Posted by
Nael
Salam Satu Malaysia Semua!!
Pulau Bidong??!! pasti ramai rakyat Malaysia tidak bergitu mengenali pulau yang terletak di perairan Terengganu ini. Pulau Bidong tidak sepopular Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas sebagai destinasi percutian kerana ia mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatkan kita sebagai tempat pelindungan pelarian Vietnam sementara antara tahun 1975-1990.
Mengikut sejarahnya pelarian Vietnam ini bermula pada tahun 1975 apabila kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang di sokong oleh Amerika Syarikat telah jatuh ke tangan kerajaan komunis Vietnam Utara. Oleh kerana itu ramai rakyat Vietnam Selatan telah terasa terancam nyawanya dan mula melarikan diri ke negara luar melalui jalan laut termasuk ke Malaysia. Mereka menjadi pelarian dan kumpulan pelarian yang pertama telah mendarat di Pulau Perhentian Besut pada Mei 1977.
Pada tahun 1978 jumlahnya semakin meningkat dan menyebabkan kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan Pulau Bidong sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam. Oleh kerana itu juga Pulau Bidong telah diisytiharkan sebagai Pulau Larangan dan nelayan di larang menghampiri perairan pulau tersebut. Pelarian Vietnam ini telah dibiayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) dan dilindungi undang-undang antarabangsa.
Saban hari pelarian Vietnam semakin ramai walaupun pada musim tengkujuh mereka mengadai nyawa untuk sampai ke Pulau Bidong. Di anggarkan ramai pelarian Vietnam yang telah terkorban akibat dipukul ribut dah tenggelam di lautan dalam usaha mereka untuk sampai ke Pulau Bidong. Kemuncak penempatan pelarian di Pulau Bidong adalah tahun 1978 yang mana 60,000 orang telah tinggal pada satu-satu masa dan 20,000 telah berjaya dipindahkan ke negara ketiga pada tahun yang sama.
Di sepanjang tempoh penempatan pelarian itu dari tahun 1978-1990 jumlah pelarian yang pernah sampai ke pulau ini adalah 252,390 orang dan seramai 4,535 bayi telah di rekodkan lahir di pulau ini. Pulau Bidong telah dikosongkan sepenuhnya pada tahun 1991 yang mana semua pelarian di hantar pulang ke negara asal atau ke negara ketiga untuk meneruskan hidup mereka.Terdapat dua tugu peringataan yang didirikan oleh pelarian Vietnam ini di pulau tersebut dan menjadi kontrovesi apabila kerajaan Vietnam membantah pembinaa tugu tersebut kerana mengandungi kenyataan yang memalukan kerajaan Vietnam.
Di sepanjang tempoh penempatan pelarian itu dari tahun 1978-1990 jumlah pelarian yang pernah sampai ke pulau ini adalah 252,390 orang dan seramai 4,535 bayi telah di rekodkan lahir di pulau ini. Pulau Bidong telah dikosongkan sepenuhnya pada tahun 1991 yang mana semua pelarian di hantar pulang ke negara asal atau ke negara ketiga untuk meneruskan hidup mereka.Terdapat dua tugu peringataan yang didirikan oleh pelarian Vietnam ini di pulau tersebut dan menjadi kontrovesi apabila kerajaan Vietnam membantah pembinaa tugu tersebut kerana mengandungi kenyataan yang memalukan kerajaan Vietnam.
Pada hari ini Pulau Bidong masih kosong dan sepi kerana menjadi sejarah hitam bagi pelarian Vietnam yang terpaksa melarikan diri dari tanahair mereka sendiri kerana menjadi mangsa perang. Walaubagaimanapun bagi pengemar scuba diving masih boleh menikmati keindahan dasar laut Pulau Bidong dan boleh menginap di Bidong View Beach Resort di tanah besar dan pergi Pulau Bidong balik hari . Kepada pengunjung juga di minta berhati-hati jika ingin menjelajah sekitar hutan di Pulau Bidong ini kerana banyak jerangkap samar di pasang oleh pelarian Vietnam dulu yang masih aktif di sini.
Banyak juga kemudahan penginapan yang menyediakan day trip ke Pulau Bidong antaranya YT Midtown Hotel Motel Desa ,Villa Sri Pantai dan Hotel Bintang yang terletak di tanah besar. Kepada mereka yang lebih sukakan adventure bolehlah berkhemah di sini dan membawa peralatan sendiri untuk merasai sendiri pengalaman pelarian vietnam yang hidup dalam buangan di negeri orang.
Selamat Menghayati Sejarah!!
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi,
Sejarah
9
comments
9 comments:
Interesting Post.. Tak tau lak history pulau nieh previously.. Thank Mr Blogger.. Another thngs that i learn abt terenganu...
Ermm!!... ada juga ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dari pelarian Vietnam kerana memberikan mereka ruang untuk berlindung. Ucapan tersebut ada diukir pada tugu peringatan di Pulau Bidong.
Kira baik hati kita rakyat Malaysia bagi pelindungan kepada pelarian Vietnam!!...
Harusla.. haahahaa... Aish!! Kan Nael..
Memang la Rakyat Malaysia mcm kita nie baik hati.. idup aman damai takdek gadoh-gadoh!!.. sapa nak bekerja kat Malaysia nie pun boleh nak carik rezeki!!... tak pernah pun kita halau diaorang...
Kalau Pulau Bidong nie dicommericalkan mesti boleh jadi satu destinasi pelancongan yang popular...
OOoo baru tau!!... kalau Nael tak tulis kat blog nie. saya tak tau pun pasal Pulau Bidong nie...
tak sangka erk!! negara kita juga pernah dijadikan negara bagi pelarian berlindung...
owh..penah pegi sini. survival laut umt. pantai sgt cantek..jernih tp mcm seram cket sbb ade tanah perkuburan owg vietnam tu...huhu
Bawak awek v p sini pun ok gak khemah then mandi bogel sebelum romen2... Lolz
Post a Comment