Gua Bewah - Tasik Kenyir



Gua Bewah - Tasik Kenyir

Jika melawat Terengganu tidak sah jika tak singgah ke Tasik Kenyir. Pada para pencinta alam sudah tentu tidak mahu ketinggalan menyaksikan keindahan Tasik Kenyir yang kaya dengan flora dan faunanya yang unik dan tersendiri. Banyak aktiviti yang boleh dilakukkan di Tasik Kenyir seperti memancing, berkhemah, mandi air terjun dan sebagainya. Salah satu daya tarikkan Tasik Kenyir adalah keistemewaan Gua Bewah.


Lumut yang berkilau mengeluarkan cahaya kehijauan


Struktur luar Gua Bewah

Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu adalah gua yang berusia lebih 270 juta tahun dahulu. Kajian Muzium Negeri mendapati Gua Bewah ini pernah didiami manusia pada zaman Neolitik. Gua Bewah mendapat nama dari nama "Bewah" yang bermaksud aktviti kenduri-kendara. Terdapat juga beberapa buah gua batu kapur di sekitar Gua Bewah ini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan. Gua Bewah juga dikenali sebagi Gua Tahi Kelawar kerana disepanjang tangga dari pelantar Gua Bewah hingga ke pintu masuk gua kaya dengan tumbuhan yang subur kerana tahi kelawar disitu menghasilkan tanah yang subur.

Sesiapa yang ingin berkhemah di sini juga terdapat kemudahan tandas, pondok wakaf dan BBQ. Kepada kaki Pancing kawasan Gua Bewah juga adalah port baik untuk menaikkan ikan-ikan air tawar yang sering menjadi buruan mereka. Pengunjung harus mendaki 200 anak tangga untuk sampai ke pintu masuk Gua Bewah ini.




Spesis ketam yang hidup di dalam Gua Bewah



Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu pernah melakukkan ekskavasi pada tahun 1976 dan menemui artifak rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa tulang haiwan serta cengkerang-cengkerang siput sedut. Menurut arkelogis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik iaitu kira-kira 8,000 hingga 11,000 tahun dahulu. Di dalam Batu Bewah pula di penuhi dengan ukiran semualajadi stalagmit dan stalaktit. Titisan air menghasilkan pelbagai bentuk formasi seakan-akan burung unta, lembaga manusia dan sebagainya. Terdapat juga spesis lipas ekor biru, lumut hijau berkilauan dan ketam yang hidup di dalam Gua Bewah. Sesiapa yang inginkan kelainan dalam melancong cubalah untuk melawat Gua Bewah.

Kenyirlake.com
77A Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : 609-6262020 Fax : 609-6262022 Email : sales@kenyirlake.com
Webpage : www.kenyirlake.com

8 comments:

kami said...

OOOoOo Baru tau kat situ ada manusia zaman batu awal wujud... sejarah yang berharga tu..

Nael said...

Sesiapa yang berminat tentang sejarah dan keindahan alam boleh la dtg ke Gua Bewah... banyak yang boleh kita pelajari kat situ...

BOY said...

Betul gak tue kan Nael.. Sesiapa yang suker percutian cam tue leh la plan2 g melawat gua nieh.. Byk benda yang boleh dinikmati.. selain tue ada gaks aktiviti2 lain yang boleh diselitkan sekali..

Nael said...

Betul.. aktiviti paling best kutip taik kelawar!!.. hahahahhaa

BOY said...

Aish.. nak buat apa..

CheMat said...

Taik kelawar buat baja la.. Subur woooow!!

Maz said...

Pernah gi masuk Gua kat perak tu.. Gua Tempurung!!... best gak .. memacam bentuk ada kat dinding gua....

ali said...

untuk maklumat lanjut mengenai tasik kenyir atau gua bewah boleh hubungi saya di:
NORMA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Ali - 010-9005427
TQ

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails