Satay Mastura - Jabi




Kalau di Selangor Satay Kajang atau Satay Haji Samuri sangat popular di kalangan masyarakat di Malaysia. Di Terengganu mereka juga mempunyai pengusaha satay yang popular iaitu Mastura Satay, sebut sahaja Mastura Satay rasanya kepopularannya juga setanding dengan Satay Haji Samuri di Kajang. Mastura Satay terletak di Kg Jabi, Besut Terengganu memang mempunyai faktor X yang mana rasanya sataynya yang sedap serta kuah kacangnya yang istimewa membuatkan pengunjung tak putus-putus datang dari dekat dan jauh untuk menikmati resepi istimewa satay Mastura. Aku tak ketinggalan untuk mencuba sendiri satay yang terkenal dan menjadi kebanggaan rakyat Terengganu ini.



Mastura Satay mempunyai pelbagai jenis satay yang jual di sini, iaitu satay ayam, satay daging dan satay hati. Harganya juga sangatlah murah iaitu RM0.30 secucuk. Satay kalau tak ada nasi himpit atau ketupat memang tak sah, jadi nasi himpit juga di jual berserta timun dan kuah kacang istimewanya yang di datangkan juga bersama sambal. Rasa sataynya memang lain daripada yang lain. Aroma rempah sataynya boleh mengecurkan airliur, dagingnya yang lembut dan empuk juga menambahkan sedap rasa satay di sini. Kuah kacangnya yang disertakan sambal juga membeli pilihan kepada pelangan samada inginkan rasa yang pedas atau tidak.






Proses memerap dan mengadun bahan membuat satay ini masih dibuat secara tradisional. Sementara proses membakar satay juga masih menggunakan bara arang dan dibakar di tempat yang dibuat khas untuk membakar satay dengan jumlah yang besar sekaligus. Jadi keaslian dan keenakkan satay Mastura ini masih dapat dikekalkan turun temurun. Jadi sesiapa yang lalu di Pekan Jabi, Jertih Besut ini jangan lupa singgah untuk merasa keistimewaan satay di sini.


Mastura Jabi Satay
163 A Pekan Jabi
22020 Jertih , Besut
Telephone No: +609 694 1319 atau +017 9608264
Puan Ramlah

16 comments:

azmi said...

saya setuju..saya penah try satay mastura nie masa pegi t'ganu dulu..it is very delicious seriously..kalu g t'ganu confirm singgah kt sini mkn satay..wowwww...

::naMaku steBen:: said...

teringinlah nk mkn satay mastura..nyum2 good info nie

cikmid said...

Alooooorr...dah le tgh mengidam nk makan satay ni... terliur la Naeeelllll.... ( Suke la dgr lagu2 T'ganu kat sini...watimang...watimang landok... )

cikmid said...

Alooooorr...dah le tgh mengidam nk makan satay ni... terliur la Naeeelllll.... ( Suke la dgr lagu2 T'ganu kat sini...watimang...watimang landok... )

cikmid said...

Alooooorr...dah le tgh mengidam nk makan satay ni... terliur la Naeeelllll.... ( Suke la dgr lagu2 T'ganu kat sini...watimang...watimang landok... )

cikmid said...

mane komen saya? ;-(

Nael said...

Sorry Cik Mid!!.. dah sudeh!!... kena tunggu appproval.. sbb senang nak respon komen pembaca..

DUNIA BEKAM CD said...

sedapnyer...kan best dapat makan masa berbuka,,,huhuhu

Nael said...

Cari Satay kat Bazar Ramadhan ada... tapi lain la rasanya dari Satay Mastura Chiedy!

gadafie said...

mencik tul la...tgn ni gatal scroll bawah...tetiba stop kat entries ni...ya udehhh!!!...urmm...nampak sedap. wajib try...

Nael said...

Jgn tengok lelama.. Makruh!.. nanti kurang pahala poser!

kami said...

kecur air liur aku! habis la perut ni dah mengidam satay lak. Nael ni semua angkara info & gambar yg menarik wat jiwa gelora, Hahaha!! Aku nak rasa yg X faktor tu.. fuuuyooo keuing!@#$%^&*(

QERY HASAN said...

satay mastura jabi..dekat ngn umah kite.....huhu.. tapi ramai org suke gi satay lanang..

CheMat said...

Sedapnya Satay!! terus teringin nak makan satay time buka poser nie!!

Nael said...

Satay kan makanan ikon orang Malaysia!! kat mana-mana pun ada.. tapi yg membezakan.. kuahnya dan rasanya sahaja...

Anonymous said...

saya penah order satay mastura tapi banyak songgel. semnjak hari itu saya beraleh ke satay lanang.....layan lebih baik, enak dan terbaik.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails