Pantai Kemasik





Pantai Kemasik

Pantai Kemasik mendapat nama dari Sungai Kemasik yang mana muara Sungai Kemasik ini menganjur ke pantai yang terletak di Laut China Selatan. Pasir pantainya yang kuning keemasan, angin laut menderu dan laut yang membiru sungguh memberi ketenangan kepada pengunjung pantai ini. Apabila air laut surut terbentuk alur Sungai Kemasik yang mengalir menuju ke laut dan terdapat bongkah batu kecil berhampiran muara sungai ini yang terbentuk secara semualajadi akibat hakisan. Bongkah batu unik ini sudah semestinya menjadi fokus utama mereka yang membawa kamera untuk mengambil gambar. Bongkah batu ini seolah-olah menjadi mercu tanda kelainan yang terdapat di Pantai Kemasik ini.





Muara Sungai Kemasik ini juga menjadi tempat pendaratan bot-bot nelayan yang unik dan berwarna warni menambah seri pemandangan indah sekitar pantai ini. Nelayan-nelayan disini akan membawa naik hasil tangkapan laut dan dijual kepada orang ramai yang berkunjung ke sini. Pantai Kemasik ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat riadah mereka di waktu petang. Pengunjung juga boleh mendirikan khemah dan berkelah di pantai ini. Pelbagai jenis kemudahan untuk orang ramai juga di sediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Terdapat taman mini dan taman pemainan kanak-kanak membolehkan kawasan pantai ini sesuai menjadi tempat riadah keluarga. Kanak-kanak juga boleh bermain layang-layang disini memandangkan angin laut agak kuat bertipu ke darat.




Pada waktu petang pula biasanya sekitar Pantai Kemasik ini menjadi tumpuan anak muda tempatan datang untuk bermain bola tampar pantai dan bermain bola sepak pantai. Bagi mereka yang ingin menjamu selera terdapat juga beberapa buah gerai yang didirikan penduduk tempatan menjual pelbagai makanan ringan seperti keropok lekor, mee goreng, nasi lemak dan sebagainya.



Arah untuk sampai ke Pantai Temasik ini adalah apabila perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu, sampai sahaja di sempadan Negeri Terengganu dan Negeri Pahang anda akan melalui Pekan Kemaman dan menuju terus ke Pekan Kijal. Apabila sampai di Awana Kijal Beach Golf & Spa Resort tuju ke depan lagi kira-kira 3 minit memandu dan anda akan nampak papan tanda "Pantai Kemasik" dan belok ke kanan terus ke Pantai Kemasik.


Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort
KM28, Jalan Kemaman-Dungun
24100 Kijal, Kemaman
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Telephone: (609) 864 1188
Fax: (609) 864 1688

5 comments:

Qayiem said...

Cantik pantai Kemasik ini... bahaya tak kalau mandi kat sini?

Nael said...

Entah la Qayiem... bahaya rasanya sebab ombak besar!!.. tapi kalau nak bermain-main di gigi pantai boleh jer...

Afdlin Najmie said...

Main layang-layang kat sini sesuai la kot...

Nael said...

Main Wau pun boleh!!!

SUNFLOWER HOMESTAY said...

Blog saudara amat menarik untuk dilawati ...memang Terengganu ni sebuah negeri cantik budaya menarik ..........semuga saudara akan terus mencungkil rahsia kecantikan negeri ini untuk tatapan warga Malaysia dan luar negara keseluruhannya ALLAH HAFIZ...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails