang ukiran melayu
Salam, kami pakar di dalam kerja2 kayu merekabentuk dan membina gazebo(wakaf), pergola, rumah kayu, pagar bercirikan senibina warisan. Hubungi AKAR RUSTIKA 0173110307 @ www.facebook.com/akarminda. "New Ideas For Heritage".
Bebanggalah dengan ukiran masyarakat kita..Kesenian dan keindahannya tiada tolok banding.Kembangkan ke seluruh pelusuk dunia..
Salam,
Jika berminat untuk membeli mesin cnc router yg amat sesuai untuk membuat ukiran kayu 2D dan 3D, boleh hubungi kami. lawati kami di:-
http://kurnia-alrizq.blogspot.com/
Post a Comment