Posted by
Nael
Sekapur Sireh Seulas Pinang
Alhamdulillah berakhir juga marathon selama 4 bulan untuk aku menyiapkan blog "Ole Ole Terengganu Kite" ini. Seronok rasanya kerana dapat menyiapkan blog ini walaupun blog aku tidak sehebat blog peserta lain. Tetapi kepuasan dalam menyiapkan bagi memenuhi objektif penganjur mengajar aku tentang banyak perkara terutama mengenali Negeri Terengganu dengan lebih dekat lagi. Sebagai anak jati Selangor sememangnya pengetahuan aku tentang kebudayaan dan tempat-tempat menarik di Negeri Terengganu masih cetek, namun sejak aku menyertai pertandingan mencipta blog untuk Negeri Terengganu ini sedikit sebanyak memberi aku pengetahuan tentang keistimewaan Negeri Terengganu Darul Iman.
Memang sesuatu yang sangat mencabar apabila ingin membuat sebuah blog yang menarik apabila bahan untuk membuat blog ini sukar diperolehi terutama gambar-gambar yang menarik. Jarak memang membataskan untuk aku dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk mengambil gambar sendiri dan dijadikan bahan blog, namun sesungguhnya Internet sememangnya dunia tanpa sempadan. Ramai pelayar internet yang bebesar hati berkongsi hasil gambar mereka untuk dikongsi bersama pembaca blog aku. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan dari flickr.com dan Photobucket yang membenarkan aku menggunakan gambar mereka, bak kata mereka " Sharing is Caring".
Negeri Terengganu sememangnya sangat istimewa di hatiku. Kali pertama aku berkunjung ke Terengganu adalah 7 tahun lepas ketika melawat Pulau Redang. Aku masih ingat lagi bagaimana aku mengenali Pulau Redang melalui sebuah filem Taiwan iaitu "Summer Holiday".Filem yang memaparkan keindahan Pulau Redang benar-benar membuatkan hatiku tak sabar untuk melihat sendiri kejernihan laut dan pasir memutih di Pulau Redang. Sejak itu Terengganu menjadi destinasi wajib untuk aku datang melancong. Sejak itu juga setiap tahun aku akan berkunjung ke Pulau Redang tanpa mengenal jemu. Mungkin ikan-ikan dan batu karang di Pulau Redang pun sudah kenal muka aku.
Menjadi blogger ini juga membuatkan minda aku terbuka dengan lebih luas bagi meneroka kepelbagaian budaya di Terengganu. Mengenali adat budaya, makanan, seni bina, air terjun, pulau-pulau dan pantai-pantai di Negeri Terengganu. Banyak tempat menarik di Terengganu yang tidak aku ketahui sebelum ini dapat aku terokai dengan berkongsi pengalaman dengan blogger lain. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca blog "Ole Ole Terengganu Kita", sahabat handai yang tak putus-putus menyokong aku dalam menulis blog dan kepada semua kawan-kawan blogger yang sudi berkongsi cerita, gambar dan pengalaman. Tak lupa juga kepada semua Follower blog ini!! Sayang korang semua!!
Sesungguhnya Terengganu sememangnya sebuah negeri bertuah kerana segala-galanya terdapat disini, kurniaan alam semulajadinya memayungi dari laut ke darat. Rakyatnya pula kaya dengan budi bahasa dan kegigihan mereka bekerja memang cukup aku kagumi. Bertuah dan bersyukur kerana Allah telah mengurniakan pelbagai keistimewaan kepada Negeri Darul Iman ini. Semoga Terengganu akan lebih maju dan makmur serta dirahmati oleh Allaw S.W.T. AMINNNNNNN!!!

Category:
15
comments
15 comments:
Tahniah!!!... jangan lupa sambung menulis blog!!
Amin.Selesai sudah segala perjuangan & tak jemu kami mambaca santapan segala maklumat dari "Ole Ole Terengganu Kita" Semoga dengan tekad kesungguhan membuahkan hasil
Thanks Ejam ( KAMI )!! & Qayiem
Kalah menang adat bertanding!! tak kisah pun!! yang penting kepuasan atas hasil yang kita buat...
One more thing!! berkongsi ilmu yang berguna tu kan satu ibadah!!...
Taniah Nael... Akhirnya, dah abis dah.. Thanks to you for your effort to write and share knowledge to others... Good Job.. Proud of u..
Thanks Boy!!..
Pembaca blog tegar aku!! hahahahaha
TQ TQ TQ
Yeah!! dah abis gak blog maman!!..
lepas nie maman nak buat apa dengan blog nie?
Buat duno jer..... Hahahahaha!!
nak sambung tulis blog la...
Tahniah Nael!!.... blog yang menarik!!..
banyak memberi panduan kepada pelancong!! berinformasi dan sangat berguna untuk mereka yang mencari rujukkan sebelum melancong ke Terengganu!!
Semoga berjaya!!
Betul Che Mat!!
Banyak maklumat pelancongan boleh dapat kat blog Nael... boleh jadi panduan kemudian hari...
Good Luck!!
Terima Kasih Daun Keladi!!
Cik Maziah & Che Mat!!
aiyak.. sudah habes ka... jgn stop la en. nael..
continue la lagi... we guess u'v got the talent..
keep it up!!
p/s: suke masuk sini dgr lagu tradisional best2.. ehhee
I have гead sо many poѕts conceгning the bloggег loveгs еxсept thiѕ рost iѕ truly a fastidiouѕ ρіеce οf ωriting, keep it uρ.
Αlso visit my ωeb site malaysia travel guide
І think this is onе of the such а lot vitаl info for me.
And i am satisfied studying yοur aгticle.
But wanna remаrk οn ѕome сommon things,
Thе ωеb site taste is wonderful, the aгtіcles іs
in reality nice : D. Exсellent task, cheers
Feel free tо viѕit my webраge Tibet tour
Tahniah..byk info yg best!nk tnya sikit,antara pulau redang & perhentian mna lg best ek?hehe..sory sbb out of topic :)
Saya lebih suka Pulau Redang...9 Kali gi Redang 2 Kali gi Perhentian..
Post a Comment