Pulau Lang Tengah



Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah dahulu hanya terkenal di kalangan pelancong German, Jepun, Australia dan Eropah. Ini kerana sebelum ini Pulau Lang Tengah hanya terkenal di luar negara kerana publisiti yang baik di luar negara berbanding publisiti di Malaysia. Tetapi kini hasil publisiti meluas kerajaan Negeri Terengganu dan Agensi Pelancongan telah banyak memberi informasi tentang kewujudan Pulau Lang Tengah ini di Terengganu . Sekarang pulau ini sudah dikenali ramai dan semakin ramai pengunjung tempatan dan luar negara bertandang ke sini.




Pulau Lang Tengah terletak diantara dua pulau yang terkenal di Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Seperti juga Pulau Redang dan Perhentian, Pulau Lang Tengah adalah syurga kepada para pencinta keindahan dunia bawah laut. Aktiviti scuba dan snorkeling adalah perkara wajib yang mesti dilakukkan sekiranya datang ke sini. Seronok tu seronok juga, jadi sesiapa yang datang ke Pulau Lang Tengah adalah diminta tolong sangat!!! jangan merosakkan alam semulajadi Lang Tengah. Tangan tu jangan gatal-gatal nak usik batu karang dan perkara yang paling biasa pengunjung lakukan adalah memijak batu karang. Batu karang amat sensitif dan mudah mati apabila dahannya dipijak, jadi jangan merosakkan batu karang, sesama la kita jaga untuk anak cucu kita nanti.





Pulau Lang Tengah tak sebesar Redang atau Perhentian, jadi resort yang ada disini tak banyak pilihan. Sesetengah resort di sini hanya menyediakan keperluan asas penginapan sahaja seperti kipas angin, katil, air panas dan TV. Oleh kerana tenaga elektrik di sini dijana oleh Generator Diesel maka kemudahannya amat terhad, dan pada masa-masa tertentu sahaja bekalan eletrik akan di salurkan ke bilik. Walaubagaimanapun sesiapa yang inginkan percutian yang lebih selesa terdapat juga resort yang menyediakan kemudahan yang selesa di sini. D'Coconut Lagoon resort menyediakan pelbagai kemudahan yang selesa untuk pengunjung Pulau Lang Tengah. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kolam renang, restoran, pusat sukan rekreasi dan kemudahan pusat menyelam. Jika pengunjung ingin melawat Taman Laut di Pulau Redang pihak resort juga akan mengaturkan perjalanan ke sana atas permintaan pelanggan.




Sesiapa yang inginkan percutian yang dikelilingi keindahan alam semulajadi, pohon rimbun menghijau, langit dan laut membiru dasar laut yang penuh keindahan yang sukar diperolehi di mana-mana pun , datanglah ke Pulau Lang Tengah untuk mengalami sendiri. Kepada mereka yang ingin datang ke Pulau Lang Tengah haruslah melalui jeti Merang yang terletak kira-kira 38Km dari Bandar Kuala Terenganu. Perjalanan dari Merang ke Pulau Lang Tengah dengan menggunakan speed boat pula adalah lebih kurang 40minit perjalanan. Sesiapa yang ingin buat tempahan D'coconut Lagoon, bolehlah menghubungi wakil jualan mereka di Lembah Klang.

Kuala Lumpur Sales & Reservation Office
No. 1, 1A First Floor
Jalan Mamanda 7
Ampang Point
68000 Ampang, Selangor

Tel: 603-4252 6686, 603-4296 5753
Fax: 603-4252 2689
E-mail: sales@dcoconutlagoon.com



10 comments:

Maz said...

mcm bentuk ular la kerang tu...

Nael said...

Kerang gergasi!!... kalau snorkeling selalu nampak pelbagai colour kerang jenis nie...

CheMat said...

Pernah pergi Pulau Lang Tengah tahun lepas... best!!.. tapi kat sini elektrik kena catu... Laut dia mmg jernih crystal clear!!...

BOY said...

So bila lak la aku nak menjejakkan kaki kat pulau lang tengah nieh.. Tapi i heard tak der marine park ek En Nael..

Nael said...

Pulau Lang Tengah mmg takdek Marine Park!.. sbb Marine Park yang terdekat di Pulau Redang!!.. kena buat arrangement dengan Resort kalau nak gi sana...

cikmid said...

Same gak..lum jejak kaki ke Lang Tengah lagi & teringin nak pegi sgt! Mmg xdek Marine Park tp leh snorkel2 kat port2 die je la kot?

kami said...

cantik jugak erk Pulau Lang Tengah!!.. tak berapa tahu la pasal pulau nie...

Nael said...

Cik Mid... Marine Park tak ada kat Pulau Lang Tengah!!.. yang ada port snorkeling dgn scuba diving jer... kalau nak gi marine park kena pergi Redang Marine Park..

BOY said...

Jauh kan.. Mengikut cerita2 diaorg yang dh g.. jauh gak nak ke marine park tue.. Tapi D'coconut tue cam menarik jer kan..

Nael said...

Jauh jugak la kalau nak pergi Marine park tu... kena booking bot agik.. charge dia pun boleh tahan mahal gak... sbb jauh... kalau pergi ramai-ramai ok la.. kongsi bayar tambang...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails