Pantai Rhu Penarik



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Boleh di katakan setiap tahun aku datang ke Terengganu untuk melancong. Ini kerana Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang tak sempat aku lawati setiap tahun. Biasanya aku lebih suka menggunakan pengangkutan awam samada bas ataupun kapal terbang sahaja untuk datang ke Terengganu. Ini kerana faktor jarak Kuala Lumpur ke Terengganu yang boleh tahan jauhnya. Tahun ini aku ingin mencari kelainan dan aku tekad untuk memandu sendiri ke Terengganu. Ternyata lawatan aku kali ini berbaloi dengan memandu kereta sendiri kerana aku dapat menikmati keindahan Terengganu dengan lebih dekat lagi.



Semasa perjalanan balik dari Pulau Perhentian aku melalui sebuah perkampungan tepi pantai yang bergitu damai sekali. Kampung Penarik dan Pantai Rhu Sepuluh terletak di daerah Setiu kira-kira 90KM utara Kuala Terengganu terkenal dengan syurga makanan laut yang segar. Sepanjang Pantai Penarik di payungi pohon-pohon kelapa tinggi melampai, pasir memutih dan laut membiru memang mendamaikan suasana. Sempat juga kawan sekereta denganku membuka Sunroof kereta dan menikmati angin laut. Angin laut segar masuk ke dalam kereta.. Perggh!! FRESH!!...



Jalan sepanjang Pantai Rhu Penarik ini redup di payungi pepohon kelapa dan pokok rhu yang merimbun. Memang sesuai kalau dijadikan tempat perkelahan keluarga di hujung minggu. Sempat juga aku dan rakan-rakanku berhenti di gerai tepi jalan untuk menikmati ikan dan sotong celup tepung di goreng ranggup... Jadi sesiapa yang lalu di Pantai Rhu Penarik jangan lupa singgah sebentar untuk menikmati ikan segar goreng tepung dengan air kelapa muda!!








13 comments:

Anonymous said...

pantai ni menarik..tp mcm tk ramai org kt sini kan???

Nael said...

Ada ramai yang berkelah kat sini bila hujung minggu...

BOY said...

Ye menarik... sangat cantik tuk photoshoot..

kami said...

typo error 'air kepala'. tapi camne nak sampai sana tu

yannsheart said...

wah besh nyer........

Nael said...

KAMI : Dah betulkan... Thanks !!

Yan : Lain kali join!! bawak family sekali!!

yannsheart said...

sure...i luv the beauty nature ......sgt indah...tks for the info posted on ur blog...will benefits to ppl which have not been here before...
Tks again...

aisya zaharin said...

Birunya Laut China Selatan!!.. cantik!!

kami said...

Pulau Perhentian nampak dari sini..

Nael said...

Best kan!!..... Bertuah penduduk Terengganu kerana semuanya ada kat Negeri Darul Iman ni...

Anonymous said...

maybe some mistake in here..instead of pantai rhu penarik, its name is pantai penarik and just beside pantai penarik is pantai rhu sepuluh..

Anonymous said...

maybe some mistake in here..instead of pantai rhu penarik, its name is pantai penarik and just beside pantai penarik is pantai rhu sepuluh..

Anonymous said...

kawan2, tolong suggest resort menarik kat pantai rhu sepuluh. resort yang ada drom dan dewan utk aktiviti students seramai 70 org. tq :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails