Posted by
Nael
Salam Sejahtera & Satu Malaysia!!
Pulau Kapas adalah destinasi yang wajib dikunjungi apabila datang melawat Terengganu. Pulau Kapas yang terlekat hanya 6KM dari Jeti Merang mengambil masa 20minit sahaja untuk sampai dengan menggunakan bot laju. Jeti Marang pula terletak di utara Kuala Terengganu iaitu kira-kira 18KM dari Bandar Kuala Terengganu.
Nama Pulau Kapas diambil sempena pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas tumbuh di pulau ini. Mereka yang minat menyelam dan snorkeling , Pulau Kapas sudah tentu menjadi syurga dasar laut pada pencinta lautan. Selain aktiviti skuba dan snokel pengunjung juga boleh mencuba aktiviti lain seperti berkayak, meluncur angin ,memancing dan mencandat sotong. Aktiviti bermotor seperti Bannana Boat tidak dibenarkan di sini kerana boleh merosakkan batu karang disekitar Pulau Kapas.
Kepada penyelam dan snokel boleh menyaksikan sendiri keindahan dasar Pulau Kapas seperti ikan yang berwarna warni, terumu karang, ikan yu dan jika bernasib baik boleh bertembung dengan penyu yang berenang mencari makan sekitar pulau ini. Bagi penyelam jangan lupa untuk menyaksikan kapal perang yang karam semasa Perang Dunia ke-II di dasar perairan Gemia dia utara Pulau Kapas.
Semasa menyelam atau snokel di sini kena berhati-hati dengan kehadiran landak laut dan Lionfish yang berbisa. Lionfish ikan terumbu karang yang cantik tapi sangat berbisa jika sengatnya terkena kepada manusia. Bergitu juga dengan landak laut durinya sangat berbisa jika terpijak. Ambil perhatian juga pada obor-obor kerana jika terkena sengatnya, badan kita menjadi gatal-gatal. Jadi berhati-hati ketika menyelam dan snorkeling.
Jadi kepada sesiapa yang belum berkunjung ke Pulau Kapas, jom pakat ramai-ramai datang sini untuk melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang. Jangan datang pada musim monsun antara November hingga Febuari kerana laut bergelora dan tak sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokeling. Jom Cuti-Cuti Malaysia!!!
Category:
Pantai,
Pulau,
Rekreasi
6
comments
6 comments:
Nael, saya ke Pulau Kapas pada 27 Julai (day trip). Kalau dibandingkan dengan Pulau Perhentian, pasir di Pulau Kapas lebih halus dan lembut dipijak dengan kaki (macam tepung). Tapi air laut dia masin giler. Sesiapa yang rasa nak datang tu ok je kalau tak nak bermalam. Naik bot pukul 9:30 pagi balik pukul 5 petang. Sempatlah snorkeling kat Pulau Gemia :)
Yep!.. Pulau Kapas pasirnya lebih halus mcm tepung!!... dan lebih dekat dari Kuala Terengganu. Lelain Pulau Perhentian & Redang pun best sbb Coral dan Ikan dia lebih banyak dan lawa!!
Hi Nael,
i love to see all your photos in this blog. very nice and intereting. i have not been to Pulau Kapas but really wanted to go. Hope you can upload more pic + info. Bravo!
-MAC-
cantek pulau kapas !! tak pernah gi sini.. thanks dor infor..
bestnyer pulau kapas..penginapan kat sana camner..
Ada resort kat sana... Farah kalau nak balik hari kat Pulau Kapas dari Kuala Terengganu pun boleh.. menginap kat Kuala Terengganu... Daily Trip!!
Post a Comment