Posted by
Nael
Meronda sepanjang Bazar Ramadhan dan mencari juadah berbuka menjadi rutin aku setiap hari sejak bulan puasa ini. Hari ini apa yang menarik perhatian aku adalah menu Nasi Kerabu. Nasi Kerabu sebenarnya amat popular di negeri pantai timur terutama di Terengganu. Nasi Kerabu memang salah satu makanan kegemaran aku. Kalau di Kuala Lumpur port nasi kerabu kegemaran aku adalah Nasi Kerabu Kampung Baru atau di Restoran Ulik Mayang di Taman Melati.
Walaupun aku bukan berasal dari Negeri Terengganu tetapi citarasa aku terhadap nasi kerabu tidak berbelah bagi. Jadi di sini aku berpeluang untuk bercerita tentang resepi kebanggaan rakyat Terengganu ini. Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang berwarna kebiruan. Warna biru pada nasi itu sebenarnya terhasil daripada kelopak Bunga Telang yang digunakan dalam masakkan. Bunga Telang atau Clitoria Ternatea biasanya di gunakan sebagai pewarna dalam masakkan. Antara campuran Nasi Kerabu adalah kombinasi ulam-ulaman, kerisik kelapa, sambal ikan, daging bakar, ayam bakar, telur masin, ikan goreng celup tepung, solok lada, dan tauge yang dibuang akarnya.
Hidangan Nasi Kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah bergitu sahaja dengan memerahkan sedikit jus limau nipis ke dalam budu tersebut. Campuran Budu dan Asam Limau memang boleh membangkitkan selera. Jadi sesiapa yang ingin merasa nasi kerabu yang sedap, jika berkunjung ke Terengganu cubalah makanan tradisi ini. Banyak kedai di sekitar Terengganu menjual nasi kerabu, jadi tidak sukar untuk memperolehi Nasi Kerabu di sekitar Terengganu.
Hidangan Nasi Kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah bergitu sahaja dengan memerahkan sedikit jus limau nipis ke dalam budu tersebut. Campuran Budu dan Asam Limau memang boleh membangkitkan selera. Jadi sesiapa yang ingin merasa nasi kerabu yang sedap, jika berkunjung ke Terengganu cubalah makanan tradisi ini. Banyak kedai di sekitar Terengganu menjual nasi kerabu, jadi tidak sukar untuk memperolehi Nasi Kerabu di sekitar Terengganu.
Category:
Makanan Tradisi
10
comments
10 comments:
Menarik2.. Teringin lak nak makan nasi kerabu bazaar Ramadan dekat HKL tue.. Nasi kerabu mak cik sgt sedap lebey2 lagi kalo dimkn ngn daging bakar.. Terbaik wo..
Weeee....ini favourite I jugak.1st time mkn nasi kerabu ni masa puase 2007.Mase tu tergerak hati nak beli,kat bazar Ramadhan kat TMTC,KL.Sebelum ni x pernah heran pun tp lepas tu...terus terpaut.Bagus sbb ade ulam2...baik untuk kesihatan :-).Kena lak ngn daging salai...best!
korang pun suke nasi kerabu gak ke?... dulu yang kaler biru tu aku ingatkan Pewarna!!..rupa-rupanya buat dari Bunga Telang!!.. hehehe... smlm berbuka Nasi Kerabu Wangsa Maju!!....
Tu la, aku pun baru dapat info penggunaan warna biru dlm nasi kerabu tu. Tapi aku bukan la favourite sangat kat nasi kerabu ni. Aku lebih suka nasi dagang. ( teringat lak masa nak g redang dlu)
Hahahaa... Breakfast pagi kat jeti tue kan.. Sian kedai tue kena serang ngn geng2 kita yang rakus kelaparan dan kepenatan.. Dah Murah kedai tue.. Moga murah rezeki tokey kedai tue.. amin.. hahaha
Betul!! makan kat Jeti masa kita nak pergi Pulau Perhentian dulu... Kuala Besut kan....
Ye saya...
Makanan kegemaran aku nie!!
Nasi Kerabu kalau hari biasa kat KL nie susah nak dapat!! tapi dekat Restoran Ulik Mayang Taman Melati dengan Restoran Kg Baru ada jual !!
mmg best ar nasi kerabu ni..mkn shgga mnjilat jari.
Post a Comment