Tanjung Jara




Pantai Tanjung Jara terletak di Dungun Terengganu adalah salah satu pantai yang menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati kedamaian pantai yang mengadap Laut China Selatan . Deruan ombak menghempas pasir yang keemasan memang memberi ketenangan jiwa kepada mereka yang ingin lari dari kesibukkan kota. Tanjong Jara memang terkenal dengan tempat penyu bertelur dan musim bertelur penyu adalah antara bulan Mei hingga September, jadi jika kita bertuah dapatlah menyaksikan telur bertelur di Pantai Tanjung Jara.

Di Tanjung Jara ini juga terdapat beberapa hotel, chalet dan villa untuk disewa yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti berkayak, meluncur angin, snorkeling dan menyelam. Terdapat juga hotel yang bertaraf lima bintang dan menjadi mercu tanda Tanjung Jara iaitu Tanjung Jara Resort. Tanjung Jara Resort merupakan resort mewah yang menyediakan pelbagai kemudahan dan package menarik bagi pelancong yang ingin mencari ketenangan di Tanjung Jara. Sesiapa yang ingin memanjakan diri dengan keunikan dan ketenangan Spa di Tanjung Jara Resort diiktiraf sebagai Spa terbaik di dunia. Memang tak rugi kalau ingin merasai kemewahan dan kedamaian di Spa Village Tanjung Jara Resort. Resort yang berkonsepkan istana tradisional Melayu pada kurun ke 17 ini mempunyai 99 bilik mewah yang pasti tidak menghampakan pengunjung.








Selain itu antara aktiviti yang boleh dilakukkan di Tajung Jara Resort adalah snorkeling dan menyelam di Pulau Tenggol. Sebuah pulau yang masih tidak terusik dengan pembangunan dan menjadi pulau rahsia dikalangan penyelam. Ini bermakna keadaan batu karang dan persekitaran yang hampir sempurna kerana kurangnya ganguan dari aktiviti manusia. Sesiapa yang ingin belajar memasak juga di sediakan kelas masakkan bersama Chef Ann, jadi sesiapa yang ingin mengetahui rasa keenakkan masakan pantai timur Tanjung Jara Resort sudi berkongsi resepi bersama pengunjung. Aktiviti lain yang boleh diaturkan oleh pihak Tanjung Jara Resort adalah aktiviti bermain golf, membuat batik, berbasikal disekitar Tanjung Jara dan mandi manda di Air Terjun Chemerung.








Sesiapa yang berkunjung ke Tanjung Jara Resort pasti tidak akan kecewa kerana resort ini telah mendapat pengiktirafan dunia dengan pelbagai anugerah antaranya Top 10 Super Spas - Spa Village Tanjong Jara, Elle UK 2009, Best Spa Resort Expatriate Lifestyle, The Best of Malaysia Travel Awards, 2008, Best Hotel Spa in Asia Pacific and the Indian Subcontinent / Listed in “ Best of the Best” World’s Top 26 Spas – ranking number two Condé Nast Traveller UK – Readers’ Spa Awards, 2008, Five Star Diamond Award The American Academy of Hospitality Sciences , 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007. Jadi tak rugi kalau berkunjung ke sini selalu. Selamat Bercuti!!!

Tanjung Jara Resort ,
Dugun, Terengganu
Tel +603 2783 1000
travelcentre@ytlhotels.com.my
http://www.tanjongjararesort.com

10 comments:

yannsheart said...

bestnyer...tingin nk gi c ni...

Nael said...

Yan... boleh honeymoon agik sekali kat sini !!

BOY said...

Menarik sgt tmpt nieh.. Tapi mahal.. Service yang diberikan berbaloi..

Nael said...

Mahal tapi kalau berbaloi-baloi takpe Boy!!.. kepuasan tu kan lebih penting dari wang ringgit!!.. hehehehe

Unknown said...

cantiknyer gambar..luxury sgt kan rasanya..huhu kena kumpul duit byk2 nih nak pg

BOY said...

Setuju.. Tapi kepada sesiapa yang ada rezeki lebey.. tak salah kalo berkunjung ke tanjung jara resort nieh bagi memanjakan diri ngn perkhdmatan spa yang terbaik disediakan oleh pihak resort..

walkaka.. Dah cam tuan tanah lak.. promosikan blog.. hahahhaa..

Nael said...

SPA terbaik dunia tu Farah!!!.... mampu?

Nael said...

Terima Kasih Boy!! sbb jadi jurucakap pihak Tg Jara Resort!!.. hehehehe

BOY said...

Welcome nael..Tmpt nieh i teringin sangat nak g sambil berluxury kan diri ngn perkhidmatan spa yang terbaik nieh.. tapi tak berkesempatan lagi..

CheMat said...

Mewah gile!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails