Posted by
Nael
Assalamualaikum & Salam Ramadhan!
Negeri Terengganu memang kaya dengan anugerah alam semulajadinya, di mana keindahan alam semulajadi sentiasa memayungi negeri bertuah ini. Salah sebuah tempat tumpuan pelancong di negeri ini adalah Hutan Lipur Sungai Chemerong yang terletak di daerah Dungun. Hutan simpan terbesar ini kaya dengan kazanah flora dan fauna. Hutan ini juga kaya dengan pokok kayu berharga seperti cengal, meranti dan keruing yang tidak di usik oleh arus pembangunan.
Hutan Lipur Sungai Chemerong adalah salah satu hutan rekreasi yang terkenal kerana keunikan hutannya. Di sini juga terdapat Pokok Cengal yang tertua dan terbesar di dunia. Sesiapa yang berkunjung ke Hutan Lipur Sungai Chemerong ini juga akan dapat menyaksikan keindahan air terjun yang putih di tengah-tengah kehijauan hutan. Kolam di kaki gunung terbentuk dari pengairan air terjun Chemerong yang tingginya hampir 305meter. Air terjun memutih turun mencurah melepasi batu-batu gunung seterusnya menuju Sungai Chemerong. Besarnya anugerah ciptaan tuhan memang tidak ternilai!!..
Hutan Lipur Sungai Chemerong ini juga adalah kawasan tumpuan pelancong di Malaysia khususnya di Terengganu dan hampuir 2 ribu pengunjung datang melawat kawasan ini pada hujung minggu terutama pada musim cuti. Terdapat juga banyak kemudahan riadah yang di sediakan oleh pihak perhutanan seperti wakaf, tandas, dan tapak perkhemahan. Tempat ini memang sesuai dijadikan tapak perkelahan hujung minggu keluarga dan rakan-rakan. Pasti anak-anak suka bermain air dengan puas sambil menangkap anak-anak ikan dan udang dicelah batu.
Kepada mereka yang inginkan aktiviti lebih lasak boleh juga melakukkan aktiviti jungle tracking ataupun mendaki kemuncak air terjun Chemerong. Pasti akan terpesona dengan keindahan alam dari atas puncak. Sepanjang denai tracking ini juga kita boleh menyaksikan keindahan flora dan fauna. Kepada jurugambar pasti tidak melepaskan shot terbaik disini.
Sesiapa yang ingin datang ke sini bolehlah memandu sendiri atau menaiki teksi. Kalau dari Kuala Terengganu ke Dungun lebih kurang 100KM lebih kurang 1 jam lebih perjalanan. Dari Bandar Al-Muktafibillah Shah Dungun ke Hutan Lipur Chemerong ini pula lebih kurang 30KM atau sekitar 20minit perjalanan.
Kepada sesiapa yang menginap di sekitar sini boleh memilih homestay berdekatan iaitu Homestay Pasir Raja. Sesiapa yang ingin menghubungi homestay bolehlah salin alamat berikut!! Selamat Bercuti!!!
Kepada sesiapa yang menginap di sekitar sini boleh memilih homestay berdekatan iaitu Homestay Pasir Raja. Sesiapa yang ingin menghubungi homestay bolehlah salin alamat berikut!! Selamat Bercuti!!!
HOMESTAY PASIR RAJA
Encik Ramali (President 013-9425682)
Tn. Hj. Mohd Alimi b. Muda
Pejabat Pegawai Daerah Dungun
Kg. Pasir Raja Mukim Pasir Raja
23000
Terengganu
Fax: 09-844 1616
Tn. Hj. Mohd Alimi b. Muda
Pejabat Pegawai Daerah Dungun
Kg. Pasir Raja Mukim Pasir Raja
23000
Terengganu
Fax: 09-844 1616
Category:
Air Terjun,
Hutan Lipur,
Rekreasi
8
comments
8 comments:
Seronok la mandi air terjun!!...
Baru tau!!... banyak gak air terjun kat Terengganu erk!!... kurang promosi!!.. orang tak tahu... Thanks for infor!!
I Agreed.. Mostly Terengganu lebey sinonim ngan pantai2 dan juga pulau2 nyer.. Tak tahu lak byk gaks air terjun kat terengganu nieh.. GOOD JOB MR NAEL.. hik.. hik..
No problem!!.... nanti kalau kite gi Terengganu!!. kita carik air terjun pulak erk!!
Baikla... Yeah!!
Boy!!.. berani tak panjat gunung?....Gunung Tebu dengar kata track dia mencabar!!!
Sesiapa yang berminat datang ke sini... ada gak Homestay!! murah dan menjimatkan.. lebih dekat dengan orang tempatan!.. pasti percutian itu lebih bermakna dan ada kelainan...
boleh tak saya tahu pakej pendakian CBL ..... dan minimum peserta berapa orang...saya plan nak daki bln 5 nie...blh emailkkan pada saya norazurahusin@gmail.com
Post a Comment