Hutan Lipur Lata Payung



Salam Hujung Minggu!!

Seperti biasa hari Ahad di KL! Hari cuti hujung minggu adalah hari rehat-rehat dan hari malas-malas di rumah. Tak ada aktiviti hujung minggu yang aku nak buat melainkan bermain-main dengan lappy kesayangan aku nie. Tetiba aku teringat nak buat posting berkenaan Hutan Lipur Lata Payung yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut dan Setiu. Hutan Simpan Gunung Tebu memang terkenal dengan keunikan alam semulajadi flora dan fauna yang belum terusik dengan pembangunan.

Gunung Tebu juga terkenal dikalangan ahli biologi, penyelidik, peminat burung dan saintis kerana di sini terdapat pelbagai spesis serangga, haiwan dan flora yang jarang ditemui berbanding hutan-hutan lain di Malaysia.



Hutan Simpan Gunung Tebu selalunya menjadi tempat pelancong dan peminat alam semulajadi mendaki dan jungle tracking kerana keadaan semulajadinya yang mencabar. Jadi kepada sesiapa yang gemarkan aktiviti lasak cubalah mendaki Gunung Tebu dan mengikuti denai yang disediakan oleh pihak perhutanan menuju ke puncak Gunung Tebu. Aku bab aktiviti outdoor ni memang minat gila. Tapi persiapan mental dan fizikal haruslah mantap kerana pelbagai halangan dan rintangan harus dilalui ketika melalui aktiviti mendaki.Paling penting jangan cakap besar bila berada di dalam hutan. Pengunjung juga dibenarkan berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan oleh pihak perhutanan.

Pengunjung juga boleh beriadah di Lata Payung dan berkhemah di sini, malahan pada cuti semester dan cuti sekolah banyak badan beruniform seperti pengakap membuat aktiviti mereka di sini. Kepada mereka yang ingin mandi manda bersama keluarga dan kawan-kawan boleh lah berkelah di sini. Sesiapa yang ingin membuat aktiviti BBQ juga dibenarkan tetapi peralatan seperti set BBQ dan arang kenalah bawa sendiri, pembakaran terbuka tidak dibenarkan di dalam hutan. Bagi kanak-kanak pasti dapat bergembira bermandi manda di sini sambil menangkap anak ikan dan udang yang banyak dicelah-celah batu.





Sesiapa yang ingin datang dengan kenderaan sendiri boleh la melalui Jalanraya Pekan Seri Langkap-Lata Payung atau 65KM dari Bandar Kuala Terengganu. Jarak Pekan Seri Langkap ke Lata Payung adalah lebih kurang 25KM. Sesiapa yang datang dengan kenderaan awam boleh la menyewa teksi atau bas. Untuk membuat sebarang aktiviti berkumpulan sila hubungi pegawai hutan yang berkenaan bagi urusan pendaftaran dan kebenaran melakukkan aktiviti di hutan.


Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara,
Tkt. 7, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu.
Tel. : 09-6221746


10 comments:

Anonymous said...

best..i likeeee

Nael said...

Ada masa kita berkelah kat sini erk!!... E-mail me....!!

TTDI : TourismTerengganuDarulIman said...

Nice blog.. lawati kami di http://tourismterengganudaruliman.blogspot.com/

Nael said...

Jom!!.... ur blog nice too...

gadafie said...

tmpt air terjunnye jauh keatas lg ke?...

Nael said...

Kat sini lebih kepada mcm jeram!!... tracking ke Gunung Tebu bleh la...!!

kami said...

Macam jauh kedalam jerk air terjun nyer. Takut lak nak bawak anak2 yg masih kecik mandi manda kat situ. Nael Lappy tu ape erkk! tak pandai sangat lorat daerah ni

kami said...

Macam jauh kedalam jerk air terjun nyer. Takut lak nak bawak anak2 yg masih kecik mandi manda kat situ. Nael Lappy tu ape erkk! tak pandai sangat lorat daerah ni

Nael said...

Lappy tu nama manja utk my Laptop!! Hehehehehe

CheMat said...

Huhuhuh... ada nama pet la plak!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails